Sunday, July 13, 2008

Gotong-royong Tmn Melati Pdg, Serai


Ramli Jaafar
rjwarta@yahoo.com.

Padang Serai : Konsep taawun ( gotong-royong )
yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu kini di praktikan kembali kerana ianya di samping dapat merapatkan hubungan antara kaum juga dapat saling bantu membantu di antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu satu majlis gotong-royong bersepadu
diadakan bersama dengan penduduk Taman Melati, Padang Serai baru-baru ini, dimana kira-kira 100 orang penduduk telah hadir..

Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh YB, Ustazah Siti Aisyah Hj Ghazali, Exco Pembanggunan Wanita , Pembangunan Keluaga dan Kebajikan Negeri, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Ustaz Hj Hassan Abd Razak , Sdr, Candran, Sdr, Alwee Nordin, Hj Mahmud Hj Saad, Mrs, Tan Lee Tyng mewakili Ahli Majlis Daerah Kulim juga satu pasukan Kebajikan Padang Serai yang begitu aktif memberikan bantuan kebajikan tidak kira kaum yang telah beroperasi selama lebih dua tahun di Padang Serai yang diketuai oleh Mr, Wong Min Huat.

Difahamkan Pasukan Kebajikan ini sangat aktif disamping mereka mempunyai satu kereta bomba Sukarelawan, mereka juga
mempunyai satu team pasukan kerja sepenuh masa yang bertugas memberikan bantuan kemanusiaan tidak kira kaum kususnya kepada penduduk-penduduk di Kawasan Padang Serai .

Menurut YB, Ustazah Aisyah, program seumpama ini adalah satu kerja yang mulia, disamping dapat mengukuhkan hubungan
baik dikalangan masyarakat ianya juga dapat memberikan keselesaan dan kejahteraan kerana bila suasana taman menjadi bersih penduduk dapat menikmatinya bersama.

“ saya berharap program seumpama ini dapat di teruskan dari masa kesemasa, jangan hanya mengharapkan
Majlis Daerah Kulim sahaja buat kerja, kerjasama dari masyarakat penduduk juga perlu saling bekerja sama demi kebaikan semua orang , “ ujarnya .

Menurutnya lagi , program gotong-royong ( Taawun ) juga dapat mengembali dan merapatkan persaudaraan di kalangan masyarakat juga dapat menjalinkan perpaduan kaum yang baik di kalangan anggota masyarakat keseluruhanya.

Sementara itu program gotong-royong itu turut mendapat kerjasama yang baik daripada Majlis Daerah Kulim di mana satu pasukan pertugasnya turut hadir dengan serba kelengkapan termasuk lori untuk menggangkut sampah .