Monday, August 4, 2008


N33 MERBAU PULAS
Nama :
YB. USTAZAH HAJJAH SITI ASHAH BINTI HAJI GHAZALI
Alamat Rumah :
Batu 10, Jalan Lunas 09400 Padang Serai Kedah
Alamat Pejabat
Aras 1 Wisma Darul Aman 05503 Alor Star Kedah Darul Aman
Tel Bimbit
0195457196
Emel
sitiashah@kedah.gov.my pkwr.merbaupulas@gmail.com
URL Pusat Khidmat YB
http://pkwr-merbaupulas.blogspot.com

Papar semua

Sunday, August 3, 2008

Penglibatan anak-anak Khariah di dalam Persatuan Tomoi Siam Kg, Labu Besar telah mengurangkan
aktiviti yang kurang sihat seperti Mat Rempit dan budaya lepak. Demikian dijelaskan oleh Jurulatih Persatuan Tomoi Siam Kg, Bikan Labu Besar, Kulim, Cikgu Rosli Ahmad kepada Warta Darul Aman

Bertempat di gelanggang tomoi Siam Kampung Bikan , Labu Besar , Kulim, satu majlis penyampaian sijil tamat kursus latihan Persatuan Tomoi Siam Peringkat Cawangan Kampong Bikan anjuran Anak-Anak Khariah berlangsung dengan penuh meriah baru-baru ini.
Menurut Jurulatih Persatuan itu, Cikgu Rosli Ahmad, seramai 270 ahli tomoi siam Kampung Labu Besar diraikan di dalam majlis tersebut dan bersempena dengan majlis itu, satu kenduri turut diadakan bagi memeriahkan lagi majliis berkenaan.
Menurutnya lagi , Persatuan Tomoi Siam kampong Bikan juga seringkali diundang kemajlis perkahwinan manakala semenjak persatuan itu dijalankan kira-kira setahun yang lalu aktiviti rakan masjid turut berperanan dalam kampong Bikan, ujarnya

“Persatuan Tomoi Siam itu juga bukan sahaja terdiri daripada anak-anak muda kampung malahan turut disertai anak-anak muda kampung berhampiran sampai ke Kuala Ketil,” tambah Cikgu Rosli lagi.
Dalam satu perkembangan yang lain, difahamkan Persatuan Tomoi Siam Kampung Bikan juga dalam proses mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Daerah Kulim bagi diketengahkan di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan untuk itu, buat peRtama kalinya persatuan itu telah membuka gelanggangnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Kob, Kulim dan seramai 75 orang peserta telah mendaftar sebagai ahli pertubuhan tersebut.
Bersempena dengan majlis tamat latihan itu juga, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Ustazah Aisyah Ghazali turut hadir menyampaikan sumbangan bantuan berupa wang tunai kepada persatuan itu bagi tujuan membeli peralatan Persatuan Tomoi Siam digelanggang kampung berkenaan.
Dalam ucapan ringkas di majlis itu, YB. Ustazah Aisyah Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Merbau Pulas turut mengingatkan para peserta agar mempelajari tomoi untuk tujuan kebaikan di samping dapat menyihatkan badan dan bukan untuk menunjukkan kekuatan kepada orang lain.
Ramli Jaafar(RJ ) Warta Darul Aman- rjwarta@yahoo.com.

Tukar Kerajaan: Negara tetap Aman


SEBAGAI rakyat yang berada dalam sebuah negara berbilang kaum, saya bersyukur dengan nikmat keamanan yng diberikan oleh Allah SWT.Siapa pun yang menjadi kerajaan maka mereka tetap bertanggungjawab mengekalkan keharmonian dan keamanan tersebut. Sejak sekian lama rakyat dimomokkan dengan dakyah bahawa jika parti tertentu memerintah, maka negara akan huru hara.Apa yang berlaku ialah bukan setakat tidak tercetus huru hara apabila berlaku pertukaran kerajaan, sebaliknya rakyat terus hidup dalam suasana harmoni dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Apa yang kita lihat sekarang nampaknya menjawab khurafat politik yang berlaku sejak sekian lama iaitu hanya parti tertentu saja layak memerintah, parti lain tak layak.Sebenarnya banyak lagi tohmahan lain yang dikumandangkan sebelum ini, nampaknya terjawab satu persatu. Antaranya ialah, jika pihak tertentu memerintah maka ekonomi negeri akan teruk kerana pelabur lari. Apa yang berlaku ialah pelabur berpusu-pusu datang.
Saya menyeru rakyat supaya jadilah orang yang sentiasa berfikir, kerana orang yang bijak adalah orang yang berfikir dan tidak mudah menelan bulat-bulat segala maklumat yang diterima . Sekian

SAMBUTAN JUBLI EMAS SINGKAP KESULTANAN MELAYU KEDAH SEJAK 900 TAHUN LALU 14 Julai (Bernama) -- Sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Sultan Badlishah esok, menyingkap kembali sejarah kesultanan lebih 900 tahun lalu yang bermula dengan pemerintahan Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1136. Sehingga hari ini terdapat 28 orang Sultan yang silih berganti mewarisi takhta kesultanan paling tua di dunia itu. Terdapat lapan buah pusat pemerintahan di seluruh negeri Kedah iaitu Kota Bukit Meriam (1136-1236), Kota Sungai Emas (1236-1323), Kota Siputih (1323-1626), Kota Naga (1626-1654), Kota Sena (1654-1664), Kota Bukit Pinang (1687-1735) dan Kota Star (1735 sehingga kini). Esok takhta kesultanan Kedah memasuki era amat bersejarah apabila pemerintahan Sultan Abdul Halim genap usianya 50 tahun. Sultan Abdul Halim merupakan Sultan Kedah yang keempat menyambut Jubli Emas semasa pemerintahan berada di atas takhta. Sultan-sultan sebelumnya ialah Sultan Kedah kelapan, Sultan Ataullah Muhammad Shah (1423-1473), Sultan ke-19 Sultan Zainal Adilin Mu'adzam Shah (1710-1778), dan Sultan ke-26 Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943). Sultan Abdul Halim yang diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit di sini, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid serta bersemayam di asrama pada 1946 sehingga 1949. Pada Februari 1949, baginda berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan selepas selesai kursus persiapan, baginda diterima masuk ke Wadham College di Oxford, London pada 1952 dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Ketika masih menuntut di England, Sultan Abdul Halim ditabalkan sebagai Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1949. Tidak seperti kebanyakkan putera raja yang lain, baginda memilih untuk berkhidmat sebagai penjawat awam di Pejabat Daerah Kota Star dan Perbendaharaan Kedah setelah kembali ke tanah air pada 1955. Mulai 9 Mac 1957 hingga 3 Julai 1957, Sultan Abdul Halim memangku jawatan Sultan Kedah kerana ayahandanya Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid, berangkat ke luar negara. Baginda menaiki takhta pada 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Sultan Badlishah, dan ditabal sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 20 Februari 1959 manakala Almarhum Tuanku Bahiyah Tuanku Abdul Rahman ditabal sebagai Sultanah Kedah. Baginda mempunyai pejabat di pusat pentadbiran negeri, Wisma Darulaman dan memasuki pejabatnya seperti kakitangan kerajaan lain bermula pada pukul 8 pagi hingga tamat waktu pejabat harian. Menyentuh mengenai kehidupan peribadi, hasil perkongsian hidup dengan Almarhumah Sultanah Bahiyah pada 10 Mac 1956, baginda dianugerahkan tiga puteri iaitu Tunku Soraya, 44, Tunku Sarina (mangkat pada 31 Ogos 1991) dan Tunku Datuk Seri Intan Safinaz, 39. Baginda juga berkahwin dengan Sultanah Haminah Hamidun pada 25 Disember 1975.Sempena sambutan Jubli Emas ini, Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata kerajaan negeri mengaturkan pelbagai acara bagi memeriahkan perayaan itu. Katanya, kerajaan negeri juga telah bersetuju dengan cadangan untuk membina sebuah taman awam sebagai lambang mengabadikan sambutan Jubli Emas 50 tahun pemerintahan baginda.Syed Unan Mashri memberitahu, taman seluas 20 hektar tersebut bakal menjadi tanda kasih sayang kerajaan negeri dan rakyat kepada Sultan Kedah sebagai sultan yang mencurahkan usia 50 tahun baginda untuk berkhidmat. "Sejarah gemilang pemerintahan Tuanku (Sultan Kedah) dan juga 27 orang sultan-sultan terdahulu yang menjangkau hampir 1,000 tahun akan diabadikan di dalam reka bentuk 'Batu Bergambar' dan 'Batu Bersurat' yang menghiasi taman ini."Di atas 'Batu Bergambar' akan diukir sejarah Perlembagaan Pembangunan Negeri Kedah Darulaman sepanjang tempoh Sultan Kedah menaiki takhta sehingga sambutan Jubli Emas," katanya. -- BERNAMA
rjwarta@yahoo.com

Oleh ; Ramli Jaafar
Kulim : Fuji Electric Semiconductor(Malaysia) Sdn Bhd akan melaburkan kira-kira RM1.4 bilion
lagi untuk tujuan pembanggunan dan memantapkan system operasinya di Taman Teknologi Tinggi kulim(KHTP) dalam tempuh 9 tahun akan datang .

Pengarah Urusannya, Dato’ Kozo Kataro berkata peruntukan itu akan digunakan untuk menambah lebih berapa fasa lagi pembinaan kilang merangkumi tapak kilang bangunan dan peralatan.

Demikian yang diyatakan oleh beliau sewaktu ucapan peramian majlis penambahan kilang Fuji Electric oleh Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak,Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman baru-baru ini.

Turut hadir ialah YB, Ir, Amiruddin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Sains, Inovasi Bioteknologi, Pembanguan Usahawan, YB, Hj Taulan Rasul, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB, Ustazah Siti Ashah Hj Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat,YB, Lim Soo Nie, ADUN Kulim, Sdr Mohd Helimi Mohd Khalid, Su Akbar juga pegawai-pegawai KHTP.