Wednesday, December 24, 2008

Cikgu Sazali( P.A Kebajikan) bersama Piala Liga Super sempena siri jelajah skuad Hijau Kuning ke daerah Kulim


YB, USTAZAH BERSAMA P.A PUAN YATIE MENZIARAHI SALAH SORANG MANGSA KEBAKARAN KUALA DI KEDAH








BANTUAN kEBAKARAN















Oleh: *SITI ZALEHA ABDUL RAHIM & WADIASSOFI JAAFAR*
KUALA KEDAH, 22 November* -

Sebanyak enam buah rumah melibatkan 31 mangsa musnah dijilat api di Kampung Madrasah, di sini. Kejadian itu berlaku ketika penghuni Kampung Madrasah sedang menikmati masa santai bersama keluarga sambil menonton warta berita.
Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Ustazah Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali telah turun padang melawat mangsa kebakaran di samping memberi sokongan moral.
Dalam lawatan yang mewakili pihak kerajaan, YB Ustazah Hajjah Siti Ashah turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan Tadika Nur Ehsan Ukhwah, Belakang Masjid Putra, Kuala Kedah.
Menurut YB Ustazah Hajjah Siti Ashah, selain daripada sumbangan berbentuk keperluan makanan, wang tunai serta pakaian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyampaikan 'bencana kit' atau bantuankebersihan kepada mangsa yang terdiri daripada sabun, ubat serta berus gigi, bedak, tuala wanita, sabun serta alatan yang berkaitan dengan kebersihan diri.
"Pihak JKM telah mempertingkatkan usaha mereka dalam beri bantuan kepada mangsa-mangsa bencana, dengan baru-baru ini mereka telah tambah sumbangan dalam bentuk keperluan kebersihan diri yang difikirkan penting untuk kegunaan harian manusia.
"Kerajaan negeri sentiasa berusaha setakat yang mampu membantu mangsa-mangsa bagi meringankan beban mereka dan kami pohon pihak Jabatan Pendaftaran Negera dan Pejabat Pendidikan segerakan proses dokumen-dokumen pengenalan diri yang telah hangus," jelas beliau. Beliau turut menyatakan pihak kerajaan negeri telah mengarahkan pihak bertanggungjawab melakukan siasatan serta kertas kerja bagi melaporkan jumlah kerugian yang terlibat dalam kebakaran tersebut bagi membolehkan kerajaan menyampaikan sumbangan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
Selain daripada bantuan berbentuk wang ringgit, bantuan kesihatan juga penting bagi memastikan semua mangsa berada dalam keadaan sihat. Justeru itu, EXCO Kesihatan dan Penerangan, Badan-badan bukanKerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, YB Dr Ismail Salleh turut melakukan rawatan perubatan terhadap mangsa terbabit dan juga membekalkan ubat kepada mereka.





Oleh: WADIASSOFI JAAFARKUALA KEDAH, 23 Disember:


Mangsa kebakaran di Kampung Madrasah, di sini diminta bersabar dan redha dengan apa yang berlaku kerana setiap yang terjadi itu adalah ketentuan dari Allah Yang Maha Esa.Isteri Menteri Besar Kedah, YABhg. To' Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah berkata, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri tetap menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran itu.“Apa yang berlaku ini adalah ketentuan dari Allah S.W.T dan setiap daripada mangsa kebakaran perlu banyak bersabar,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa kebakaran yang ditempatkan di sebuah tadika di sini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB. Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, YB. Mohd. Nasir Mustafa dan Pegawai Daerah Kubang Pasu, Datin Che Barni Mohd. Noor.Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, enam rumah papan di kampung itu musnah mengakibatkan 24 orang daripada enam keluarga tinggal sehelai sepinggang.Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Star, Kamarulzaman Osman berkata, empat jentera bomba bersama 20 anggota dari Balai Bomba Jalan Raja dan Jalan Tun Abdul Razak berjaya mengawal kebakaran itu selama kira-kira 20 minit.Menurut Kamarulzaman, jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Penolong Penguasa Balai Bomba Alor Star (Bahagian Siasatan Kebakaran), Mohd. Fauzi Suid berkata, kebakaran yang berlaku itu dipercayai akibat litar pintas di sebuah rumah dua tingkat.“Kedudukan rumah yang terlalu rapat menyebabkan api cepat merebak dan menyambar rumah enam keluarga itu. Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba termasuk bomba sukarela berjaya menghalang api daripada merebak ke puluhan rumah lain di kampung berkenaan,” ujarnya.

Monday, December 22, 2008

Kontrak LADA di sambung hingga 2010

Thursday, December 18, 2008

Kontrak LADA disambung hingga 2010
Oleh: AMELIA HASHIM
ALOR STAR, 17 Disember: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan disambung kontraknya selepas tamat tempoh perkhidmatannya dengan negeri Kedah pada 15 Mac 2010 nanti. Ini telah disetujui oleh kedua-dua pihak antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.
"Sebelum ini kira-kira dua minggu lepas saya menghadiri mesyuarat dengan YAB Perdana Menteri dan beliau setuju supaya kontrak LADA disambung lagi untuk jangka masa lima atau sepuluh tahun lagi," Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak berkata kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.
Untuk tujuan itu Kerajaan Negeri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang mewakili kerajaan Kedah dan LADA untuk melihat perkara-perkara yang perlu dikemaskinikan.
"Kita gembira bagi pihak Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat dengan persetujuan ini yang membolehkan LADA merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan di Langkawi terutamanya berkaitan dengan pelancongan,"
Sehubungan itu katanya, kelmarin Persatuan Hotel Malaysia Kedah Perlis telah melakukan kunjung hormat di pejabatnya dan melahirkan rasa gembira kerana perjanjian ini disambung semula. Mereka sebagai pengusaha-pengusaha hotel akan berusaha menarik lebih ramai pelancong luar melawat Langkawi. Lembaga Pembangunan Langkawi diwujudkan pada 15 Mac 1990 dengan matlamat memajukan pulau permata Kedah ini menggalakkan pembangunan sosio ekonomi dan fizikal selaras dengan dasar-dasar pembangunan Negara pada masa yang samamemberi faedah penduduk tempatan.
Selain itu mewujudkan senario pembangunan yang selaras dengan dengan cirri-ciri unik persekitaran semula jadi , sejarah lagenda dan adat resam tempatan yang sedia ada menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

LAMAN MINDA

Ramli Jaafar

Assalamualaikum wr, wbh.
Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat saya berbicara dalam ruangan blog PKWR Merbau Pulas. Semoga anda semua sentiasa di berkati Allah.

Pertama sekali saya ucapkan terima kasik kepada anda yang sudi melayari blog PKWR Merbau Pulas. .Pandangan, komen yang anda berikan saya hargai. Bermakna anda sentiasa mengikuti dan peka dengan maklumat. Sekali lagi saya ucapan Jazakallahu khairan khatira.kepada semua pelayar Blog PKWR Merbau Pulas.

Untuk maklumat blog PKWR di ujudkan oleh urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.Kedah. Blog ini lebih menumpukan kepada berita maklumat. Oleh sebab Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mendapat kerjasama daripada RTM kususnya dalam penyebaran maklumat maka salah satu usaha kita ialah mengujudkan blog di PKWR.

Selain daripada maklumat daripada pihak kerajaan aktiviti ADUN atau Wakil Rakyat di kawasan menjadi berita utama pada blog . Warta Darul Aman adalah salah satu saluran media. dalam bentuk akbar yang menjadi lidah rasmi kerajaan negeri. Bagi pelayar internet Warta Daily secara on line.juga sumber maklumat. Daripada sumber maklumat ini kita akan menerbitkan semula pada setiap blog PKWR mengikut kesesuaian maklumat dan aktiviti yang melibatkan ADUN berkenaan. Jadi persoalan copy paste tidak timbul. Fokos Blog PKWR adalah penyebaran MAKLUMAT supaya rakyat dapat mengetahui aktiviti ADUN .


Namun jika terdapat sebarang masalah atau persoalan anda boleh mengemukan secara bertulis atau membuat temujanji dengan YB Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali bagi mencari jalan penyelesaian. Atau pun ke pejabat PKWR Merbau PUlas pada alamat yang tertera di atas. Atau menghubungi Pegawai Khas Tuan Haji Mahmud Haji Saad di talian 019- 4623898 atau 04-4908378. Insyallah anda akan dilayan sebaik mungkin bagi mencari kaedah serta jalan penyelesainya
( sila rujuk senarai Ajk Pusat Khidmat )

Semoga penjelasan ini dapat membantu anda memahami peranan blog PKWR. Walaubagaimana pun setiap pandangan dan saranan yang baik kita alu-alukan. Kepada yang memuji kembaikan pujian untuk Allah. Yang melontarkan idea dan pandangan terima kasih seadanya. Yang baik dari Allah, sebaliknya itu adalah kelemahan kita.

Salam hurmat dari saya
rjwarta@yahoo.com

Tuesday, December 16, 2008

PROGRAM MAHLIGAI SEJAHTERA UNTUK PENGANTIN BARU






Tuesday, December 16, 2008

Oleh: AMELIA HASHIM
ALOR SETAR, 15 Disember: Kerajaan Negeri Kedah menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga akan menganjurkan Program Mahligai Sejahtera pada 20 Disember ini di kediaman rasmi Menteri Besar, Sri Mentaloon. Program ini merupakan majlis perkahwinan beramai-ramai yang bertujuan membantu pasangan yang kurang kemampuan untuk mengadakan majlis kahwin.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa ini YB Ustazah Ashah Ghazali, kewangan adalah masalah penting yang menangguhkan pernikahan pasangan yang bercadanmg untuk mendirikan rumahtangga. Pada hal pernikahan yang dianjurkan oleh agama mampu menyelesaikan banyak masalah sosial yang melanda remaja hari ini.
Justru itu program ini diharap dapat membantu pasangan pengantin yang tidak mampu mengadakan majlis kenduri kahwin. Ini kerana majlis perkahwinan adalah satu hari yang sangat bersejarah bagi semua pasangan pengantin yang sepatutnya diraikan oleh semua kaum keluarga dan sahabat handai.
"Pada program ini seramai 19 pasangan pengantin baru akan diraikan dengan majlis kenduri yang akan dihadiri oleh seluruh keluarga pengantin," kata YB Ustazah Ashah.
Ujarnya lagi, pengantin-pengantin ini dipilih dari semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan syarat pengantin lelakinya berpendapatan kurang daripada RM1000. Manakala akad nikah atau pendaftaran perkahwinan bagi pasangan pengantin bukan beragama Islam berkenaan selewat-lewatnya dua minggu sebelum majlis ini diadakan.
Antara tetamu selain kaum keluarga pasangan pengantin ialah Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Ahli-Ahli Exco Kerajaan serta ketua-ketua jabatan. Jamuan makan diadakan mulai jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.
Seperti majlis perkahwinan yang biasa, diadakan juga acara makan beradab persembahan kebudayaan seperti silat dan marhaban.

Wednesday, December 3, 2008

KOTA BHARU, 3 Dis (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, secara peribadi masih berhasrat untuk mengekalkan Mohamad Sabu sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan datang.
Iklan
Katanya, memandangkan Mohamad telah bertanding dalam pilihan raya umum baru-baru ini, tidak ada sebab untuk beliau dicalonkan sekali lagi, dalam pilihan raya kecil yang akan datang.
"Kalau boleh saya nak begitu, (kekal calon) sebab di Parlimen ni kena ada orang sepeti Mat Sabu (Mohamad) kerana lidah dia lantang, isu yang ditonjolkannya juga bukan dibuat-buat, tetapi realiti.
"Saya sudah lama menjadi penceramah dan sekarang pun saya masih berceramah, tetapi lidah saya tidak sehebat Mat Sabu,"ujarnya.
Tambahnya, itu berlaku kerana setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing,
"Saya ada cara saya, tetapi kalau di Parlimen ni baik Mat Sabu,"ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Beliau juga berkeyakinan Mohamad akan bergelar 'yang berhormat' selepas itu kerana akan mendapat kemenangan dalam pilihan raya kecil itu walaupun tewas baru-baru ini berdasarkan perkembangan semasa.
Lagipun katanya, tiada sebab orang Melayu dan Islam itu sendiri tidak memilih perjuangan PAS.
Sambungnya, bagaimanapun keputusan calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti belum lagi diputuskan memandangkan mesyuarat berhubung dengannya belum diadakan.
"Itu (cadang pilih Mohamad Sabu), hanya pandangan peribadi saya saja, keputusannya hanya akan ditentukan dalam mesyuarat PAS Pusat nanti,"ujarnya lagi. - mks. _

Petikan Harakah Daily.


Wednesday, December 3, 2008

Buat kebajikan, terutama di bulan Muharram

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyarankan warga Wisma Darul Aman memupuk dan menyemai diri dengan amalan kebajikan, terutama pada bulan Muharam ini.
Kebajikan merupakan amalan yang membawa kepada kebaikan untuk kesejahteraan seluruh rakyat.
Islam menggariskan empat panduan yang perlu disemai dalam diri bagi memupuk sifat kebajikan serta mengukuhkan iman. Antaranya, amalan berdoa di kalangan umatnya, setinggi manakah darjat kita di dunia ini, disisi Allah semuanya sama sahaja, menadah tangan memanjatkan doa kepada Allah memohon hidayah, ujar beliau pada Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Aman semalam.
Selain doa, kita perlu bertaqwa kepada Allah dengan cara melakukan apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang bagi mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Ketaqwaan perlu ditambah dengan keinsafan serta memohon kepada Allah kekayaan jiwa, iaitu menghindarkan diri daripada sifat tamak dan hasad dengki sesama insan di dunia ini, tambah beliau.
“Sebagai pentadbir, kalau sikap ini ada, Insya Allah kita dapat jalan tugas dengan baik, kita akan diyakini dan kita akan dihormati serta jiwa rasa tenang dalam menjalankan tugas,” jelas beliau.
Beliau berkata, selama sembilan bulan beliau mengetuai kerajaan, beliau dapati semua warga Wisma Darul Aman saling bekerja sama dalam mentadbir negeri Kedah dengan sempurna.
“Tak lama lagi kita akan melangkah tahun 2009, banyak cabaran bakal kita tempuhi, jadi sama-samalah kita berusaha kekalkan keyakinan dunia bahawa negeri kita adalah negeri yang stabil ekonominya, politik serta sosial.
“Maka, ramai orang akan datang ke negeri kita terutama dalam bidang pelaburan,” ujar beliau.
Pada perhimpunan tersebut, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan turut menyampaikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kepada 19 kakitangan Wisma Darul Aman yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam menjalankan tugas.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 1:02 PM


Wednesday, December 3, 2008

Kulim 2020: Daerah Kulim akan dinaiktaraf

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
KULIM, 2 Disember: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2004-2020 atau lebih dikenali sebagai Kulim 2020 adalah satu usaha kerajaan di bawah pengawasan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia untuk membangunkan dan menaiktaraf ekonomi, sosial dan fizikal Daerah Kulim.
Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, draf rancangan itu diwujudkan adalah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran globalisasi khususnya perindustrian berteknologi tinggi dan hasrat untuk menjadikan Kulim sebagai Bandaraya Pintar di Negeri Kedah.
"Kulim 2020 akan menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik yang telah diperuntukan di dalam Rancangan Struktur Negeri Kedah untuk dilaksanakan di peringkat daerah," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Publisiti Draf Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2004-2020 di Dewan Majlis Perbandaran Kulim, di sini.
Menurutnya, ia mengutarakan dengan lebih terperinci tentang cadangan-cadangan pembangunan yang direncanakan untuk kawasan Majlis Perbandaran Kulim sehingga tahun 2020 dan akan menjadi panduan kepada Majlis Perbandaran Kulim khususnya dan kerajaan negeri amnya di dalam memaju dan mencorakkan pembangunan di daerah ini.
"Kita ingin menjadikan Kulim sebagai daerah berimej teknologi tinggi yang mesra penduduk tanpa mengabaikan aspek sekitar serta dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti dalam usaha menuju kemajuan fizikal, ekonomi dan sosial," katanya.
Ujarnya, Kerajaan Negeri tidak mahu sesuatu cadangan, perancangan atau wawasan yang dibuat itu adalah di luar dari kemampuan atau ia adalah tidak realistik, namun, yang lebih penting adalah bagaimana cara untuk kita melaksanakannya.
Beliau menjelaskan, pihak yang merancang hendaklah mempunyai pelbagai persiapan ke arah itu seperti kemudahan-kemudahan yang diperlukan dan bagi sesetengah pihak menganggap kemajuan itu adalah sejauh mana atau sebanyak mana jumlah pembangunan yang berjaya di bawa ke satu-satu tempat.
Tambahnya, jika kejayaan yang dicapai tidak dapat dirasai oleh rakyat atau semakin maju sesuatu tempat itu semakin terhimpit pula hidup rakyat, maka pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan pembangunan tersebut.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 1:27 PM
Labels:

Tuesday, December 2, 2008


Monday, December 1, 2008

AZAM DATUK BANDAR BANDARAYA ALOR STAR YANG BARU
Oleh: AMELIA HASHIMamelia@kedah.gov.myALOR STAR, 30 November: Azam Datuk Bandar Bandaraya Alor Star yang baru Dato’ Haji Khazali Haji Din untuk membawa konsep keceriaan dan kebersihan di bandaraya Alor Star diluahkan kepada wartawan selepas istiadat pelantikannya diadakan di Istana Anak Bukit, hari ini.Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda ini berkata antara bandar Alor Star dengan Sungai Petani ada perbezaan dari sudut suasana dan gaya hidup warganya. Kebanyakan penduduk Sungai Petani bekerja makan gaji merangkumi kakitangan kerajaan, swasta dan kilang-kilang.Gaya hidup mereka memberi kesan kepada keceriaan Bandar Sungai Petani. Ini dapat kita lihat Sungai Petani pada suasana malamnya lebih ceria jika dibandingkan dengan Alor Setar ibu negeri Kedah yang terkenal sebagai Bandar pentadbiran.“Penduduk Sungai Petani yang berkerja pada waktu siang akan menikmati suasana malam untuk rehat sambil makan sama ada di gerai-gerai atau tempat-tempat makan yang eksklusif yang terdapat disekitar Bandar Sungai Petani.“Selain itu warga Sungai Petani juga akan menggunakan waktu malam untuk perbincangan atau pertemuan dengan teman-teman atau sesiapa sahaja yang tidak sempat dilakukan pada waktu siang,” katanya.Ini sangat berbeza dengan warga Alor Star yang datangnya dari pelbagai bidang pekerjaaan termasuklah kakitangan kerajaan, nelayan dan petani dan penternak. Gaya hidup mereka mempengaruhi suasana malam di Alor Setar , kebiasaannya jam 9 malam sudah kelihatan sepi . Kedai-kedai dan gedung membeli-belah kebanyakkannya juga sudah ditutup pada waktu ini. Antara langkah keceriaan yang akan diambil ialah dengan menukar pandangan minda masyarakat kepada budaya Bandaraya Alor Setar.“Masih terdapat penduduk yang di taman-taman perumahan yang memelihara lembu atau kambing iaitu haiwan yang tidak sepatutnya di pelihara dalam kawasan perumahan bandaraya,“Kita juga akan mengadakan aktiviti waktu malam selain keceriaan lampu-lampu yang mengindahkan bandar raya Alor Star,” katanya. Selain keceriaan cahaya lampu, beliau juga menekankan aspek kebersihan yang banyak menimbulkan isu kebelakangan ini. Bercakap mengenai kebersihan beliau tidak menafikan faktor yang menyumbang kepada lambakan sampah itu terletak kepada sikap masyarakat itu sendiri. Begitupun tidak dapat dielakkan kerana pengeluaran sampah datangnya dari aktiviti harian masyarakat itu sendiri.Untuk tujuan ini beliau mengharapkan bantuan dari pihak media melaporkan tempat-tempat yang berlaku longkang atau parit tersumbat yang menimbulkan masalah kepada penduduk.“Kita akan mengambil tindakan segera apabila mendapat laporan parit atau longkang yang tersumbat” ujarnya.Antara beberapa sebab yang menimbulkan masalah sampah di Bandaraya Alor Star kebelakangan ini. adalah kerana ada khabar angin tentang urusan kebersihan sampah ini kan diserahkan kepada pihak swasta. Oleh itu pihak Banadaraya Alor Setar menunggu keputusan itu dan enggan mengambil sebarang tindakan untuk beberapa bulan terakhir tahun ini.“Buat apa membelanjakan wang untuk kegunaan dua tiga bulan sahaja sekiranya urusan ini akandiserahkan kepada pihak lain, tapi sampai sekarang nampaknya tidak ada kata putus daripada Kerajaan Pusat” katanya.Menyentuh mengenai gerai-gerai yang berselerak di bandaraya ini komennya, semua gerai tersebut akan susun semula supaya berada dalam kaadaan sistematik dan sedap mata memandang sebagai imej sebuah Bandaraya.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 11:17 PM
Labels:

Monday, December 1, 2008


Monday, December 1, 2008

BANTUAN BENCANA ALAM TAK AMBIL KIRA ‘PAS,UMNO’

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
ALOR SETAR – Rakyat berhak memilih siapakah pemimpin mereka. Pemimpin yang dipilih hendaklah memikul amanah dan tanggungjawab dengan adil dalam memastikan setiap rakyat mendapat hak mereka, tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
Demikian menurut Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan, YB Ustazah Hajjah Siti Aishah Haji Ghazali bagi menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bakar Bata, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mendakwa EXCO Kebajikan memberi bantuan secara pilih kasih, iaitu bantuan hanya diberi kepada rakyat berfahaman politik PAS.
Seperti yang berlaku pada banjir Oktober lalu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah wang kepada mangsa-mangsa tanpa menyoal selidik fahaman politik mereka, bantuan dihulurkan kepada yang layak.
"YB Bakar Bata mengatakan saya memberi bantuan secara pilih kasih, saya nak sebut pilih dulu, nak bagi bantuan mestilah kena pilih iaitu beri bantuan kepada yang layak saja dan pilih kasih tak pernah ada dalam bagi bantuan.
"Selama saya jadi Exco kebajikan, saya tak pernah tahu pun berapa ramai orang PAS yang dapat bantuan, orang UMNO dapat bantuan, saya bagi semua sama rata berdasarkan kelayakan mereka," jelas beliau pada Sidang Dewan Negeri Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas.
Bagi tahun 2009, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM12.6 juta iaitu bertambah sebanyak RM1 juta disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membela golongan yang kurang bernasib baik dan penduduk yang ditimpa bencana, tambah beliau.
"Bajet dah tambah RM1 juta, kita akan naikkan bantuan dalam bentuk bantuan am, di mana kita akan pinda bantuan dasar am negeri supaya keadaan dan kos hidup semasa termasuk dasar bantuan bencana negeri," tambah beliau.
Menyentuh mengenai hasrat kerajaan menaikkan cuti bersalin kepada kakitangan wanita yang dibangkitkan oleh ADUN Belantek, YB Encik Tajuddin Abdullah, YB Ustazah Siti Aishah menjelaskan bahawa dasar itu masih dalam kajian sebelum memutuskannya.

Yoga secara sistematik haram - Majlis Fatwa
Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.
Pengerusinya Dato' Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.
"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," katanya dipetik Bernama di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.
Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.
Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung. - mks._sumber harakahdaily

Sunday, November 30, 2008


DATO’ KHAZALI DATUK BANDAR BANDARAYA ALOR STAR
Oleh: AMELIA HASHIM
Amelia@kedah.gov.my

ALOR STAR, 30 November: Pegawai Daerah Kuala Muda Dato' Haji Khazali Haji Din telah dilantik menjadi Datuk Bandar Bandaraya Alor Star mulai 1Disember ini bersamaan 3 Zulhijjah 1429. Istiadat pelantikan berlangsung di Istana Anak Bukit oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Sebelum itu Ketua Istiadat YB Dato' Wira Haji Syed Unan Mashri menghadap KDYMM Tuanku Sultan mempersembah maklum memohon izin memulakan istiadat. Diikuti perarakan masuk pemegang Al-Quran dan cokma Majlis Bandaraya Alor Star.

Selepas itu Datuk Bandar mengangkat sumpah disusuli dengan menandatangani penerimaan pelantikan. KDYMM Tuanku Sultan Kedah perkenan menyampaikaan Watikah Pelantikan Datuk Bandar di sudahi dengan bacaan doa.

Dato' Haji Khazali dilahirkan di Kampung Nongka, Mukim Hosba Jitra pada 7 Februari 1955 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hosba kemudian Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim JItra.

Beliau lulusan Ijabzah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebnagsaan Malaysia pada tahun 1979 dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Pemperosesan Data di Ibu Pejabat FELDA Kuala Lumpur sehingga Disember 1979.

Kemudian beliau skim Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah pada 1 Januari 1980 di Pejabat Daerah Bandar Baharu Kedah sebagai Penolong Pegawai Daerah 11 sehingga Oktober 1983 sebelum ditukatrkan ke Pejabat Srtiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan (Cawangan Am).

Pada 1 Ogos 1987 beliau ditukar ke Pejabat Daerah Kota Star sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan terpilih menghadiri Kursus Plainning dan Management of Rural Development di bawah rancangan hadiah Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam di United Kingdom selama tiga bulan pada tahun 1990.

Pada 2 November 1991 beliau dipindahkan ke Unit Perancang Ekonomi (UPEN) sebagai Ketua Penolong Pengarah dan mendapat peluang sekali lagi mengkuti kursus jangka pendek selama empat bulan di Institute of Social Studies, The Denhague di Netherland biaya United Nation Development Programme (UNDP) pada tahun 1994.

Pada 1 Disember 1996 menjadi Bendahari Negeri Kedah kemudian dipinjamkan sebagai Pengurus Besar Samak Aquaculture Sdn Bhd mulai 15 Mei 1997 sehingga Mei 2000. Berikutnya beliau dipindahkan pula ke Yayasan Islam Negeri Kedah sebagai Pengurus Besar pada 2001 . Di sini beliau sempat mengikuti kursus Pentadbiran Perniagaan Universiti Utara Malaysia selama dua tahun dan mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada 2003. Pada 1 Mei 2004 beliau kembali sekali lagi ke Samak Aquaculture Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi sehingga Ogos 2007. Jawatan terakhir ialah sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda.

Sepanjang Perkhidmatan ini beliau mendapat anugerah Bintang Cemerlang Kedah (BCK) 1991, Ahli Mahkota Kedah (AMK) 1995 dan Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) pada 2008 oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Thursday, November 27, 2008

Thursday, November 20, 2008

KDYMM TUANKU RASMI SIDANG DUN KE 12

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR STAR, 18 November: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah berkenan berangkat ke majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Bajet 2009 Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke 12 di perkarangan Wisma Darul Aman, di sini.
Menyambut keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ialah Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, YABhg. To' Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Kedah, YTM Tunku Laksamana dan YABhg. Toh Puan Laksama, YTM Tunku Temenggong dan YABhg. Toh Puan Temenggong, YTM Tunku Bendahara dan YABhg. Toh Puan Bendahara Yang Teramat Mulia (YTM) Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz dan YTM Dato' Seri Diraja Tunku Soraya,
Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, YB. Dr. Abd. Isa Ismail; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO), Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato' Bijaya Indera Dato' Paduka Haji Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahabudin; Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato' Seraja Setia Dato' Wira Hj. Rasli Basir dan Penasihat Undang-Undang Negeri, YB. Dato' Zakiah Kassim.
Majlis dimulakan dengan KDYMM Tuanku Sultan Kedah berangkat ke Pentas Diraja dan Kawalan Kehormatan menyembahkan "Hormat Diraja" dan lagu "Allah Selamat Sultan" dimainkKan dan bendera Peribadi KDYMM Tuanku Sultan Kedah dikibarkan.
Ketua Pasukan Kawalan Kehormatan mara ke hadapan memohon limpah perkenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah berangkat untuk memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan dari Batalion Satu, Pasukan Gerak Am (PGA) Ulu Kinta, Perak dengan kekuatan 130 anggota.
Selepas memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan, KDYMM Tuanku Sultan Kedah berangkat semula ke Pentas Diraja dan Pasukan Kawalan Kehormatan menyembahkan "Hormat Diraja" dan lagu "Allah Selamat Sultan" dimainkan.
KDYMM Tuanku Sultan Kedah berangkat ke bilik istirehat di Wisma Darul Aman sebelum berangkat ke Dewan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri untuk menyampaikan Titah Ucapan dasar 2009.
Wednesday, November 26, 2008

PERTEMUAN REHDA-MBBERJAYA SELESAI ISU KUOTA PERUMAHAN

Oleh: AMELIA HASHIM
ALOR STAR - Keputusan Kerajaan menambah kuota daripada 30 kepada 50 peratus bagi Bumiputera dalam pembangunan perumahan mendapat persetujuan daripada Persatuan Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kedah/Perlis setelah diadakan perjumpaan dan perbincangan dari hati ke hati dengan Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Bilik Gerakan Wisma Daril Aman.
"Kerajaan Negeri Kedah tidak ada masalah dengan pihak REHDA setelah kita beri penerangan kepada mereka dan dan mereka bagi cadangan akan beberapa masalah mereka kepada kita.
"Ini hanya masalah mekanisme iaitu jualan rumah kos Bumitputera kalau tidak dibeli. Mereka minta perundingan supaya kerajaan mengadakan perbincangan bersama REHDA secara detail macam mana sekatan-sekatan dan maklumat menanganai kuota," katanya dengan menyatakan kegembiran apabila mendapat laporan unit-unit rumah telah habis dibeli oleh Bumiputera. Cuma yang menjadi masalah, katanya, rumah-rumah kedai kerana pembeli Bumiputera khususnya orang-orang Melayu tidak berminat. "Mereka merayu supaya Kerajaan Negeri selesaikan masalah ini kerana mereka telah membelanjakan jutaan ringgit," ujarnya. Untuk menangani masalah ini YAB Dato' Seri Ustaz Azizan berkata, Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Teknikal akan mengkaji dari segi agihan. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan sentiasa bersama-sama REHDA membantu pembangunan perumahan di Kedah ini untuk memberi keselesaan kepada semua pihak . Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Jawatankuasa REHDA.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 3:28 PM
Labels:

BERITA SEKITAR PERSIDANGAN BAJET 2009 DEWAN UNDANGAN NEGERI WISMA DARUL AMAN

esday, November 25, 2008

PUSAT DIMINTA TIDAK SEKAT HAK RAKYAT
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
ALOR STAR – Mengambil sikap berhemah, profesional dan tenang, AhliMesyuarat Kerajaan selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan,Kesenian dan Warisan, Kebudayaan, YB Dr Haji Hamdan Mohamed Khalibmasih mengharap Kerajaan Persekutuan dapat memperuntukkan sejumlahperbelanjaan kepada Kerajaan Negeri Kedah dalam pembangunan belia dansukan negeri.
Beliau berkata demikian semasa diajukan oleh Ahli Dewan UndanganNegeri (ADUN) Belantek, YB Tajudin Abdullah pada Sidang Dewan UndanganNegeri baru-baru ini. YB Tajudin ingin penjelasan daripada pihakKerajaan Negeri sejauh manakah hasrat kerajaan dalam pembangunan beliatelah dilaksanakan.
Setelah Pakatan Rakyat menerajui pimpinan Kedah selepas Pilihan Rayake-12, segala peruntukkan perbelanjaan negeri telah disekat olehkerajaan pusat yang telah membantutkan proses pembangunan negeri danseluruh rakyat.
Ini tidak sepatutnya berlaku, Kerajaan Persekutuan perlu reda dengankekalahan yang dialami dan mengambil sikap kerjasama dengan seluruhnegeri tanpa mengira siapakah pemimpinnya bagi kemajuan danpembangunan Negara.
"Jika kerajaan pusat beri kerjasama dan tidak anak tirikan KerajaanNegeri, sudah tentu tak jadi masalah untuk melaksanakan pembangunanbelia, jika mereka terus bersikap mengabaikan, saya tidak ragu-raguuntuk mewujudkan sebuah urus setia yang dapat membentuk pembangunanbelia mengikut acuan Kerajaan Negeri yang mementingkan sahsiah diridan dapat melahirkan pemimpin yang berketrampilan.
"Saya masih mengambil sikap mengharap, bersama-sama YB Bukit KayuHitam iaitu Ahli Majlis Belia Negeri bekerjasama dalam membentuk belianegeri Kedah.
"Saya pernah bercakap dengan Setiausaha Majlis Belia Negeri (MBN),beliau berkata kepada saya, kalau saya menjejak kaki ke Wisma DarulAman, mungkin keseluruhan peruntukan belia daripada MBN tak dapat,"jelas beliau.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 4:14 PM









Gambar sekitar pengulungan pembentangan bajet 2009 oleh MB Kedah juga ucapan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah oleh YB Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali.

Tuesday, November 25, 2008

ALOR STAR BANDAR MASA DEPAN ASIA- SUMBER UTUSAN MALAYSIA 24/11/2008


Alor Star dipilih Bandar Raya Masa Depan Asia ALOR STAR Alor Star dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan 2008. Pengiktirafan ke atas ibu negeri Kedah itu mengambil kira beberapa kategori termasuk potensi ekonomi, pelaburan dan perniagaan di bandar raya berkenaan. Menurut majalah tersebut, Alor Star berada di tangga pertama bagi kelompok enam bandar raya kecil terbaik di Asia diikuti Newcastle (Australia) di tangga kedua, Jeju (Korea Selatan), Taoyuan (Taiwan), Gifu (Jepun) dan Ipswich (Australia). Sementara itu, bagi anugerah Bandar Raya Masa Depan kategori bandar raya Asia, ia diraih oleh Hong Kong diikuti Singapura, Taipeh (Taiwan), Melbourne (Australia), Dalian (China), Shijiazhuang (China), Bandaraya Quezon (Filipina), Bandaraya Cebu (Filipina), Guangzhou (China) dan Bandaraya Davao (Filipina). Bagi lima kelompok terbaik kategori potensi ekonomi, Hong Kong berada di depan diikuti Singapura, Dalian (China), Guangzhou (China) dan Quezon (Filipina). Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya mengenai kedudukan tersebut, berkata, ia adalah satu penghargaan kepada negeri Kedah yang terbukti berjaya dalam menarik ramai pelabur. ''Ia perkembangan yang baik untuk Kedah dan kita mengharapkan anugerah tersebut akan memastikan negeri ini terus menjadi daya tarikan kepada pelabur," katanya.



Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
sumber Warta Daily


ALOR STAR – Kepimpinan berlandaskan ajaran Islam menjamin kesejahteraan dan kejayaan di dunia dan akhirat kepada pemimpin tersebut yang turut dirasai seluruh rakyat.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan, YB Ustazah Hajjah Siti Aishah Haji Ghazali berkata demikian kepada para tetamu di Majlis Ihtifal 2008 Sekolah Rendah dan Tadika An-Najaah. Majlis yang meraikan pelajar-pelajar Sekolah Rendah An-Najaah itu diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kolej Universiti Insaniah di sini baru-baru ini.

Bersesuaian dengan moto An-Najaah ‘Ketaqwaan Membawa Kejayaan’, sekolah ini dapat melahirkan generasi muda yang berjaya di dunia, di samping bertaqwa kepada Allah sebagai pedoman hidup dunia dan akhirat.

“Pihak kerajaan mengalu-alukan kelahiran sekolah begini kerana sekolah inilah yang akan melahirkan pemimpin yang bertanggung jawab terhadap Islam,” jelas beliau.

An-Najaah diasaskan oleh Ustaz Syed Ali Al-Mortadha bersama Puan Sharifah Faegah pada 3 Mac 1996 di Jalan Telok Wanjah, Alor Star, dan kini mempunyai dua cawangan di Kedah, satu di Perlis dan Selangor.

Majlis Ihtifal An-Najaah dimulakan dengan bacaan Ayatul Kursi, Surah Yaasin dan Asmaul Husna oleh semua murid tadika, diikuti bacaan Surah Ar-Rahman, salawat dan doa oleh murid sekolah rendah An-Najaah. Yang lebih menarik lagi, pelajar sekolah tersebut menjadi pengerusi majlis yang diterjemahkan kepada tiga bahasa, Melayu, Inggeris dan Arab.

Ini menunjukkan kanak-kanak berumur tujuh tahun mampu menghafal ayat-ayat suci Al-Quran, sedangkan orang dewasa pun belum tentu dapat menghafalnya.

“Saya ucapkan tahniah kepada ibu bapa yang telah menghabiskan harta kepada anak-anak mereka untuk berjaya di dunia dan akhirat,” ujar beliau kepada para ibu bapa yang hadir.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Penerangan dan Pembangunan Insan, YB Dr Ismail Salleh, Penasihat An-Najaah, Ustaz Syed Ali Al-Mortadha dan Pengetua An-Najaah, Puan Sharifah Faegah.


Tamat





Majlis Perasmian dan Ramah Mesra Warga Emas
Bertempat di Rumah Taman Sinar Harapan, Jitra
Seramai 500 orang warga Emas hadir bersama YB Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali






























Monday, November 24, 2008

Pelaburan meningkat di bawah kerajaan sekarang
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIMALOR STAR, 20 November – Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Kerajaan Negeri telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan dalam sektor pelaburan. Ini turut diakui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah pada titah ucapan perasmian Sidang Dewan Negeri Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-12.Namun, ADUN Guar Chempedak, YB Dato' Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail ingin penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri mengenai unjuran jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke negeri Kedah bagi separuh tahun pertama 2008 serta unjuran pelaburan bagi tahun 2008.Selaku Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) yang bertanggungjawab dalam portfolio Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi, Bioteknologi dan Pembangunan Usahawan, YB Tuan Haji Ir Amiruddin Hamzah menyatakan sebanyak RM2.486 bilion jumlah pelaburan dalam dan luar negara bermula Januari hingga Ogos 2008.Kerajaan Negeri turut mengunjur sebanyak RM28 billion bagi tahun 2008 berbanding RM13.99 billion bagi tahun 2007, kenaikan lebih daripada 50 peratus, mengikut laporan daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)"Kerajaan Negeri mengunjurkan jumlah pelaburan sebanyak RM28 bilion bagi tahun 2008, kerajaan juga telah berbincang dengan MIDA dan mereka dah setuju untuk memodalkan pelaburan oleh Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd," jelas beliau.Bagi soalan tambahan mengenai strategi kerajaan yang akan diambil bagi menarik pelabur, walaupun krisis ekonomi dunia sekarang dalam keadaan kepincangan, YB Tuan Haji Ir Amiruddin memberi jawapan yang padat dan senang difahami dalam penuh berhemah dan professional katanya, negeri Kedah turut merasai tempias kekangan ekonomi dunia, namun kerajaan tidak menjadikannya alasan dan sempadan untuk menarik pelabur asing melabur di negeri Kedah yang kaya dengan sumber-sumber yang dikehendaki oleh pelabur. Justru itu kita bersyukur Kehadrat Illahi dengan kurniaan dan rahmat yang diberi."Alhamdulilah, selepas lapan bulan menerajui portfolio ini, saya dapati ada pelabur yang berhasrat mengembang atau menambah pelaburan mereka di sini, terutama di Taman Tinggi Teknologi Kulim (KHTP) disebabkan oleh kerajaan negeri berjaya menyediakan kemudahan infrasturuktur yang baik serta kos tenaga kerja murah dan berkualiti berbanding negara mereka sendiri di Jerman," jelas beliau. ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Ahmad I'zzat Mohamad Shauki turut mengajukan soalan mengenai berapakah jumlah peluang pekerjaan yang bakal wujud dengan jumlah pelaburan yang berjaya diperolehi Kerajaan Negeri serta perancangan kerajaan agar anak-anak Kedah menikmati peluang pekerjaan tersebut.YB Tuan Haji Amiruddin menyatakan sebanyak 2773 jawatan yang perlu diisi bersesuaian dengan jumlah pelaburan RM2.486 billion di KHTP. Melalui projek Petroleum Hidrokarbon Hub di Yan pula, anak watan Kedah turut diberi kemahiran untuk menjayakan projek ini.Kerajaan perlu mengambil sikap mengamalkan pull factor, bermaksud menyediakan kemudahan serta sumber-sumber yang sedia ada dengan tujuan menarik para pelabur dan seterusnya meningkatkan pelaburan dalam negeri."Dalam sektor industri, Kedah masih ada tanah yang murah berbanding negeri jiran kita seperti Perlis dan Pulau Pinang, kita menyediakan sumber tenaga kerja yang mahir, iaitu kerjasama pihak kerajaan dengan KISMEC meningkatkan kemahiran para belia ada di negeri ini."Selain daripada itu, kerajaan mengadakan perbincangan dengan setiap pelabur agar mereka menyediakan jawata-jawatan tertentu kepada anak tempatan, apabila ada peluang-peluang yang bersesuaian dengan anak Kedah, mereka yang penuhi jawatan itu dahulu," jelas beliau mengenai tindakan kerajaan yang mengutamakan anak-anak Kedah dalam jawatan-jawatan yang terdapat

YB Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali selaku Exco Pembangunan Keluarga, Pembanguan Wanita dan Kebajikan Masyarakat ketika berucap pengulungan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan pembentangan bajet negeri Kedah 2009 di Dewan Undangan Negeri Wisma Darul Aman.
Ucapan yang menyentuh berbagai pekara yang di bangkitkan oleh ahli dewan terutama dari parti pembangkang di jawab dengan tenang dan terkadang membuatkan ramai ahli dewan tertawa terutama ketika beliau bercakap soal-soal rumah tangga.
Tamat












ISU PANAS- Kenyataan S/Akbar MB

Isu Babi: Jawapan Kepada RTM & TV3
Saya merujuk kepada siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19November 2008.
Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakalmembuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.
Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satupembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatatdalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama DewanUndangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009).
Siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan namabaik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikanKerajaan dan berbentuk provokasi.
Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapataduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.
Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulumelalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007bertajuk: "Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK)Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri KedahDarul Aman.
Sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar,Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusanKerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masihmenggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.
Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesyentelevisyen swasta berkenaan dalam siarannya pada 20 dan 21 Novembermelalui slot Buletin Utama.
Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besarjuga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri PakatanRakyat menghormati keputusan Kerajaan terdahulu (BN) bertarikh 4Disember 2007 itu dan setelah mendapat nasihat daripada pihakVertarina negeri, pihaknya belum lagi memutuskan tempat atau bilaladang berpusat itu akan dibina.
Pembinaan ladang ternakan itu katanya, adalah untuk kebaikan semuapihak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah sepertipencemaran, bau busuk dan seumpamanya.
Menurut Ustaz Azizan, bukan hanya ladang babi, jika terdapat ladangayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahanrakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.
Dari penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri memikirkan satutempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang mungkinatau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.
Adalah di luar dari jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedahlebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahanjika dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah danmemusatkan ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh darikawasan penempatan penduduk.
Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekalipunjauh dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isubahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah membina ladang ternakan babi yangluas, jika andaian saya ini benar-benar berlaku, sahlah bahawa beritaberkenaan bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebihmembela hak binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan danditempatkan di kawasan yang terpencil.
Mohd. Helmi Mohd. KhalidSetiausaha Akhbar kepadaYAB Menteri Besar Kedah Darul Aman

Monday, November 17, 2008

Tuesday, November 11, 2008

MInda Editor - Polisi Baru perumahan bukan isu perkauman
TEMPAT BERTEDUH adalah merupakan keperluan asasi setiap manusia. Menjadi kewajipan kepada pihak pemerintah untuk mempastikan setiap rakyat memiliki rumah sebagai tempat berteduh.Malangnya, masih terdapat ramai rakyat negeri ini yang tidak dapat memiliki rumah sendiri, terutamanya kaum Bumiputera. Antaranya disebabkan oleh polisi kuota perumahan yang diwujudkan sebelum ini, memperuntukkan 30 peratus sebagai kuota yang wajib disediakan oleh pihak pemaju untuk Bumiputera. Alasannya Bumiputera tidak mampu memilikinya, walhal setiap kali iklan rumah dikeluarkan semua tempahan (sekalipun untuk kuota Bumiputera) sudah 'habis' ditempah jika rumah tersebut dari kategori sederhana.Dalam satu situasi yang lain pihak pemaju terlalu ghairah membina rumah kos mewah atau rumah yang terlalu mahal harganya sehinggakan golongan terbesar yang amat memerlukan rumah tidak mampu membelinya.Polisi kuota perumahan yang mewajibkan 50 peratus rumah untuk jualan kepada Bumiputera di atas tanah Rizab Melayu yang ditukar ganti/status (swapping) adalah merupakan suatu langkah rasional kerajaan supaya pihak pemaju melaksanakan tanggungjawab sosial untuk turut membina rumah yang mampu dimiliki oleh golongan terbanyak yang memerlukan rumah. Lebih-lebih lagi di atas tanah yang asalnya adalah Tanah Rizab Melayu.Untuk jangkamasa panjang, demografi penempatan yang meletakkan masyarakat Cina di taman perumahan atau di bandar sahaja dan Melayu terpinggir di luar bandar; akan dapat dihapuskan. Dalam ertikata lain, polarisasi kaum dapat diredakan.Polisi kuota 50 peratus perumahan untuk Bumiputera bukan isu perkauman, tetapi sebagai suatu usaha melenyapkan isu perkauman untuk jangka masa panjang apabila masyarakat dari pelbagai kaum dapat bersama dalam satu lokasi dan komuniti yang sama. Di sebalik apa-apa polisi pun yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, kerajaan sentiasa memahami masalah lain yang timbul. Begitu juga dalam isu perumahan ini. Jika terdapat pihak yang membantahnya, maka tiada sebab bagi kerajaan untuk tidak mahu mendengar pandangan mereka.YAB Menteri Besar memberi jaminan bahawa pelaksanaan polisi kerajaan sekali-kali tidak akan menganiayai mana-mana pihak. Kerajaan bersikap terbuka.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 10:09 PM

Sunday, November 16, 2008

SIDANG AKBAR OLEH MB

Friday, November 14, 2008

Sidang Akhbar Oleh MB
Oleh: AMELIA HASHIM
ALOR STAR, 12 November: DAP mengugut mahu keluar dari Pakatan Rakyat(PR) sekiranya desakan supaya Kerajaan Negeri Kedah membatalkan dasarbaru yang dikeluarkan mengenai kuota bumiputra yang ditambah menjadi50 peratus tidak diambil tindakan. Itu terserahlah kepada DAP sendiri.Kerajaan Negeri Kedah tidak ada hak untuk menahan.
"Kuota bumiputera telah dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus bagimembolehkan rakyat miskin dapat memilikki rumah sendiri," kata MenteriBesar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak ketika mengulassoalan wartawan mengenai bantahan Rehda terdapat dasar itu yangmendapat reaksi daripada DAP tersiar di dalam sebuah akhbar tempatan...
Menurutnya, ini hal dalaman dan tidak munasabah bagi DAP di Selangormengeluarkan kenyataan begitu. Sedangkan Kerajaan Pas yang memerintahKedah sekarang tidak pernah menyentuh dasar pemerintahan mana-manakerajaan PR lain sama ada Selangor, Pulau Pinang, Perak ataupunKelantan.
"Sedangkan sekarang ini antara Kerajaan Negeri dengan Persatuan PemajuHartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) tidak timbul apa-apa masalahlagi. Kita tidak mahu surat khabar memberi laporan yang bercanggahdengan kenyataan sebenar,
"Wakil Rehda datang berjumpa dengan Exco Kerajaan Negeri YB Taulan danYB Dato' Fakhrolrazi untuk berbincang. Sekarang tidak ada sebarangmasalah. Mereka setuju dengan dasar itu. Sekiranya kuota Bumiputratidak habis dijual kita ada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)yang akan membelinya kerana kita tidak mahu ada sesiapapun yang rugi,katanya.
Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perumahan berpejabatdi Wisma Darul Aman sebanyak 42,386 pemohon rumah kos rendah yangmendaftarkan untuk memilikki rumah dari tahun 1996 hingga 15 Oktober2008. Dari angka itu 18,789 sudah berjaya memilikki rumah dan bakinyasebanyak 13,597 dalam senarai menunggu.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 11:13 AM

Thursday, November 6, 2008

Ucapan MB Kedah

video

Sambungan Di Langkawi




Bersama Rombongan MB Ke Langkawi











Meraikan Rumah Terbuka OKU Padang Serai











Bersama Masyarakat India Menyampaikan Sumbangan Deepavali

Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Deepavali kepada masyarakat India di DUN Merbau Pulas di adakan di Sungai Kob baru-baru ini.
Walaupun sibuk dengan tugas rasmi beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak menghalang
beliau turun padang bersama rakyat tidak mengira bangsa dan keturunan.
Apatah lagi bila menjelang hari perayaan mahupun Hari Raya Aidil Fitri atau hari Perayaan Deepavali.
Tidak hairanlah beliau begitu di senangi semua lapisan rakyat terutama pengundi-pengundi beliau pada pilihanraya yang lalu. Buktin
ya setiap kali kehadiran beliau bersama rakyat sambutan yang di
berikan begitu meriah bukan dikalangan masyarakat melayu sahaja malahan di semua peringkat.