Dalam Ucapannya, YB berharap agar para pelajar dapat menggunakan wang yang diterima dengan berhemah untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dan tidak menggunakan wang ini untuk tujuan yang melalaikan.
Sumbangan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap anak-anak negeri kedah yang pintar dan cerdik dan beliau beliau turut berasa bangga dengan keluarga yang mempunyai anak-anak pintar dan mereka ini bakal mengisi peluang pekerjaan di peringkat DUN Merbau Pulas terutamanya di KHTP ini.
YB juga meyarankan agar anak-anak pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab untuk memudahkan pelajar membuat rujukan dan berkomunikasi. Kegagalan menguasai bahasa ini juga menyumbang kepada peratusan kegagalan tinggi pelajar kita di Mesir.
Ahir sekali YB juga menjelaskan bahawa kerajaan negeri juga ada menyediakan dana untuk pelajar ini melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah