Thursday, March 25, 2010

YB Ustazah di Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Kedah


24Mac2010-YB turut hadir bersama memdergar taklimat oleh Urusetia Penerangan Kerajan Negeri Kedah, berkaitan dengan Perkembangan dan Kemajuan Kerajan Negeri.Yang bertempat di Dewan Bandaran Kulim. Majlis di hadiri oleh Exco Penerangan, Dato' Pergawai Daerah,dan Majlis Ketua Kampung.

Wednesday, March 24, 2010

KEDA dan Sistem Penyampaian Yg Diakui gagal oleh Pengerusi (baru)

Wahai KEDA tlg tengok Sdr kita ni....... waktu JKKK la ni JKKP telah mohon tetapi habuk pun tiada. Tahun Lepas saya telah cuba melalui PROKHAS tetapi tak juga berhasil. Saudara kita ni.... utk pengetahuan semua.... politik belah manapun tidak....maklumlah orang betoi bendul.............(maaf sdr. Hamid)
Bos-bos KEDA .... cuba pergi tengok siapa yg dapat rumah KEDA (PPRT) depan Klinik Merbau Pulas tu..... adik, abang, saudara-mara dan ramai lagi.... keluarga DEPAKAH sahaja yang susah ??????? Setahu saya, peninggalan harta ayahndanya berelung-relung ladang kelapa sawit...... susahkah depa ni kalau nak dibandingkan dengan Saudara Meh kita di bawah ni...... renung-renungkan.......!!!!!
Serambi rumah Sdr Meh bin Md. Nor yang telah lama runtuh. Hanya 2 btg kayu yg menjadi jalan ke balai rumah.
Sdr. Meh bin Md. Nor di depan rumahnya.


KEDA dan Sistem Penyampaian Yg Diakui gagal oleh Pengerusi (baru)


Kenyataan Akhbar 24 Mac 2010

Saya menyambut baik langkah drastik yg dijanjikan akan diambil oleh Pengerusi KEDA yg baru, YB Ahmad Bashah Md Hanipah, agar segera memastikan hanya mereka yg benar-benar layak sahaja menerima bantuan rumah dari skim Program Bantuan Rumah (PBR) yg disediakan. Sekiranya proses yg benar-benar adil tidak dilaksanakan, bermakna terdapat individu yg sebenarnya layak telah dizalimi.

Hakikat bahawa berlaku penyelewengan dibawah kendalian Pengerusi lama, yg melibatkan lambat menerima bantuan, sehinggakan terdapat kes yg melibatkan individu berkemampuan turut menerima bantuan. Semua ini telah menjadi rahsia umum dalam masyarakat Kedah.

Tidak sukar untuk memastikan kumpulan sasar sebenar dinilai kemampuannya, seandainya pegawai dan Lembaga Pengarah terlibat mampu melihat dari kacamata keadilan sebenar, bukan berdasarkan kenalan, rakan, dan warna parti yg dianggotai oleh pemohon.

Dengan peruntukan tahun 2010 untuk membina 421 buah rumah PBR, serta membaiki 580 rumah di seluruh Kedah, tahap kualiti perumahan dan masyarakat luar Bandar Kedah akan mampu ditingkatkan.

Perlu diingatkan bahawa, KEDA bukanlah semata-mata agensi milik Kerajaan Persekutuan, sebaliknya KEDA adalah Agensi milik bersama diantara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Justeru, sistem penyampaian yg berkesan, efektif, dan adil mesti segera dilaksanakan, agar Pengerusi KEDA yg baru dilihat berusaha menanggung dan melaksanakan amanah yg dipikulkan demi kesejahteraan rakyat.

Malah KEDA diantara agensi utama untuk mencapai sasaran pembasmian kemiskinan tegar.

Kontraktor yg dilantik melaksanakan PBR juga harus diteliti agar kualiti hasil kerja tidak diabaikan, kerana pengguna tidak berani menyuarakan pandangan apabila berlaku masalah pembinaan, dibimbangi dianggap tidak bersyukur dengan nikmat yg diterima, sedangkan kompromi kualiti pembinaan boleh menimbulkan kesukaran dimasa hadapan.

Saya menyarankan agar segera diujudkan gerakan bersama diantara wakil Kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam mengendalikan KEDA, agar memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yg lebih sejahtera.

Seandainya Pengerusi (baru) KEDA ini juga gagal melaksanakan rombakan sistem penyampaian melalui KEDA, dalam tempoh 6 bulan pertama 2010, kita menuntut agar beliau melepaskan jawatan Pengerusi KEDA dan dikembalikan kepada wakil Kerajaan Negeri Kedah.

Senator Hj. Zamri Hj. Yusuf
Ahli Dewan Negara (mewakili negeri Kedah)

Anak-anak La ni jahil Agama...................

Anak-anak Sekarang Jahil Agama?

Posted on Tuesday, March 23 @ 21:08:10 PDT by Paktam

Memahami isu hamil dan dara adalah berbeza dengan memahami bahawasanya ta[images.jpg]npa pendidikan seks akan menghasilkan remaja yang naĆÆf tentang imej diri, menjaga keperawanan dan maruah hingga terjerumus ke lembah seks bebas. Islam datang dengan hukum-hakam untuk menyelesaikan pelbagai masalah manusia.

Antaranya ialah hukum hakam tentang solat, puasa, haid-nifas, pernikahan, kelahiran dan sebagainya. Dalam proses memahami hukum-hakam ini, umat Islam didedahkan dengan aspek biologi dan fisiologi manusia sehingga mereka mengetahui tentang kitaran haid dan kaitannya dengan hukum solat, hukum berpuasa, hukum berkaitan hubungan jenis, nikah dan lain-lain.


Diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Marwan bin Ajda’ berkata, saya pernah bertanya kepada Aishah radiallahu anha.: “Apakah yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki terhadap isterinya apabila dia kedatangan haid?” Baginda Rasulullah Salallahu alahi wasallam menjawab: “Apa sahaja selain farajnya.” [HR Bukhari]

Pada masa yang sama, Islam mengajarkan kepada umatnya tentang kejadian manusia itu sendiri yang memiliki naluri melanjutkan keturunan (gharizatun nau’/procreation instinct) yang lahir darinya keinginan terhadap lawan jenis, kasihkan kerabat, mahukan anak dan lainnya. “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu fitrah kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita dan anak-anak”. [Ali Imran (3):14].

Apa yang diajarkan oleh Islam bukanlah menafikan naluri ini tadi, sebaliknya menyarankan manusia untuk menikah ataupun menahan syahwat dengan berpuasa. “Barangsiapa berkahwin maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi.” [HR Al Hakim dan Ath-Thahawi)].

“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya”. [HR al-Bukhari, (no. 5066)].

Dari penjelasan di atas, kita memahami bahawasanya mempelajari hal-hal berkaitan dara, seks, kehamilan dan sebagainya bukanlah satu disiplin ilmu tersendiri yang terpisah dari cabang ilmu-ilmu lain kerana ia adalah subset kepada hukum-hakam tentang haid, nifas, pernikahan, perceraian, solat, puasa, dsb. Ilmu tentang seks semata-mata tanpa fikrah Islam mungkin memberi pendedahan kepada remaja bagaimana untuk mengelak kehamilan yang tidak dirancang dan mengelak jangkitan penyakit seks (STD), akan tetapi tiada jaminan remaja dapat mengelak dari terlibat dalam gejala zina yang membawa kepada kemurkaan Allah. “Dan janganlah kamu Menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ” [TMQ Al Isra' (17) : 32]. Wallahu alam bisshawab.

Ustaz Nor Amin

-demokrasi93.blogspot.com

Mana hala tuju sosial kita ................................???????

1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

a) 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b)2008 : 16,541 anak luar nikah
c)2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.

5. Sistem pendidikan , perumahan , pembangunan , IT , media dan lainnya yang sangat jelas serta ketara tidak menepati syarat dan sistem Islam adalah antara penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan akhlak . [ sebagai contoh ....]

Pendidikan : Tidak menitik beratkan pentarbiyyah untuk melahirkan insan yang soleh dan bermoral . Nilai agama dan moral tidak menjadi asas utama dalam memburu kecemerlangan akdemik .

Perumahan : Rumah murah 2 bilik tidak sesuai untuk rakyat kerana menyumbang kepada gejala sumbang mahram serta susun atur kawasan perumahan yang tidak islamik sebagai contoh kawasan perumahan yang tidak disediakan surau oleh pemajunya dan pusat pengajian agama tambahan serta kawalan akhlak dan moral selain warden yang menjaga keselamatan tetangga .

Pembangunan : Hanya memburu keuntungan sehingga dalam satu daerah biarpun majoriti muslim masih dibenarkan kedai - kedai jualan arak dan kondom secara terbuka seperti seven eleven dan pertumbuhan kelab malam , karaoke , rumah urut yang tidak terkawal tumbuh bagai cendawan selepas hujan .

6. Seperkara lagi yang saya lihat tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis - majlis ilmu .

7. Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadhir solat jumaat .

8. Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujjah arahan orang atas !Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah . Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam . Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .

[ contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur . Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat - pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .]

9. Bukan tidak tegur dan bukan juga tidak dinasihati , tetapi mereka sukar memahami . Kita telah menghantar memorundum , kita telah menegur dalam kunjungan hormat kita , kita juga sudah sebut dalam dialog , wacana ilmiah , debat , khutbah , kuliah , ceramah bahkan demonstrasi . Kita juga menegur mereka secara rasmi di dalam Parlimen , Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri tetapi semuanya tidak membuahkan hasil . Mereka hanya memekakkan telinga dan menggulung lidah .

10. Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.