Monday, October 18, 2010

Matematik Cuti Bersalin 90 hari...daripada 300 hari... sama jugak.. Anak Tiga Orang..!!

18 OCTOBER 2010
Matematik Cuti Bersalin 90 hari...daripada 300 hari... sama jugak.. Anak Tiga Orang..!!
WANITA DITIPU LAGI DEK KERAJAAN BN

PEMBERIAN cuti bersalin sebanyak 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini kepada penjawat awam wanita menimbulkan dua reaksi berbeza. Ketika Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj bersetuju dengan fleksibiliti menentukan sendiri tempoh cuti bersalin, Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi pula berpendapat ia hanya mengehadkan bilangan anak buat wanita bekerjaya.

Mengulas lanjut, Nor Kamariah berkata, mengikut peruntukan itu, cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja.“Sebelum ini, kerajaan memberikan cuti dua bulan dengan peruntukan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan dan bilangan itu bersamaan dengan tempoh cuti bersalin hingga anak kelima. Sekarang, bilangan cuti bertambah, tetapi dengan peruntukan sama 300 hari. Ini bermakna cuti hanya untuk sehingga anak ketiga, jika wanita terbabit mahu mengambil cuti sehingga 90 hari setiap kali bersalin,” katanya.

Bajet 2011 antara lain memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutama anak yang baru dilahirkan. Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan itu tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sementara itu Dr Harlina yang juga Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) juga berharap sepanjang tempoh itu, ibu mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya.

Beliau yang juga berharap kelonggaran juga diberi kepada ibu untuk bercuti beberapa minggu sebelum bersalin berpendapat memberikan penyusuan penuh dalam tempoh tiga bulan pertama dapat membentuk hubungan baik ibu dan anak.

“Bayi pada usia berkenaan lebih kondusif menerima rangsangan, justeru ‘lebih kuat’ untuk ditinggalkan ibu ketika keluar bekerja selepas tempoh cuti bersalin berakhir.

Majikan tidak seharusnya melihat cuti panjang diberi menjejaskan produktiviti organisasi kerana banyak bukti menunjukkan wanita berjawatan penting hari ini, mempunyai anak ramai, tetapi tetap fokus terhadap tugas,” katanya.

Jelaslah kepada kita BN sekali lagi membohongi rakyat. Diwarwarkan Kerajaan BN prihatin tapi sebenarnya tidak. Teringat kes sama sewaktu BAJET Pak Lah;kononnya yuran sekolah dikurangkan kepada dibawah RM 10,tetapi sebaliknya bayaran lain seperti PIBG,Sukan dimasukkan. Yang jelas Bajet BN adalah Bajet Bini Najib;Rakyat terus ditipu.

Air: Umno takut penyelewengan terbongkar

Mohd Ali Hashim

PERMATANG PAUH, 18 Okt: Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah membidas Umno negeri yang cuba menjadi juara dalam memburukkan kerajaan negeri setelah penyelewengan dalam isu air didedahkan.

Katanya, kenaikan tarif air di negeri Kedah adalah suatu pelarasan yang telah dilakukan setelah 17 tahun lalu bagi menampung kos yang semakin meningkat dalam pengurusan air tersebut.

Pada akhir September yang lalu Syarikat Bekalan Air Darul Aman (Sada) telah mengumumkan kenaikan tarif air di negeri Kedah setelah mendapat kelulusan dari Kerajaan Pusat.

"Kerajaan Pusat melalui Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air dan Kadar Bekalan Air Negeri Kedah 2010 telah menetapkan tarif air ini. Mereka juga yang memberi kelulusan terhadap kenaikan ini.

"Oleh kerana itu Umno tidak harus menuding jari kepada Kerajaan Negeri. Sebenarnya mereka takut penyelewengan yang telah mereka lakukan terbongkar," ujarnya lagi ketika menyampaikan ceramah isu semasa di markas PAS Kampung Pelet, Penanti, kelmarin.

Amiruddin yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, antara penyelewengan yang telah dikenal pasti berlaku ialah kos pembinaan loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai.

Bagi projek pembinaan di Lubuk Buntar kos sebenar adalah dalam lingkungan antara RM25 juta hingga RM30 juta sahaja. Namun begitu apa yang tertera ialah peningkatan mendadak sehingga RM65 juta.

Kos pembinaan loji pembersihan di Padang Sanai pula apa yang menjadi kesangsian ialah kos yang sebenarnya antara RM50 juta hingga RM60 juta, telah melambung sehingga RM155 juta.

"Ini semua adalah antara penyelewengan yang berlaku semasa Kerajaan Negeri belum dikuasai oleh Pakatan Rakyat lagi. Oleh kerana itu kita amat mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap adil dan cekap dalam menangani masalah ini setelah ianya dipaparkan melalui pelbagai sumber dan saluran," tegasnya lagi.