Saturday, March 6, 2010

Progress - Taman Desaku

Feedback dari aduan saya pada KPKT...
harap semua pembeli dapat memajukan aduan dan serta kan dukumen yang diperlukan.
Terima kasih.

From: mohd.rizuan@kpkt.gov.my [mailto:mohd.rizuan@kpkt.gov.my]
Sent: Friday, March 05, 2010 11:16 AM
To: Sufhar Salamun
Cc: musadad@kpkt.gov.my
Subject: TAMAN DESAKU

Tuan,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara telah menerima aduan email tuan. Untuk makluman, tuan dikehendaki mengemukakan sesalinan Surat Perjanjian Jual Beli (SPJB) ke alamat seperti berikut untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Perumahan Negara
Blok B Utara, Aras 3
Pusat Bandar Damansara
50782 Kuala Lumpur.
(u/p: MOHD RIZUAN BIN OMAR)

3. Tindakan segera tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"1 MALAYSIA.RAKYAT DIDAHULUKAN.PENCAPAIAN DIUTAMAKAN."

Saya yang menurut perintah,

-melalui email-
..................................
(MOHD RIZUAN BIN OMAR)
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
No. Tel: 03-20998332
No. Faks: 03-20936797

Friday, March 5, 2010

Kem Anak Soleh

WAHAI
ADIK-ADIKKU DI BAWAH INI ADA IKLAN UNTUK PI KEM ANAK SOLEH
BAYARAN PENYERTAAN HANYA RM10.00 SAHAJA. 3 HARI 2 MALAM
MANA ADA HOTEL... HARGA MENAKJUBKAN... MAKAN SAMPAI 6 KALI SEHARI

TUNGGU APA LAGI DAFTAR LA SEKARANG.... PAKAT DAFTAR CEPAT TEMPAT TERHAD

Thursday, March 4, 2010

Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Bagi Memantau GLC

Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Bagi Memantau GLC
Disediakan oleh: Faiz Hj. Othman

ALOR SETAR, 3 Mac 2010 – Satu Jawatankuasa Khas bakal ditubuhkan bagi memantau dan mengkaji semula status GLC. Cadangan penubuhan jawatankuasa khas tersebut telah diajukan dalam mesyuarat exco pagi tadi yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.

Jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat itu akan mengkaji sejauh mana perjalanan anak syarikat milik kerajaan negeri ini berjalan mengikut spesifikasi yang betul serta memberikan keuntungan dan pulangan kepada pihak kerajaan negeri. YAB Dato’ Seri bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Puat Mohd Ali, Pegawai Kewangan Negeri Kedah serta dua orang lagi ahli jawatankuasa, YB Tuan Anas Ahmad Zakie, BCK, Penasihat Undang-undang Negeri Kedah dan Dato’ Wira Syed Zin Abdullah, bekas Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Jawatankuasa khas ini akan mengkaji berhubung kewangan syarikat GLC dan aspek perundangan yang melibatkan penubuhan syarikat serta bidang tugas mereka.

Menurut beliau, buat masa ini, terdapat beberapa GLC yang mempunyai kelemahan dalam tadbir urus syarikat dengan baik. Ujar beliau, GLC yang tidak mencapai sasaran atau tidak menunjukkan prestasi yang baik mungkin akan diberhentikan operasi atau diperbetulkan mana-mana kekurangan yang boleh dibaiki.

Dalam perkembangan lain, YAB Dato’ Seri turut mengulas spekulasi berhubung rombakan exco yang mungkin akan berlaku dalam kerajaan negeri dalam tempoh beberapa hari lagi. Tambah beliau, “Mungkin akan berlaku rombakan portfolio dan pertukaran ini hanya pertukaran kecil”. Perubahan yang berlaku ini atas pemerhatian YAB Dato’ Seri selama 2 tahun memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah sebagai Menteri Besar dan perkara ini beliau melihatkan kepada kesesuaian individu itu memegang portfolio yang akan diumumkan kelak.

Wednesday, March 3, 2010

Amanat DS Mb diperhimpunan bulanan : Hutang & Air

03 March 2010
Amanat DS Mb diperhimpunan bulanan : Hutang & Air


oleh PKWR Alor Mengkudu

Pagi tadi diadakan himpunan pagi untuk warga Wisma Darulaman bagi bulan March.Himpunan bulanan ini dihadiri oleh semua staff Wisma termasuk exco-exco kerajaan negeri.Seperti biasa Ds Mb akan menyampaikan tazkirah dan amanat beliau.

Beliau menghuraikan 2 perkara dengan panjang lebar:

1.Hutang

Ds Mb memetik beberapa ayat Al Quran dan Hadis untuk menjelaskan kewajipan membayar hutang,sehingga kalau kita matipun hutang itu masih tidak terlepas.Para waris hendaklah menjelaskan hutang itu dari harta-harta peninggalan beliau.Roh mereka yang berhutang akan terapung diantara langit dan bumi.

Sebab itulah apabila berlaku satu kematian siwaris akan membuat pengumuman supaya mereka membuat tuntutan terhadap hutang mereka yang belum dijelaskan.

Begitulah hukum Islam yang mewajibkan setiap yang berhutang supaya membayarnya walaupun telah meninggal dunia.

Semalam satu demonstrasi diadakan di Taman Wira Mergong dan sebahagian dari mereka datang ke pejabat Mb untuk menyerahkan memorandum membantah hasrat kerajaan menuntut hutang sewa rumah yang mereka duduki.Rm 6 dari 27 juta hutang PAKR adalah dari Taman Wira Mergong.

Sebahagian dari mereka mampu mengubahsuai rumah,ada Astro dan kereta tetapi tidak mampu membayar sewabeli sebanyak Rm 100 sebulan selama bertahun-tahun lamanya dan 7 penyewa tidak pernah membayar sewabeli selama lebih dari 25 tahun.

Yang jelas mereka sengaja tidak mahu membayar sewa,bukan kerana tidak mampu.


2.Masalah air

Selain dari Pulau Pinang yang berjaya menguruskan air dengan baik,pengurusan air dilain-lain negeri di Malaysia lebihkurang sama.Oleh itu masalah kekurangan air dewasa ini berlaku disemua negeri akibat kemarau yang melampau.

Tetapi media hanya menyiarkan seolah-olah ianya berlaku di Kedah sahaja,demi semata-mata untuk menunjukan kegagalan Kerajaan Kedah menguruskan air.

Walau apapun kerajaan negeri akan mengambil beberapa langkah yang perlu demi untuk mengatasi masalah tersebut termasuklah akan membina ampangan kecil di Sungai Jeniang dan Sungai Muda di Pinang Tunggal.

Tuesday, March 2, 2010

PAKR : Laa 30 org saja.. Ok laa jumpa di Mahkamah Dah Ketegaq Sangat....

PAKR : Laa 30 org saja.. Ok laa jumpa di Mahkamah Dah Ketegaq Sangat....


Demo PAKR ada 30 Orang...dua orang dalang import



Pagi tadi ada 30 orang peserta demontrasi berhimpun di depan wisma nak serah memorandum bantahan pasal kes PAKR Mergong. Mereka ni nampak macam tak pernah berdemo kecuali 2 orang, sorang tu pernah jadi Setiausaha Akhbar MB zaman Syed Razak, sorang lagi anak kepada bekas Setiausaha Kerajaan. Saya pernah menulis tentang 2 tokoh pemuda UMNO ni sedikit masa dulu, sorang tu mengadu kat pak dia suruh saya berhati-hati. Saya jawab kat messenger pak dia, kalau tak mau berlaga dengan saya, jangan main politik, kalau nak juga, bersedialah untuk bertembung. Kalau tak mau bertembung, masuk PAS. Tak kan dah besaq macam tu pun sembunyi bawah ketiak pak juga?


Sobri Sudin yang pernah menulis dalam Utusan sebagai penulis bebas menghentam Kerajaan Negeri tiga minggu sudah pun bersyarah sakan pagi tadi…saya tak sangka dia pun dok rumah murah tu, dan mungkin termasuk dalam kelompok orang tak bayaq sewa, kalu tidak, buat apa dia bising sangat. Depa yang sepatutnya ‘kaya’ ni (kononnya) membela penghuni yang tak bayaq hutang rumah, ada antara mereka yang tak pernah bayaq langsung sejak 1986 sampai sekarang. Keengganan mereka membayaq sewa ni menyebabkan kerajaan menanggung tunggakan RM23 juta, RM6 juta dari Mergong sahaja.


Bhgn Perumahan sudah berlembut melanjutkan tempoh bayaran dari 25 tahun kepada 30 tahun. Sepatutnya, berdasarkan perjanjian, selepas10 tahun, kadar bayaran dinaikkan dari RM100 kepada RM120, tapi ia tidak dinaikkan untuk beri mereka peluang membayar ikut jadual. Bagi yang sudah selesai menjelaskan, sudahpun diberikan geran rumah, ada yang buat pinjaman semula ke bank, dan bank luluskan pinjaman RM25 ribu atas rumah itu. Lebih daripada 10% dalam kelompok ini.


Bagi yang bayar ikut jadual, baki masing-masing hanya sekitar RM8,000 sahaja lagi, yang tak bayar langsung, maaf cakap la kan…tak kan ada keistimewaan khas berbanding orang lain, tak patut la macam tu. Ada 1,970 penyewa unit-unit PAKR di Mergong, sepatutnya semuanya dilayan sama rata. Renovate rumah sakan-sakan, pegang jawatan besaq dalam parti dan kerja pun bauk-baik, awat tak mau bayaq sewa rumah. Cuba pi sewa rumah sapa-sapa dan cuba tak bayaq 3 bulan, tengok jadi lagu mana? RM100 saja sebulan, bil astro pun lebih mahal dari itu, kan?


Memorandum depa berasaskan 5 perkara, antaranya menuduh kerajaan negeri lari dari tanggungjawab mewujudkan mekanisme berkesan untuk mengutip sewa! Lawaknya!! Yang orang lari dari tanggungjawab membayar sewa dan hutang, depa pi bela pulak… yang cari jalan kutip hutang depakata lari dari tanggungjawab! Akibat keengganan membayar sewa itu, kerajaan tak dapat guna sumber itu untuk buat lebih banyak PAKR untuk golongan lain yang memerlukan. Terdapat 23,000 permohonan untuk memiliki rumah kos rendah di Kedah… sapa pulak nak bela saudara-saudara kita ni.


Memorandum tu juga sebut kerajaan bertindak zalim terhadap orang tua dan OKU yang kais pagi makan pagi, dengan tindakan menyerahkan kutipan kepada bank. Saya ingin tegaskan, bagi golongan yang berada dalam kelompok ini tidak sampai 10% jumlahnya di skim itu. Bahagian Perumahan SUK telah berusaha mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi golongan ini, malah mereka turut dibantu dari segi kewangan. Rumah mereka langsung tiada ubahsuai, tiada Astro, tiada kereta besar…mereka patut dibantu, dan ia memang telah dilakukan.


Ada pihak yang menyewakan pulak rumah mereka kepada pelajar Insaniah pada kadar RM300 sebulan, tapi hutang dengan Bhgn Perumahan RM100 sebulan tak pulak dibayar, yang jenis ni nak kata lagu mana? Ada yang tak bayar sewa tu peniaga restoren depan ASK, baru-baru ni ubahsuai kedai dia bukan main hebat, dan dia pun mai demo tadi. Nak kata lagu mana kat orang macam ni?


Saya simpulkan bahawa, langkah yang diambil kerajaan itu tepat dan adil, kerana sejak beberapa hari lalu, kaunter bayaran Bhgn Perumahan di Wisma penuh, sibuk dan tak lengang dengan pembayar sewa. Boleh bayaq pulak dah?


Kata Pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ini, oleh kerana mereka menuduh kerajaan tidak adil, zalim dan lari dari tanggungjawab, maka semua penghuni yang menandatangani memorandum tadi akan dibawa ke mahkamah, tempat mendapatkan keadilan bagi semua orang…tunggulaaaaa!!! Panggil la orang yang bersyarah sakan pagi tadi jadi ‘pembela’ di mahkamah nanti.

p/s: Maaf laaa, bahasa tak berapa haluih…belajaq kat orang koolaaa…

Muhammad Sanusi Md Nor
SETPOL MB Kedah..

Sehari Empat Ringgit Tiga Kupang....

Sehari Empat Ringgit Tiga Kupang....

Posted on Monday, March 01 @ 18:23:24 PST by Paktam
Oleh Aris Awang

Setahun ada 365 hari. Sehingga sekarang sudah 25 tahun. Jika Sehari RM4.30 di bayar (lebih murah dari harga minimum sekotak rokok 20 batang - RM6.20). Jika ini dibuat secara istiqamah benda tu dah jadi hak milik pun!!!.

365 hari, kali dengan 25 tahun sama jugak dengan 9,125 hari. Harga yang kena bayar ialah RM39,600 termasuk faedah.Tak percaya??? Cuba tekan mesin kira (calculator). RM39,600 bahagi dengan 9,125 hari sama jugak dengan RM4.33726027397 (Empat Ringgit Tiga Kupang jika digenapkan).

Itulah harga Perumahan Awam Mergong Taman Wira, Alor Setar yang telah menjadi riuh rendah oleh Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar dalam demontrasi yang di Ketuai oleh Anak Syed Yunan iaitu Syed Hafiz sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Padang Blok A, Taman Wira Mergong (Tempat Agih Kanji). Bashah tak nampak pun.... pi mana, sepatutnya dialah yang kena jadi juara takkan nak bagi kat Mahadir Khalid kut.

Perumahan Awam Mergong, Taman Wira mula diduduki pada tahun 1985 iaitu 25 tahun yang lalu. Sepatutnya hari ini semua peduduk di Taman Wira tu dah dapat hak milik mereka masing jika kutipan sewa beli dilakukan dengan sempurna oleh KCS UMNO (Bahagian Perumahan), Exco UMNO dan MB UMNO sejak sebelum Mac 2008.

Sudahlah urusan kutipan tidak diurus dengan sempurna, syarat tanah masih lagi pertanian, punya la terok UMNO memerintah Kedah selama 51 tahun. Kenyataan ini memang menyakitkan kepada pemimpin UMNO yang mendengarnya, tetapi itulah hakikatnya.

Tetapi nasi masih belum menjadi bubur, insyaAllah seluruh penduduk Taman Wira yang ada tunggakan hutang yang sedikit panas kerana di layoq oleh pemimpin UMNO Bahagian Alor Setar akan kembali tenang.

Yang penting, penjelasan yang sewajarnya perlu diberikan kepada seluruh penduduk, bahawa sesiapa yang melangsaikan tunggakkan hutang sewa beli mereka yang sudah tidak terlalu banyak itu, seterusnya melakukan proses ubah syarat tanah di pejabat tanah maka rumah dan tanah yang diduduki itu menjadi hak milik masing-masing. Maksud jadi hak milik, boleh jadi pusakalah.

Ada geran cek ooiii.......... sapa tak mau, silap-silap sesak boleh sandar bank untuk buat modal bisnes ke..... apa ke.......

Kiah kaum ibu UMNO yang masuk TV3, kata dia tak mampu bayar sampai makan nasi dengan kicap je. Malam tadi aku pi la round tengok kawasan Taman Wira tu termasuk rumah Kiah yang makan nasi dengan kicap tu. Astro ada, rumahpun dah buat tambahan, kereta pun ada............ aku rasa dia silap cakap kut, bukan makan nasi dengan kicap tetapi makan nasi dengan lauk ayam masak kicap.

Walaupun begitu............ bila ditanya kepada penduduk, "Apa pandangan jika urusan menuntut semula hutang diserah kepada bank", jawapan yang diterima ialah, "Tidak setuju.... dan meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula dan membuat penyusunan semula kaedah pembayaran".

Aku terjumpa jugak dengan bekas JKKK yang nak isytihar masuk PAS selepas ini, dia menyebut dalam tinjauannya sekitar 60% hingga 70% penduduk tidak setuju jika diserah kepada bank dan mereka juga tidak setuju dengan cara Pemuda UMNO Bahagian membuat demontrasi kerana masalah datang daripada mereka (UMNO) sejak 25 tahun lalu, kerajaan Pakatan sekarang ini cuma sedang mencari jalan hendak memberi hak milik rumah itu kepada penduduk dan jugak hendak mendapatkan semula tunggak hutang untuk membuat rumah lain kepada mereka yang masih memerlukan rumah.

"Tolong bawa mai Mat Sabu, kita buat ceramah, insyaAllah saya akan isytihar masuk PAS dalam majlis tu bersama dengan 80 orang ahli UMNO yang saya dah kutip setakat la ni.... rasa boleh tambah lagi." sambung bekas JKKK tu penuh semangat.

Aku dok fikir, "Hebat orang tua ni, bersyarah kat aku pulak... nampak lebih cerdik dari Pemuda UMNO Bahagian, tu..... baru kata nak masuk PAS, kalau masuk lagi cerdik apa?.

Dia jugak minta, "Pasai bank-bank tu tak payah dok sebut la, dia boleh bagi kesan politik, yang penting macam mana Pejabat Perumahan tu boleh bertindak seperti bank dengan berkesan, orang tak marah punya. Sebut bank je semua penduduk jadi seram sejuk".

"Kepada tujuh orang yang tak pernah bayar duit sewa beli, sejak azali tu, kami setuju ambik tindakan kat depa" celah salah seorang yang duduk di gerai depan Insaniah.

Seorang lagi mencelah (rasa aku nama dia Zul Che Harun), "Masalahnya sekarang UMNO tinggai taik, PAS yang kena basuh.... bila PAS nak basuh Pemuda UMNO mai hasut penduduk jangan basuh".

Apapun mereka adalah rakyat terbanyak yang perlu diberi pendidikan, teguran dan kasih sayang dari sebuah pemerintahan yang berlandas Islam yang suci. Segala kekusutan yang ditinggalkan oleh pemerintahan UMNO dan BN jangan lah diulangi oleh penggubal dasar dan pelaksana tugas bahagian perumahan.

Selamat mendapat Hak Milik Rumah setelah bayaran yang sebenarnya hanya Empat Ringgit Tiga Kupang sehari, di langsaikan oleh 1,982 unit penyewa beli Perumahan Awam Mergong, Taman Wira terdiri dari blok A, B, C, D dan E.

Monday, March 1, 2010

Teknologi tinggi jadi pemangkin ekonomi Daerah Kulim

Teknologi tinggi jadi pemangkin ekonomi Daerah Kulim
Oleh: AMELIA HASHIM

KULIM: Dahulu Kulim adalah bandar ketiga terpenting di Kedah selepas Alor Setar dan Sungai Petani. Peredaran masa dan lonjakan pembangunan telah mengangkat Kulim menjadi daerah industri utama di Kedah dan yang pertama di Malaysia mempunyai industri teknologi tinggi iaitu Kulim Hi-Tech Park.


“Pelaburan dari luar negara telah menumbuhkan kilang-kilang berteknologi tinggi yang membuka ribuan peluang pekerjaan. Bukan sahaja kepada anak negeri Kedah tetapi juga pihak luar. Justeru itu pertambahan penduduk di daerah ini berlaku dengan begitu pesat sekali,” kata Pegawai Daerah Kulim Dato’ Haji Abdul Rahman Ahmad.

Namun begitu, Kulim tidak ada masalah dari segi perumahan bagi menampung keperluan pekerja-pekerja dari luar baik dari seluruh Malaysia dan dari luar negara.

Banyak taman-taman perumahan dibuka bagi memenuhi keperluan semasa. Daerah ini mempunyai tanah
yang luas dan adalah dianggarkan cukainya mencapai RM20.3 juta bagi tahun ini.

Bagaimanapun setakat ini cukai yang berjaya dikutip hanya sebanyak RM13.2 juta. Sebagai Pegawai Daerah, beliau menyeru pemilik-pemilik tanah supaya menbayar cukai dengan teratur mengikut tahun supaya tidak ada tunggakan.

Pembangunan industri yang menjana pembangunan ekonomi di daerah ini bertepatan dengan nama Kulim itu sendiri. Kulim mengikut sejarah diberi nama sempena pokok kulim atau dalam istilah saintifiknya scorocopus becc borneesis. Spesis yang banyak tumbuh di Malaysia dan negara-negara Asean. Pokok ini berbuah seperti durian mengikut musim. Kayu pokok kulim pula harganya pernah RM270.00 per meter pada tahun 1997.

Sebagai bandar industri Kulim mempunyai kemudahan yang menepati ciri-ciri keperluan asas seperti jalan perhubungan yang baik. Rangkaian jalan raya Lebuhraya Kulim ke Butterworth menjadi asas utama memikat pelabur untuk datang melabur di Kulim.

Lebuhraya ini mempunyai dua susur keluar iaitu di Kubang Semang dan Jejawi. Bandar Kulim juga mempunyai stesen bas yang besar dengan dua terminal iaitu domestic dan antara bandar. Terminal bas ini pula letaknya di hadapan sebuah tasik buatan dengan keindahan landskap yang menarik.

Daerah Kulim adalah cantuman dari lima belas mukim iaitu Junjung, Kulim, Keladi, Sungai Seluang, Terap, Bagan Sena, Karangan, Sungai Ular, Padang China, Nagalilit, Sedim, Sidam Kanan, Padang Meha, Mahang dan Lunas. Mukim-mukin ini ditadbir oleh 13 Penghulu. Mukim Nagalilit dan Padang Cina masih terdapat kekosongan jawatan Penghulu. Menerusi pejabat penghulu aktiviti penduduk digerakkan seperti program K-Bestari dan lain-lain.

Menurut Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulim, Encik Norizan Khazali, semua program disusun bertujuan mendekati rakyat dan untuk mengetahui masalah mereka.

Dengan ini memudahkan kerajaan melaksanakan projek-projek memenuhi keperluan mereka bagi mencapai matlamat untuk kesejahteraan hidup rakyat.

Katanya lagi, dalam melaksanakan projek-projek untuk rakyat, Kulim bebeza dengan daerah lain. Ini kerana daerah ini membuat perancangan awal dengan mewujudkan Rancangan 5 Tahun Daerah Kulim; 2010 sehingga 2014.

Boleh dikatakan semua projek yang dirancang adalah memenuhi keperluan rakyat seperti pembinaan dan perbaikki jambatan, masjid, longkang, lampu jalan luar bandar, klinik desa, gerai-gerai perniagaan dan pondok menunggu bas.

Ni... sapa punya keja.......................??????


01 March 2010
Ada Orang Nak CETAK MANIFESTO PAS dan Taboq Kat Seluruh KEDAH La Pulak..!!!


Depa nak tolong cetak manifesto PAS la Pulak...


Nie dia Manifesto Yg Puak Tu Kalut Nak Cetak......


Berdasarkan laporan Jawatankuasa Kajian Pelaksanaan manifesto, dalam tempoh 23 bulan, pelaksanaan manifesto sudah mencapai 68%. Dalam baki masa yang ada, ia boleh mancapai 95%, dan memang terdapat kandungan manifesto yang tidak boleh dilaksanakan setelah kita menguasai kerajaan. Ini gara-gara ia dirangka sebelum parti menguasai kerajaan, dalam keadaan kita belum tahu kekangan dan halangan yang ada dari berbagai aspek.
.
Contoh hal yang tidak dapat dilaksanakan ialah pemberian cuti bersalin selama 3 bulan kepada kakitangan awam wanita yang melahirkan anak. Hal ini telas dijelaskan oleh YB Ustazah Siti Aisyah Ghazali dalam sidang DUN yang lalu. Pidak kerajaan telah mendapat nasihat dan pandangan dari Pejabat Peguam Negara dan JPA bahawa pelaksanaannya akan menjejaskan skim persaraan dan kadar pencen kakitangan terbabit. Akan berlaku pengurangan kadar pencen yang akan diterima kaitangan tersebut, dan kerajaan negeri harus menampung jumlah itu jika cuti 3 bulan dilaksanakan. Berdasarkan kedudukan kewangan semasa,hal ini belum dapat dilaksanakan di Kedah.
.
Kenapa tiba-tiba saya menulis tentang manifesto? Saya dimaklumkan ada 'orang' yang ada banyak duit (yang tak tau nak buat kerja lain dengan duit tu) akan mencetak manifesto PAS (yang dikatakan manifesto Pakatan Rakyat) untuk diedarkan sebagai bahan 'psywar' (perang saraf). Di setiap kandungan manifesto itu ada ruang untuk orang ramai menanda 'YA"' atau "TIDAK' dalam pelaksanaan kandungan manifesto PR di Kedah. Yang saya tak setuju tu sebab kos kerja buat depa ni ditanggung oleh sebuah agensi kerajaan, duit kerajaan pusat pun duit rakyat Kedah juga. Kalau nak lancar perang kepada PAS atau PR, gunalah duit UMNO/BN.. barulah gentleman.
.
Saya katakan terima kasih lah kerana sering memberi ingatan tentang hal itu, dan kita masih punya masa untuk melaksanakannya mengikut kemampuan semasa. Tapi kalau sudah mencapai tahap 68% dilaksanakan, ia sudah cukup baik.
.
Kata seorang pemimpin UMNO kepada saya, kami dulu hanya akan bercakap tentang manifesto di tahun pertama, laksana atau tidak, di tahun kedua ia akan dilupakan...bezanya masa kami dulu, hampa (PAS) tak tengok benda tu, kami pun senyap laaaa. Tahun kedua dan ketiga kami akan laksanakan langkah-langkah yang mengundang risiko dan kontreversi...benda-benda yang rakyat marah dan pembangkang akan bising.... tahun keempat, kami akan jadi 'baik' dan beri 'gula-gula' kepada rakyat. Mai pilihanraya, kami menang lagi..
.
Saya kata ... Kerajaan sekarang tak akan guna kaedah 'period' seperti itu, kerana setiap hari, setiap bulan, setiap tahun kita menggalas amanah. Kita telus dinilai oleh rakyat sepanjang tahun, sepanjang penggal. Kita tak bermain silap mata dengan amanah rakyat. Yang boleh buat, kita buat, yang belum mampu, kita cuba dari masa ke semasa. Di hujung penggal, biarlah rakyat nilai kita berdasarkan prestasi selama kita jadi kerajaan, bukan hanya ambilkira tahun 'gula-gula' saja. Kalaupun rakyat lupa, tapi Allah s.w.t ada.
.
Yang nak tolong cetak manifesto tu, jimat la duit tu bagilah kat orang susah... kalu nak tolong bayaq sewa rumah kat orang mergong pun baguih juga... boleh tolong YB depa yang buat janji manis dulu tu.

Tak payah la dok cetak 'Bulan Retak Seribu ka, 40 dalil ka..yang semua tu akan jadi senjata makan tuan..tak caya try la tengok........ Khalasss!

Muhammad Sanusi Md Nor
SETPOL MB