Saturday, January 9, 2010

YB Ustazah Merasmikan Kursus Majlis Ketua Kampung/Komuniti PAS Kaw. Pdg Serai




Penghulu Mukim Sidam Kanan, Sdr Abdul Khalid Hj Embi sedang menyampaikan taklimat pentadbiran dan pengurusan organisasi kepada MKK
YB Ustazah Aishah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis.
9 Januari 2010 - YB Ustazah Aishah telah merasmikan Kursus Majlis ketua Kampung/Komuniti di Sri Impiana Inn, Kulim. Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama PKWR DUN Merbau Pulas dan PAS Kawasan Padang Serai. Turut hadir dalam majlis ini ialah YDP Pas Kawasan Padang Serai, Tn. Haji Mohd Fauzi Tahir.
Kursus yang berjalan sehari ini dikendalikan oleh Penghulu Mukim Sidam Kanan, Sdr Abdul Khalid bin Embi dan Penghulu Mukim Sungai Ular, Sdr. Badrulhisham Abd. Talib
Kursus ini dianjurkan untuk memberi pendedahan dan maklumat pentadbiran kepada semua MKK(PAS) P17 Padang Serai. Diharapkan dengan kursus ini MKK akan dapat membantu melicinkan urusan pentadbiran dan bergerak bersama Penghulu dalam urusan pentadbiran peringkat kawasan.
Dalam Ucapan perasmian, YB Ustazah mengharapkan agar semua MKK dapat menjalankan tugas bersandarkan kepada 3 elemen
1. Integriti (amanah) dalam menjalankan tanggungjawab.
2. Inteligent - bijaksana menguruskan masalah di peringkat bawahan, mengubah mentaliti masyarakat.
3. Energy - Kekuatan (mental, fizikal dan rohani.
MKK seharusnya bersedia untuk berubah, dan bersedia untuk mendengar masalah diperingkat bawahan.
YB juga menjelaskan SKIM KIFALAH KEDAH - skim kifalah untuk golongan miskin - pendapatan RM 700 ke bawah sebulan. atau perkapita RM 100. Setiap keluarga yang layak akan diberikan kad sebagai pengesahan dan mendaftar dengan E-sinar.