Thursday, September 11, 2008
KAKITANGAN AWAM KEDAH DAPAT BONUS SEBULAN GAJI
Oleh : AMELIA HASHIM
ALOR STAR, 3 September: Kakitangan awam negeri Kedah mampu tersenyum apabila kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak lebih RM8 juta sebagai bonus untuk mereka. Seramai 9,539 kakitangan kerajaan negeri Kedah dan agensi di bawahnya bakal menikmati bonus bulan ini.
Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini. Tambahnya lagi, pembayaran bonus sebulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 itu akan dibayar kepada 143 Pegawai Tadbir Negeri (PTN), 203 kakitangan Kumpulan Pengurusan dan 5,524 kakitangan Kumpulan Sokongan.
Selain pemberian bonus ini turut melibatkan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu seramai 2,816 orang serta 853 orang kakitangan berkanun.
Sehubungan itu, YAB Dato' Seri Azizan juga memberitahu, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM11 juta setiap bulan untuk pembayaran gaji dan elaun kakitangan di seluruh negeri Kedah.
Menyentuh mengenai tanggungan bebanan kerajaan yang lain termausuklah hutangnya dengan Kerajaan Pusat beliau berkata, Kerajaan Negeri telah meyediakan pelan dan jadual pembayaran setiap tahun.
"Kita ada duit dan mampu membayar hutang yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah Kedah dahulu. Tahun ini kita akan bayar hutang kita," katanya.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 12:03 PM


Hotel Seri Malaysia rai anak yatim
Oleh Ramli Jaafar
Alor Star - Seramai 28 orang anak-anak yatim dan miskin Daerah PadangTerap diraikan dalam satu majlis jamuan berbuka puasa bertempat di Hotel Seri Malaysia baru-baru ini.
Ketika berucap didalam majlis tersebut YB Ustazah Siti Ashah HajiGhazali berkata "Program yang begini hebat hendaklah diteruskan dan ramadan adalah bulan kebajikan dan diantara amalan baik ialah banyakan bersedekah dan berlumba-lumba melakukan kebaikan.dalam mencari kerezaan Allah."
Beliau juga berharap kepada warga Kedah, badan-badan bukankerajaan(NGO) badan-badan korporat, serta orang perseorangan yang mampu supaya memberi bantuan dan meraikan anak-anak yatim dan orang-orang yang kurang bernasib baik ini. kerana mereka juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya, apatah lagi didalam bulan yang pernuh keberkatan ini.
Sementara itu warta, sempat menemui Encik Abdul Wahab Md Osman,Pengurus Besar Hotel Seri Malaysia Alor Star. Beliau menjelaskan proram seumpama ini bukanlah pertama kali diadakan oleh Hotel Seri Malaysia tetapi ini adalah program yang ke 14 diadakan bagi meraikan anak-anak yatim dan yang kurang bernasib baik.
"Saya mengucapkan terima kasih diatas kesudian hadir dua orang exco bagi pihak kerajaan Negeri Kedah dalam meraikan majlis ini dan berharap ianya merupakan satu rahmat bagi perniagaan saya," ujarbeliau.
Majlis anjuran bersama Exco Pembangunan Keluarga & Wanita danKebajikan Masyarakat Negeri Kedah, YB Ustazah Hajjah Siti Ashah HajiGhazali dan Hotel Seri Malaysia ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dr Ismail Salleh.
Thursday, August 28, 2008
Gambar Kenangan Kalbu
PERJUMPAN BERSAMA SYARIKAT TAKAFUL IKLAS DENGAN WAKIL KERAJAAN NEGERI

Oleh: rjwarta@yahoo.com
Kuala Lumpur: Satu pertemuan untuk kali yang ke 3 diantara pihak kerajaan Negeri Kedah dengan pihak pengurusan Syarikat Takaful Iklas Malaysia bagi membincangkan pelaksanaan Skim Takaful Kifalah telah pun mencapai kata sepakat baru-baru ini.
Hasil perbincangan kali ini suatu tindakan susulan akan dibuat pada masa yang terdekat dimana ianya telah mendapat kelulusaan daripada kerajaan negeri kususnya YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.
Demikian yang telah dijelaskan oleh YB Ustazah Siti Ashah Hj Ghazali Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Takaful Kifalah selaku wakil kerajaan negeri kepada Warta selepas pertemuan tersebut.
“ Sekiranya MOU dapat dilaksanakan secepat mungkin, Insyaallah perlancaran skim takaful kifalah ini akan di lancarkan pada awal tahun 2009 nanti”, ujar beliau.
Secara ringkasnya, Skim Takaful Kifalah ialah satu usaha kerajaan negeri kususnya kepada warga emas yang berumur 60 tahun tidak mengira bangsa dan agama akan mendapat bantuan kewangan bagi pengurusan jenazah apabila telah meninggal dunia
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad,YB, Cikgu Md Zuki Yusuf, YB, Cikgu Yahya Abdullah, YB Tan Show Kang, Sdr Awang Solehudin selaku jawatankuasa pelaksanan takaful Kifalah.
Monday, August 18, 2008
PUSBA Sg, Petani
Sg, Petani. Aqidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahankan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi didalam zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya yang melalui teknologi maklumat yang berkembang pesat sekali.
Sejarah kegemilangan umat Islam terdahulu telah membuktikan bahawa orang Islam pada masa itu telah dibentuk dan dididik oleh aqidah yang mampan seterusnya melahirkan kekuatan yang sungguh gentar dan luar biasa.
Seperti sejarah para sahabat Rasulullah SAW yang sanggup mempertaruhkan nyawa dan harta benda semata-mata mempertahankan kesucian aqidah serta mengharapkan kerezaan Allah SWT.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia(KDYMM)Tuanku Sultan
Alhandulillah beta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara baru yang telah menjadi insan terpilih menerima hidayah dan memeluk Islam kerana sesungguhnya Allah akan memberikan hidayah kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya, titah Tuanku lagi
Firman Allah, yang bermaksud pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku redza akan Islam agama kamu,”titah baginda melafaskan madsud firman Allah dari surah Almaidah, ayat 3
Dalam majlis itu juga baginda tuanku memperingatkan akan peranan dan tugas pasangan saudara baru hendaklah memberikan bimbingan yang sempurna dan jangan mengislamkan pasangaan atas sebab tertentu sahaja dan mengabaikan tangungjawab yang sepatutnya terutama mencari peluang menuntut ilmu yang berkaitan dengan Islam sebagai persediaan menjadi seorang muslim yang berilmu dan bertakwa kepada Allah.
“ kepada pemimpin masyarakat, pegawai-pegawai masjid dan para iman atau jawatankuasa khariah perlu berperanan yang lebih didalam khariah masing-masing jangan diabaikan tanpa memberikan bimbingan yang sempurna kerana akan menyebabkan jiwa mereka menjadi pudar akhirnya akan memberikan pesepsi yang salah tentang Islam”. titah baginda lagi.
Sehubungan dengan itu jabatan zakat telah mereallasasikan sebuah pusat bimbingan Islam yang ditabir urus oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang menempatkan saudara-saudara baru yang diharapkan akan melahirkan kader-kader dakwah dalam berbagai bangsa bukan sahaja akan dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada masyarakat bukan Islam juga kepada perkembangan Islam di Kedah dan Malaysia amnya.
“ Beta menyarankan agensi agama seperti jabatan agama, jabatan zakat, Mufti dan pendakwah bersatu agar saudara-saudara baru terbela dari segi pendidikan serta kebajikan mereka. Titah Tuanku lagi.
Baginda Tuanku juga telah merasmi dan mempekenankan pusat bimbingan Islam dengan nama Pusat Bimbingan Islam Sultan Abd Halim Muazamshah(PUSBA)Sg Petani.
MAJLIS MAKAN MALAM KPP PDG SERAI



GAMBAR SUASANA MAJLIS MAKAN MALAM KPP PDG SERAIPadang Serai: Kelab Penyokong PAS adalah satu kelab yang semakin berkembang dan kini telah mempunyai seramai 10,000 orang ahli dan negeri Kedah adalah diantara ahli kelab penyokong yang paling ramai dinegeri ini.
Parti PAS bukan parti untuk orang melayu sahaja, PAS adalah parti untuk semua kaum,bangsa dan PAS akan membela nasib semua bangsa, tidak mengira keturunan dan untuk itu politik perkauman perlu dihapuskan.
Demikian yang dinyatakan YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi Perpaduan Kelab Penyokong PAS Pusat ketika berucap dihadapan 2000 orang ahli kelab dalam majlis makan malam Kelab Penyokong PAS Padang Serai baru-baru ini.
“ selaku pengerusi perpaduan nasional saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada KPP yang telah berjaya mengadakan majlis pada malam ini”; ujar beliau yang menerima tepukan yang gemuruh dikalangan yang hadir.
“ secara individu saya mengajak semua ahli kelab hadir di Ipoh pada muktamar Pas kali ini
untuk sama-sama dengan orang-orang PAS menyaksi serta merayakan kemenangan kita dan difahamkan 5 buah bas akan datang seluruh Negara “ ujarnya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak, Menteri Besar Negeri Kedah., Exco-exco Kerajaan Negeri Kedah,pimpinan PAS Kawasan juga kehadiran Pengerusi Kelab Seluruh Malaysia Sdr Hoo Fang Chew dan timbalanya Sdr Vincent Lee’
Tamat
Wednesday, August 13, 2008
Monday, August 11, 2008
Siumankah UMNO !!!!!!!!!!!!!!!

Siumankah untuk mengatakan PAS bekerjasama dengan Umno?
Mahfuz Omar
Tidak semena-mena bertiup kencang cerita PAS sedang berunding dengan Umno untuk mengadakan kerjasama atau pakatan politik, kononnya demi ketuanan politik Melayu. Entah siapa yang memulakannya, tetapi ia telah tersebar luas di blog-blog dan juga berkeliaran dalam SMS.
Ramai juga peminat politik yang percayakan desas-desus ini kerana mungkin logik juga kalau hendak dicarikan sebab mengapa PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tetapi ramai yang memandang jelek kepada perbuatan ini jika PAS berhasrat demikian.
Tidak timbul isu ini benar atau tidak, kerana saya sudah pun menafikan adanya rundingan sulit untuk �mengahwinkan� PAS dengan Umno. Lagipun perkahwinan politik seperti ini mungkin �tidak sah� kerana antara PAS dan Umno memang tidak �sekufu�. PAS mempunyai dasar Islam, sedangkan Umno beraqidah Islam Hadhari. Jika Umno itu �ahli Kitab� ada juga tendensinya, tetapi dengan Islam Hadhari ini PAS terpaksa menjauhkan diri.
Lagipun PAS amat tidak sekufu dengan Umno kerana PAS adalah parti yang masih suci, sedangkan Umno sudah terpalit dengan noda-noda rasuah, politik wang, kronisme, nepotisme dan macam-macam kebejatan yang lain.
Ada pihak yang berpandangan supaya PAS tidak harus �menjual mahal� dalam konteks kepentingan politik nasional, tetapi isu yang berbangkit sekarang bukannya kepentingan negara, sebaliknya adalah kepentingan survival politik Umno itu sendiri. Kerjasama ini adalah talian hayat yang amat diharapkan oleh Umno dan sudah tentu mereka sanggup bergolok-gadai untuk memenuhi keperluan PAS demi talian hayat ini.
PAS tidak akan menjual maruahnya dengan harga yang murah kepada Umno, sebaliknya akan terus mempertahankan prinsip demi kepentingan dan kebajikan rakyat yang sudah lama dipijak-pijak oleh Umno/BN apatah lagi kini dengan kenaikan harga minyak, kerajaan Umno/BN tergamak membawa satu usul dalam Parlimen bagi menghalalkan tindakan untuk menindas rakyat. Maka ternyatalah 129 ahli-ahli Parlimen BN menyokong usul untuk menindas rakyat. PAS akan terus memikul amanah dan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat, dan akan terus memberikan pembelaan kepada rakyat yang ditindas oleh kerajaan BN.
Sejarah telah membuktikan bahawa PAS adalah parti yang paling terbuka di negara ini sehingga menjadi parti yang paling banyak menjalin kerjasama politik. Keterbukaan Islam yang didukung oleh PAS diterjemahkan melalui siri-siri kerjasama bukan sahaja dengan orang Melayu, bahkan semua kaum.
PAS pernah duduk semeja dengan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya dalam National Conference pada 1953, kemudian menyertai National Convention yang turut disertai oleh Umno dan MCA mulai September tahun yang sama. PAS juga berpakat dengan parti-parti kiri ketika memperjuangkan kemerdekaan, sebelum bekerjasama dengan Dato� Onn dalam pilihan raya 1959. Kerana kerjasama PAS, Dato� Onn menang di Terengganu.
PAS juga mempunyai hubungan yang baik dengan Sosialis Front pada 1959 dan 1964 walaupun pakatan itu dianggotai oleh pendukung sosialis seperti Parti Rakyat, Parti Buruh dan National Convention Party. Selepas krisis politik 1969, PAS telah memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan yang ketika itu sudah disertai oleh parti-parti dari Sabah dan Sarawak, selain PPP dan Gerakan.
Pada 1986, PAS bersama tiga parti lain menubuhkan Harakah Keadilan rakyat (HAK), di samping hubungan dengan masyarakat Cina melalui CCC. Kemudian PAS menyertai pula Angkatan Perpaduan Ummah (1988-1996) dan Barisan Alternatif (1999-2008) sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan selepas pilihan raya ini. Inilah keterbukaan PAS!
Dengan Umno sendiri, PAS sudah dua kali berpengalaman. Pada 1953, atas usaha keras bapa Perdana Menteri, Ustaz Haji Ahmad Badawi, PAS meninggalkan Dato� Onn dan National Conference untuk menyertai National Convention yang ditaja oleh Umno-MCA.
Apabila berunding tentang pilihan raya pertama, cadangan PAS untuk membela kepentingan orang Melayu dengan menolak jus soli dalam hak mengundi serta menambahkan wakil ekonomi Melayu dalam Dewan Undangan Persekutuan telah ditolak Umno. Umno bersikap demikian kerana menjaga kepentingan MCA. PAS tidak dapat menerima kerjasama yang membunuh bangsa sendiri, lalu keluar daripada National Convention sebelum 1953 berakhir.
Apabila berlaku peristiwa 13 Mei 1969, PAS memandang kepentingan perpaduan nasional dan survival politik orang Melayu. Walaupun Muktamar Khas PAS meluluskan dengan majoriti mudah � sebagai tanda berat hati PAS � Kerajaan Campuran PAS-Perikatan dibentuk pada 1973. Kemudian PAS bersama-sama parti lain menubuhkan Barisan Nasional pada 1974.
PAS yang mencadangkan nama Perikatan ditukar kepada BN dan simbol dacing itupun dicadang oleh Dato� Mohd Asri bagi menggantikan Kapal Layar. Tun Ghafar Baba melukiskan simbol dacing itu. Tetapi Umno mengkhianati PAS dengan memainkan peranan untuk melagakan pimpinan PAS di Kelantan, kemudian didaruratkan Kelantan.
Akibat darurat itu, PAS kehilangan Kelantan yang dikuasainya sejak 1959. PAS terpaksa menentang usul mendaruratkan Kelantan kerana percaya ada tujuan politik sulit di sebalik undang-undang darurat itu. Tetapi PAS tidak mengkhianati BN dengan keluar dari pakatan itu seperti yang dilakukan oleh PBS pada 1990 dahulu. Sebaliknya, Umno yang mencadangkan supaya PAS disingkirkan pada Disember 1977 dan akhirnya PAS tidak lagi sebulu dengan Umno.
Sejak itu, PAS sentiasa ditindas dalam berbagai-bagai isu seperti pembunuhan 14 orang aktivisnya dalam tragedi Memali, Ops Lalang, Ops Kenari dan lain-lain. Namun, PAS masih bersedia duduk semeja dengan Umno ketika membantah isu nuklear dan isu Palestin kerana kepentingan kemanusiaan.
Hari ini apabila Umno sudah tersepit, mereka mencari PAS semula seperti mana Tun Razak lakukan dahulu. Mereka sanggup tawarkan apa sahaja jika PAS bersedia. Tidak cukup dengan itu, dek cemburu oleh kejayaan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri, mereka melancarkan perang saraf kononnya PAS sedang berunding dengan Umno. Mereka mahu PAS renggan dengan rakan Pakatan Rakyat dan terus menggoda PAS supaya terima sahaja tawaran mereka.
PAS sedar tawaran ini bukannya untuk menjayakan matlamat politik PAS, tetapi memberikan nyawa baru kepada Umno yang sudah tidak diyakini lagi oleh rakan-rakan BN mereka. Bila ada wartawan mengatakan PAS adalah �real kingmaker�, Umno merasakan PAS pasti terjerat.
PAS tidak akan mengambil sikap demikian walaupun ada pandangan pemerhati politik picisan yang melihat bahawa PAS perlu memanfaatkan peluang ini jika mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang diperjuangkannya. Pemerhati-pemerhati politik ini berpandangan bahawa PAS masih sukar �bernafas� dalam Pakatan Rakyat yang ada DAP. Mereka membangkitkan keadaan di Selangor yang kononnya lebih �mesra kandang babi� daripada �mesra masjid�. Inilah peluang PAS untuk memaksa Umno melaksanakan Islam, kata mereka.
Ada kebenarannya.
Tetapi kepimpinan PAS melihat bahawa tawaran kerjasama dengan Umno ini tidak akan membawa PAS ke matlamatnya, sebaliknya menjadi alat untuk memulihkan semula Umno yang sudah parah itu.
Pada saya, walaupun banyak perkara yang perlu dirunding dan disepakati oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang memerintah di lima negeri, tetapi semua harus faham umur Kerajaan Pakatan Rakyat baru mencapai 100 hari dan amat memerlukan kesabaran dan komitmen semua pihak.
PAS tetap bersabar dengan karenah rakan-rakan yang baru belajar memerintah dan yakin rakan-rakan Pakatan Rakyat tidak memandang sebelah mata kepada PAS. Kesemua pihak dalam Pakatan Rakyat mestilah boleh menerima dan memberi. Apa yang penting semua parti mesti setia sebagai rakan pakatan. Ketiga-tiga parti mesti melihat bahawa setiap antara mereka ada wibawanya yang harus dihormati. Hanya dengan itu sahaja pakatan ini boleh dipertahankan.
Jika ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat adil sesama senndiri, maka saraf Umno untuk memecahkan pakatan ini akan menjadi seperti menjual buah yang tidak laku dan akhirnya busuk begitu sahaja. Tetapi, jika kita sengaja membiarkan ketidakpuasan hati ahli-ahli dan penyokong-penyokong pakatan di bawah, mungkin mereka akan berubah sikap terhadap pakatan ini.
Sebab itu mungkin ada ahli dan penyokong-penyokong bersikap positif dengan desas-desus kerjasama ini. PAS sudah beberapa kali belajar daripada �eksploitasi politik� Umno ini dan adalah mustahil PAS dipatuk pada lubang yang sama sekali lagi. Pimpinan tertinggi PAS sudah bertegas bahawa tidak akan ada rundingan dan kerjasama politik PAS-Umno selagi Umno dengan wajah yang sedia ada. Mursyidul Am PAS sudah bertegas dalam soal ini.
Pada masa ini ahli-ahli PAS atau ahli serta penyokong Pakatan Rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah palsu ini. Ia adalah serangan minda untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan masa depan Umno. Pimpinan PAS amat sedar tentang siuman atau tidak untuk menerima kerjasama ini. Kalau kita percayakan khabar angin ini, maka kita seolah-olah tidak siuman sebenarnya, bahkan Umno sendiripun tidak siuman jika terus mewar-warkan berita palsu ini.
Bukan PAS namanya jika kita meninggalkan harapan besar rakyat, kerana mengejarkan pangkat dan wang ringgit yang ditaburkan. Lebih tidak siuman jika kagum dengan dunia sehingga melupakan perjuangan panjangnya. Adalah menjadi tanggung jawab PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat yang dibinanya dan �memuziumkan� Umno bersama kebobrokannya.
sumber Harakah News (rjwartaa@yahoo.com )
Krusus ikan Talapia Merah

PENTERNAKAN Ikan Air Tawar di dalam kanvas merupakan satu alternatif yang di gunapakai untuk memberikan satu pulangan hasil yang lebih berkualiti dan menguntungkan di mana system ini telah terbukti berkesan dalam mempelbagaikan jenis ekonomi dalam pasaran penternakan ikan air tawar.
Krusus ikan air tawar oleh Syarikat Tajsegar praktikal,ekonomikal dan mudah
Keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat . kos pengeluaran yang rendah dan potensi pemasaran yang baik manakala kaedahnya pula praktikal, ekonomikal dan mudah ini boleh di jalankan secara “ BACKYARD INDUSTRI “ atau bersebelahan rumah kediaman pengusaha dan juga di dalam rumah kedai atau bangguna.
Secara amnya system penternakan ikan air tawar menggunakan kanvas dan sistem bio teknoloji dapat menghasilkan ikan yang tidak berbau, lebih cepat tumbesarnya, dan rasa yang berkualiti. Penternakan
Kolam Kanvas mengaplikasikan Bio Teknologi di mana hasil ternakan dapat di iktiraf sebagai ikan air tawar organic yang Halal, Bersih, Selamat dan suci untuk dimakan.
Bagi merancang satu skim penjana ekonomi , melibatkan industri penternakan ikan air tawar satu krusus sehari anjuran Majlis Tindakan DUN Lunas (MTD) diadakan bertempat di Dewan Orang Ramai Masjid Keladi Kulim baru-baru ini.
Krusus yang di hadiri seramai 30 orang peserta itu di kendalikan oleh satu Syarikat TAJSEGAR SDN,BHD.pembekal peralatan pemborong ikan dan makanan laut yang beralamat di Lot2819, Batu 18 Jln, Kuala Selangor, 47000 Sungai Buluh Selangor di undang membentangkan kertas kerja .
Syarikat Tajsegar Sdn, Bhd yang membekal ikan antarbangsa itu juga menawarkan dua jenis pekej, iaitu pekej outdoor dan satu lagi indoor kepada pengusaha-pengusaha projek yang berminat yang amat mendalam terhadap projek ternakan ikan air tawar Talapia Merah, berkomitmen tinggi untuk memajukan diri dalam ekonomi serta pendapatan.
Sementara itu menurut pengarah ekonomi Majlis Tindakan DUN Lunas , Cikgu Hj Derani Hj Wahab sesiapa yang berminat ingin maklumat lebih lanjut berhubung dengan krusus ternakan ikan air tawar boleh juga berhubung dengan beliau di talian 019-574 2241.
Menurutnya lagi, “ selepas pilhanraya Majlis Tindakan DUN Lunas bergerak aktif menjanakan ekonomi dan ini adalah krusus yang kedua dijalankan selepas projek ternakan ikan keli dalam kanvas yang diadakan di tempat yang sama sebulan lalu,” ujar beliau kepada Warta Darul Aman.
TAMAT

Oleh : Rjwarta@yahoo.com
Gerhana Matahari jelas kelihatan dapat dilihat daripada Kanada Selatan (Nunavut). Kawasan Tengah Russia, Barat Monggolia mengikut kenyataan Agensi Angkasa Negara.
Gerhana separa matahari pula dapat dilihat dari kawasan Timur Amerika Utara dan kebanyakan Negara Eropah dan Asia. Gerhana Matahari tidak dapat dilihat di Negara Malaysia. Tetapi beberapa laman web akan menyiarkan gerhana matahari. Antaranya http: //www. live-eclipse.org dan http://www. Exploratium. Edu/ eciipse.
Sumber internet.( waktunya baru 1 minggu berlalu,, untuk info sahaja)























