Friday, November 20, 2009

Bantuan Kematian - Skim Kifalah 2010

20 November 2009
Bantuan khariat kematian semua kaum di Kedah start Tahun 2010


Mulai tahun depan, golongan miskin semua kaum di Kedah akan menerima bantuan RM500 melalui khairat kematian 'kifalah' bagi pengurusan jenazah anggota keluarga mereka yang meninggal dunia.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata menerusi skim bantuan itu, mereka akan mendapatkan bantuan wang tersebut jika terdapat anggota keluarga mereka seperti ibu bapa atau anak yang meninggal dunia.

"Kifalah bertujuan memberi bantuan segera kepada rakyat miskin yang kehilangan anggota keluarga dan wang itu boleh digunakan untuk pengurusan jenazah dan sebagainya," katanya di Alor Star hari ini.

Katanya, bantuan tersebut menjadi salah satu bukti bahawa kerajaan negeri komited untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik atau miskin tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

"Menerusi bantuan ini, rakyat daripada semua kaum dan tanpa mengira fahaman politik boleh menghubungi wakil rakyat atau ketua kampung masing-masing untuk membuat permohonan Kifalah jika berlaku kematian anggota keluarga mereka," katanya. - Bernama

YB Ustazah dan DMPPS menyampaikan sumbangan

20/11/2009 - JUMAAT , Taman Desa Aman. YB Ustazah Aishah dan Dewan Muslimat Pas Kawasan Padang Serai menyampaikan sumbangan kepada 30 orangwarga emas dan ibu tunggal sekitar kawasan Padang Meiha. Majlis berlangsung di Surau Taman Desa Aman. Dalam majlis ini YB melahirkan penghargaan kepada muslimat di dalam menggerakkan parti dan perjuangan parti Islam Semalaysia (PAS) di dalam setiap pilihanraya yang diadakan.
Beliau juga memohon agar para muslimat dapat sesama membantu mengawal anak-anak agar tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat.




YB Ustazah melawat mangsa banjir

15/11/2009 - MERBAU PULAS- YB Ustazah Ashah telah turun padang melawat mangsa banjir di Merbau Pulas. Beliau turut menyumbangkan bekalan makanan untuk mengsa banjir di Surau Kampung Baru. Dianggarkan 80 buah rumah terlibat dengan bencana banjir di Kawasan MKK Jemerli. Penduduk yang ditemui mengucapkan rasa terharu dan berterima kasih atas sumbangan dan prihatin YB turun padang melihat sendiri kesusahan rakyat bawahan. Disamping itu penduduk sempat juga mengutarakan masalah tebing sungai sama paras dengan sungai yang mana ini menyebabkan limpahan air sungai dan masuk ke kampung. Penduduk kampung berharap agar pihak berkuasa dapat mengusahakan kerja-kerja tembatan tebing sungai.
YB sedang mendengar masalah tebing sungai yang perlu ditambak untuk mengatasi masalah banjir daripada Sdr. Hussien Ahmad






Thursday, November 19, 2009

Jaga 7 Sunnah Rasul

Jaga 7 Sunnah Rasul
Oleh:AfifZahrah


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.

Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia-/imamazhari.blogspot

Tuesday, November 17, 2009

YB Gobala meninjau keadaan banjir di Merbau Pulas.

15/11/2009 - Ahli Parlimen Padang Serai YB Gobala, telah turun padang melawat kawasan yang telah dilanda banjir di Merbau Pulas dari jam 11.00 malam hingga 1 pagi



Banjir di Merbau Pulas

Banjir mulai melanda beberapa buah kampung di Kariah Merbau Pulas mulai jam 3 pagi 13 November 2009. Kampung Terlibat ialah Kampung Baru Jemerli, Kampung Jeram dan Kampung Merbau Pulas. lebih Kurang 100 buah rumah dinaiki air akibat daripada limpahan air sungai Sedim-Merbau Pulas.




Kota Siputeh : Nampak Macam Nak Jadi Macam Cerita kat Perak jee...!!

17 November 2009
Kota Siputeh : Nampak Macam Nak Jadi Macam Cerita kat Perak jee...!!

Kota Siputeh: SPR mohon penangguhan keputusan
Oleh Magendran Rajagopal

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kosong.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun menetapkan untuk mendengar permohonan SPR Jumaat ini.

"Penasihat undang-undang SPR berkata mahkamah akan mendengar permohonan kita untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan terbabit Jumaat ini.

"Kita minta penangguhan ini bagi memberikan cukup masa untuk SPR membuat rayuan," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata berikutan keputusan mahkamah itu, penyandang kerusi itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hasan Sarif, tidak boleh menghadiri sidang DUN yang bermula esok sehingga mahkamah memutuskan rayuan.

kredit : Kedahlanie

BN Dah Lama Menang Tapi Kedah Tak Senang,Senang Pun

BN Dah Lama Menang Tapi Kedah Tak Senang,Senang Pun
Posted on Sunday, November 15 @ 23:48:14 PST by tokdalang

Oleh MOHD FIRDAUS JAAFAR

BN [100_3174.JPG]DAH LAMA MENANG, KEDAH TAK SENANG-SENANG PUN. Sepatutnya itulah slogan yang Umno Kedah kena lancar pada 12 November yang lalu. Nak nafi apa lagi? Hakikatnya BN dah menang dan perintah Kedah lebih 50 tahun dulu, sejak Malaysia masih lagi Tanah Melayu.


Pasai apa selama 51 tahun tadbir Kedah, Umno tak dak usaha untuk senangkan rakyat di negeri jelapang padi ini? Ramai rakyat Kedah tergolong dalam kategori orang susah, tak senang-senang dari dulu sampai la ni.

Bila PR ambil alih perintah Kedah Mac 2008 lalu, lepas wakil-wakil rakyat dPR membuka pusat khidmat, ramai yang pakat terkam pusat khidmat dan mohon bantuan itu dan ini, ada yang nak mohon bantuan JKM, ada yang nak mohon zakat, ada yang nak mohon perbaik rumah dan tak kurang juga yang mintak duit buat belanja harian.

Majoriti yang memohon masa tu adalah orang Umno yang susah lama dah, susah zaman Umno dan BN perintah lagi. Kita tanya pasai apa tak mohon sebelum ni? Jawapannya, dah mintak tapi..... depa pun tau walaupun ahli Umno tapi bukan kroni, susah macamana pun payah nak dapat bantuan.

Umno boleh ambik data permohonan bantuan untuk rakyat susah dengan agensi-agensi seperti JKM, Pejabat Zakat, Pejabat Daerah atau apa-apa agensi yang iktiraf wakil rakyat PR. Mula dari April 2008 sampai ke hari ini bertimbun permohonan yang dah dibuat, ada permohonan yang dah lulus dan ada lagi yang masih dalam proses.

Rakyat Kedah sepatutnya dah lama senang kalau Umno/BN tak menyeleweng hasil negeri. Buktinya laporan audit 2008, tak sampai setahun memerintah kerajaan PR di bawah Dato' Seri Ustaz Azizan boleh tingkatkan hasil negeri sebanyak 205%. Itu baru 9 bulan, kalau genap setahun tentu boleh cecah 275%. Guna formula paling senang, 275% kali dengan 50 tahun, tentu banyak hasil negeri kalau Umno/BN tak seleweng dulu, rakyat Kedah tentu dah senang.

Umno/BN kena malu la sikit kat Ustaz Azizan, dok tak duduk mai nak bagitau rakyat Kedah akan senang lenang kalau BN menang. Nah ambik pantun 2 kerat ni...

Wanita Umno pakai tudung merah
Piiiiiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrraaaaaaaaahhhhhhhhh

kredit : Detikdaily