Thursday, August 28, 2008

Gambar Kenangan Kalbu



Bertempat di Hotel Grown Plaza Kuala Lumpur semperna dengan
Pelancaran Logo dan Tabung Tuanku Mahmud oleh DYMM Taunku
Sultan Abdul Halim Muazam Shah dan Dato' Seri Ustaz Azizan Abd
Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman.




Teropong jangan tak teropong !!!!

PERJUMPAN BERSAMA SYARIKAT TAKAFUL IKLAS DENGAN WAKIL KERAJAAN NEGERI


Oleh: rjwarta@yahoo.com

Kuala Lumpur: Satu pertemuan untuk kali yang ke 3 diantara pihak kerajaan Negeri Kedah dengan pihak pengurusan Syarikat Takaful Iklas Malaysia bagi membincangkan pelaksanaan Skim Takaful Kifalah telah pun mencapai kata sepakat baru-baru ini.

Hasil perbincangan kali ini suatu tindakan susulan akan dibuat pada masa yang terdekat dimana ianya telah mendapat kelulusaan daripada kerajaan negeri kususnya YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Demikian yang telah dijelaskan oleh YB Ustazah Siti Ashah Hj Ghazali Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Takaful Kifalah selaku wakil kerajaan negeri kepada Warta selepas pertemuan tersebut.

Sekiranya MOU dapat dilaksanakan secepat mungkin, Insyaallah perlancaran skim takaful kifalah ini akan di lancarkan pada awal tahun 2009 nanti”, ujar beliau.

Secara ringkasnya, Skim Takaful Kifalah ialah satu usaha kerajaan negeri kususnya kepada warga emas yang berumur 60 tahun tidak mengira bangsa dan agama akan mendapat bantuan kewangan bagi pengurusan jenazah apabila telah meninggal dunia

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad,YB, Cikgu Md Zuki Yusuf, YB, Cikgu Yahya Abdullah, YB Tan Show Kang, Sdr Awang Solehudin selaku jawatankuasa pelaksanan takaful Kifalah.