Monday, December 21, 2009

ISU KUIL BATU PEKAKA : Deyyy!!! KALAI.. Deeyy!!! GOBALA...cittt poraahhhh...!!!

21 December 2009
ISU KUIL BATU PEKAKA : Deyyy!!! KALAI.. Deeyy!!! GOBALA...cittt poraahhhh...!!!


Isu Perkuburan Hindu Batu Pekaka...Tak Payah lah Jadi Hero Kaum!

Maaf lah tuan-tuan, sehari dua ni tak dan nak update blog, kalut macam-macam. Hari ni bila baca si Kalai pi buat report polis pasai pemindahan perkuburan hindu di Bt Pekaka, kena jawab la sikit.


Jumlah kubur yang ada di situ ialah 84 buah, bukan 500 buah seperti kata Kalai. Mula digunakan sekitar tahun 70-an, bukan sejak zaman penjajah. Terdapat 2 kubur kosong dalam jumlah 84 itu, yang saya tak tau nak cerita macam mana kubur tu kosong. Jadi jumlahnya 82 saja.


YB Manikumar telah menulis dengan terang dalam suratnya kepada En Raj yang jadi 'ketua' dalam isu ini. Pampasan RM3 ribu kepada setiap waris, tanah gantian 2 ekar di pinggir kawasan industri Kuala Ketil bernilai 500 ribu, pemindahan ke tanah perkuburan hindu yang diwartakan di Padang Geh, akan ditanggung sepenuhnya oleh BDB. Tetapi surat ini diperam oleh Raj untuk tujuan yang tidak diketahui. Akibatnya waris dan penduduk tidak tahu hal sebenar dan tawaran BDB kepada mereka, lalu mereka membantah!


Hal inilah yang dipersetujui dalam perbincangan antara wakil masyarakat hindu di situ dengan YAB MB dalam bulan puasa lalu di pejabat MB. 7 wakil mereka termasuk YB Gobalakrisnan terlibat dalam perbincangan itu. Saya ada gambarnya dalam telefon lama saya, nanti saya upload untuk tatapan kita.


Dalam kekalutan akibat maklumat terperam itu, muncul hero-hero palsu seperti Kalai, L Maran dan MIC untuk menjuari isu kubur hindu... Gobala juga tidak ketinggalam menjadi hero. Selepas bersetuju pada perbincangan dengan YAB MB, tiba-tiba mereka membuat tuntutan balas, apa mereka mahu?


Tanah 10 ekar di kawasan itu, kuota 10% kaum India dalam KUIN, Dewan Serbaguna yang boleh muat seribu orang pada satu-satu masa, lot-lot parking di sekitar dewan, kawasan berpagar dan kos pemindahan minima 100 ribu, dan macam-macam lagi. Apa ni??


Tanah kubur itu 100% milik BDB, kubur itu dibuat tanpa izin tuan tanah. bila nak dibangunkan dengan kolej universiti untuk ratusan ribu anak-anak kedah berbilang kaum, mereka menuntut yang bukan-bukan untuk satu kaum saja. Apa ni? Gobala mendesak untuk jumpa MB untuk bincang lagi...dia mengugut kerajaan akan jatuh dengan isu kubur ini...saya dan Ismadi di kata macam-macam ... saya jawab ... POOORAHHHH!!!


Saya katakan MB adalah Menteri Besar untuk semua kaum, pintu biliknya terbuka untuk perbincangan... tetapi perbincangan yang munasabah dan masuk akal, bukan bincang untuk batalkan persetujuan akibat dicucuk dengan api perkauman dan jarum hasutan serta ugutan! Jangan ada pihak yang cuba membakar api perkauman, dan jangan ada MP Pakatan Rakyat yang cuba jadi hero untuk kaum tertentu saja.


Hari ini 56 kubur sudah dipindahkan. Waris yang faham langkah kemanusiaan BDB dan Kerajaan Negeri akur dan setuju...tapi dua tiga kerat 'pemimpin palsu' yang berjuang atas nilai dolar dan ringgit... cuba nak jadi hero, cari publisiti murahan.

Deyyyy!! Nanti Anda semua akan dilupakan orang!!!

Muhammad Sanusi Md Nor
SETPOL MB Kedah

Tuesday, December 15, 2009

YB menyampaikan Hadiah Kejohanan Badminton

Padang Serai, 13 Dec 2009. Kejohanan Badminton Melayu Tertutup Padang Serai telah diadakan di Dewan MPK Taman Mahsuri. Kejohanan yang dianjurkan oleh belia Taman Mahsuri telah mendapat sponsor sepenuhnya daripada Sdr. Khairul Anuar, seorang usahawan yang membuka kedai aksesori dan kelengkapan sukan di Padang Serai.
Kejohanan yang julungkali diadakan ini telah mendapat sambutan dengan 60 regu telah mendaftar.
YB ustazah dalam ucapan penutupnya telah melahirkan penghargaan kepada pihak penganjur yang berjaya menganjurkan pertandingan dan berjanji akan memberi sokongan apabila diadakan pada tahun hadapan.








Thursday, December 10, 2009

YB Mengagihkan Daging Korban

Taman Mutiara Sungai Kob, Majlis Pengagihan Daging Korban telah diadakan di Surau Taman Mutiara. Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Kariah Merbau Pulas, Bagan Sena, Bikan dan Sungai Kob melalui MKK Masing-masing. Dalam majlis ini juga Syeikh Hussin turut korbankan 1 lembu untuk dihidangkan kepada petugas-petugas.









Sunday, November 22, 2009

Friday, November 20, 2009

Bantuan Kematian - Skim Kifalah 2010

20 November 2009
Bantuan khariat kematian semua kaum di Kedah start Tahun 2010


Mulai tahun depan, golongan miskin semua kaum di Kedah akan menerima bantuan RM500 melalui khairat kematian 'kifalah' bagi pengurusan jenazah anggota keluarga mereka yang meninggal dunia.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata menerusi skim bantuan itu, mereka akan mendapatkan bantuan wang tersebut jika terdapat anggota keluarga mereka seperti ibu bapa atau anak yang meninggal dunia.

"Kifalah bertujuan memberi bantuan segera kepada rakyat miskin yang kehilangan anggota keluarga dan wang itu boleh digunakan untuk pengurusan jenazah dan sebagainya," katanya di Alor Star hari ini.

Katanya, bantuan tersebut menjadi salah satu bukti bahawa kerajaan negeri komited untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik atau miskin tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

"Menerusi bantuan ini, rakyat daripada semua kaum dan tanpa mengira fahaman politik boleh menghubungi wakil rakyat atau ketua kampung masing-masing untuk membuat permohonan Kifalah jika berlaku kematian anggota keluarga mereka," katanya. - Bernama

YB Ustazah dan DMPPS menyampaikan sumbangan

20/11/2009 - JUMAAT , Taman Desa Aman. YB Ustazah Aishah dan Dewan Muslimat Pas Kawasan Padang Serai menyampaikan sumbangan kepada 30 orangwarga emas dan ibu tunggal sekitar kawasan Padang Meiha. Majlis berlangsung di Surau Taman Desa Aman. Dalam majlis ini YB melahirkan penghargaan kepada muslimat di dalam menggerakkan parti dan perjuangan parti Islam Semalaysia (PAS) di dalam setiap pilihanraya yang diadakan.
Beliau juga memohon agar para muslimat dapat sesama membantu mengawal anak-anak agar tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat.




YB Ustazah melawat mangsa banjir

15/11/2009 - MERBAU PULAS- YB Ustazah Ashah telah turun padang melawat mangsa banjir di Merbau Pulas. Beliau turut menyumbangkan bekalan makanan untuk mengsa banjir di Surau Kampung Baru. Dianggarkan 80 buah rumah terlibat dengan bencana banjir di Kawasan MKK Jemerli. Penduduk yang ditemui mengucapkan rasa terharu dan berterima kasih atas sumbangan dan prihatin YB turun padang melihat sendiri kesusahan rakyat bawahan. Disamping itu penduduk sempat juga mengutarakan masalah tebing sungai sama paras dengan sungai yang mana ini menyebabkan limpahan air sungai dan masuk ke kampung. Penduduk kampung berharap agar pihak berkuasa dapat mengusahakan kerja-kerja tembatan tebing sungai.
YB sedang mendengar masalah tebing sungai yang perlu ditambak untuk mengatasi masalah banjir daripada Sdr. Hussien Ahmad






Thursday, November 19, 2009

Jaga 7 Sunnah Rasul

Jaga 7 Sunnah Rasul
Oleh:AfifZahrah


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.

Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia-/imamazhari.blogspot

Tuesday, November 17, 2009

YB Gobala meninjau keadaan banjir di Merbau Pulas.

15/11/2009 - Ahli Parlimen Padang Serai YB Gobala, telah turun padang melawat kawasan yang telah dilanda banjir di Merbau Pulas dari jam 11.00 malam hingga 1 pagi



Banjir di Merbau Pulas

Banjir mulai melanda beberapa buah kampung di Kariah Merbau Pulas mulai jam 3 pagi 13 November 2009. Kampung Terlibat ialah Kampung Baru Jemerli, Kampung Jeram dan Kampung Merbau Pulas. lebih Kurang 100 buah rumah dinaiki air akibat daripada limpahan air sungai Sedim-Merbau Pulas.




Kota Siputeh : Nampak Macam Nak Jadi Macam Cerita kat Perak jee...!!

17 November 2009
Kota Siputeh : Nampak Macam Nak Jadi Macam Cerita kat Perak jee...!!

Kota Siputeh: SPR mohon penangguhan keputusan
Oleh Magendran Rajagopal

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kosong.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun menetapkan untuk mendengar permohonan SPR Jumaat ini.

"Penasihat undang-undang SPR berkata mahkamah akan mendengar permohonan kita untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan terbabit Jumaat ini.

"Kita minta penangguhan ini bagi memberikan cukup masa untuk SPR membuat rayuan," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata berikutan keputusan mahkamah itu, penyandang kerusi itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hasan Sarif, tidak boleh menghadiri sidang DUN yang bermula esok sehingga mahkamah memutuskan rayuan.

kredit : Kedahlanie

BN Dah Lama Menang Tapi Kedah Tak Senang,Senang Pun

BN Dah Lama Menang Tapi Kedah Tak Senang,Senang Pun
Posted on Sunday, November 15 @ 23:48:14 PST by tokdalang

Oleh MOHD FIRDAUS JAAFAR

BN [100_3174.JPG]DAH LAMA MENANG, KEDAH TAK SENANG-SENANG PUN. Sepatutnya itulah slogan yang Umno Kedah kena lancar pada 12 November yang lalu. Nak nafi apa lagi? Hakikatnya BN dah menang dan perintah Kedah lebih 50 tahun dulu, sejak Malaysia masih lagi Tanah Melayu.


Pasai apa selama 51 tahun tadbir Kedah, Umno tak dak usaha untuk senangkan rakyat di negeri jelapang padi ini? Ramai rakyat Kedah tergolong dalam kategori orang susah, tak senang-senang dari dulu sampai la ni.

Bila PR ambil alih perintah Kedah Mac 2008 lalu, lepas wakil-wakil rakyat dPR membuka pusat khidmat, ramai yang pakat terkam pusat khidmat dan mohon bantuan itu dan ini, ada yang nak mohon bantuan JKM, ada yang nak mohon zakat, ada yang nak mohon perbaik rumah dan tak kurang juga yang mintak duit buat belanja harian.

Majoriti yang memohon masa tu adalah orang Umno yang susah lama dah, susah zaman Umno dan BN perintah lagi. Kita tanya pasai apa tak mohon sebelum ni? Jawapannya, dah mintak tapi..... depa pun tau walaupun ahli Umno tapi bukan kroni, susah macamana pun payah nak dapat bantuan.

Umno boleh ambik data permohonan bantuan untuk rakyat susah dengan agensi-agensi seperti JKM, Pejabat Zakat, Pejabat Daerah atau apa-apa agensi yang iktiraf wakil rakyat PR. Mula dari April 2008 sampai ke hari ini bertimbun permohonan yang dah dibuat, ada permohonan yang dah lulus dan ada lagi yang masih dalam proses.

Rakyat Kedah sepatutnya dah lama senang kalau Umno/BN tak menyeleweng hasil negeri. Buktinya laporan audit 2008, tak sampai setahun memerintah kerajaan PR di bawah Dato' Seri Ustaz Azizan boleh tingkatkan hasil negeri sebanyak 205%. Itu baru 9 bulan, kalau genap setahun tentu boleh cecah 275%. Guna formula paling senang, 275% kali dengan 50 tahun, tentu banyak hasil negeri kalau Umno/BN tak seleweng dulu, rakyat Kedah tentu dah senang.

Umno/BN kena malu la sikit kat Ustaz Azizan, dok tak duduk mai nak bagitau rakyat Kedah akan senang lenang kalau BN menang. Nah ambik pantun 2 kerat ni...

Wanita Umno pakai tudung merah
Piiiiiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrraaaaaaaaahhhhhhhhh

kredit : Detikdaily

Sunday, October 11, 2009

Bagan Pinang: "Tuhan, Allah yang memberi kemenangan"



"Tuhan, Allah yang memberi kemenangan"


Aksi ini amat menarik perhatian kami dan amat menyentuh hati hingga air mata terasa hendak mengalir keluar. Sambil menyelusuri jalan sepanjang jalan ke Teluk Kemang, dari jauh terlihat aksi yang menarik perhatian ini.

Menarik kerana kelibat seorang wanita Cina memegang payung PAS sedang menarik perhatian laulintas...memilih PAS!!!

Kami berpatah balik dan mengambil gambarnya....sebaik saya mendekati dirinya wajahnya kelihatan amat 'familiar'...ya tak silap lagi, saya menegurnya...Auntie...yang buat mogok lapar bersama kami dulu bukan?"

Jawabnya..."ya saya selalu buat mogok lapar sana sini"....ya...dialah yang bersama Raja Petra dan lain-lain di tahun 2002 mengadakan mogok lapar bersama GMI untuk kempen bebaskan tahanan ISA reformasi ketika itu.

Seronoknya dapat berjumpa dia...lagi best dia kata saya nampak muda saja dan bertanya berapa orang anak saya ada...namun sambil bersembang pun dia tetap juga dengan aksinya terus menaikkan tanda 'good' ke arah lalulintas. Kelibat dan aksinya memang menarik perhatian ramai.

Katanya dia sudah berada dan berdiri di situ hampir 4 jam...ada yang berhenti singgah dan memberi minuman dan makanan kepadanya. Umurnya sudahpun 67 tahun.

Kata-katanya menyentuh hati kami..."Tuhan Allah juga yang akan beri kemenangan pada kita walau BN beri macam2 baranagan pada pengundi"

Sanggupkah kita beraksi seperti dia????
Posted by ummu asiah at 2:36 AM 11 comments
Labels: mansuh ISA, pejuang, ummuasiah

Wednesday, October 7, 2009

Perjumpaan pembeli Rumah DESAKU

Para pembelirumah DESAKU diminta hadir ke majlis perjumpaan yg diaturkan oleh para pembeli prihatin pada:

Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : Jam 9.00 pagi
tempat : Tapak projek Taman DESAK, Pdg Meha

=== Datang untuk bermusyarah dan utk mencari jalan terbaik=====
** Sila bawa dokumen yg berkaitan.... SMP/Bayaran Bank and etc...

daripada pembeli prihatin:
Thibagaran Sivalinggam
toThibagaran Sivalinggam ,
Che.Ani.Mohd.Norzaimi@continental-corporation.com,
guru linggam ,
Gobi ,
wanie_taharim@yahoo.com,
sarifahidr@yahoo.com,
Hamer@molex.com,
alexandrea_maula76@yahoo.com,
mamatzaimie@gmail.com,
shufars@tnb.com.my,
sshufar@yahoo.com,
cheross77@yahoo.com,
noor.hidayat.b.ismail@intel.com

ccmamatdesaku@gmail.com,

3. Untuk makluman pihak tuan/puan, kami (pembeli rumah) akan membuat perjumpaan seperti berikut:-

Tarikh : 10 oktober 2009
Masa : 9am – 12pm
Tempat : Tapak Projek Desa Ku, Kulim Kedah.
Alamat pemaju :
ECK Development Sdn. Bhd
No. 749, Jln Pondok Labu,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.


4. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.



Wakil Pembeli,

…………………..
( Muhd. Zahir Salleh)
012-4005077

Sunday, September 27, 2009

Friday, September 18, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya daripada YB

Perutusan 1 Syawwal dari TGNA...


Perutusan 1 Syawwal dari TGNA...


Assalamu'alaikum wa Rahmatullah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya. Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain. Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai. Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun. Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid. Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai. Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka.

p/s mAklonG, sempena hari lebaran ini marilah kita sama-sama hayati maksud Ayat 18 hingga 19 ini dalam Surah Al Hashyr yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Thursday, September 17, 2009

Bonus raya kerajaan Pakatan RM500 Sekaligus

Bonus raya kerajaan Pakatan RM500
Sep 16, 09 5:37pm
Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak RM500 kepada kesemua 5,300 penjawat awam kumpulan sokongan yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pembayaran bonus hari raya itu melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM2.65 juta dan akan dibayar secara serentak esok.

Bayaran bonus itu diberi kepada semua penjawat awam kumpulan sokongan termasuk yang berkhidmat secara kontrak, sambilan dan sementara, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Setar.

Azizan juga berkata kerajaan negeri akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuk pada 24 Sept ini di kediaman rasminya di Sri Mentaloon.

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran yang sama kepada 9,000 penjawat awam negeri itu yang akan dibuat sebelum Hari Raya.

Kerajaan pusat telah mengumumkan pembayaran saguhati RM500 kepada semua penjawat awam kumpulan sokongan yang akan dibuat dalam dua ansuran. BERNAMA

Wednesday, September 16, 2009

Majlis Buka Puasa AJK PKWR

Sebagai menghargai jasa AJK PKWR yang bertungkus-lumus menjalankan tugas sepanjang Bulan Ramadhan ini, YB dengan kerjasama Hotel Seri Malaysia Sungai Petani telah mengadakan Majlis berbuka puasa.
Terima kasih YB dan terima kasih Hotel Seri Malaysia Sungai Petani


YB menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada pengurusan Hotel Seri Malaysia
Gambar kenangan AJK PKWR, YB dan Pengurusan Hotel Seri Malaysia