Tuesday, June 15, 2010

Sumbangan Skim Kafalah Siri II








Kulim, 14/6/2010 -Sumbangan Skim Kafalah Kedah Siri II untuk DUN Merbau Pulas dan DUN Angkat Lunas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kulim. Majlis telah disempurnakan oleh YB Ustazah Aishah. Dalam majlis ringkas ini seramai 9 orang penerima dari DUN Merbau Pulas dan 5 orang dari DUN Lunas telah menerima Sumbangan Skim Kafalah Kedah sebanyak RM500.
Dalam ucapannya YB melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak terutamanya kepada Para Penghulu Mukim dan Majlis Ketua Kampung & Komuniti yang bekerjasama menjayakan program ini.
YB Ustazah juga mengumumkan bahawa dalam masa terdekat ini kerajaan negeri akan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti tempatan dan luar negera (IPTA sahaja).