Tuesday, July 28, 2009

Keperitan dan Kesusahan Pembeli Rumah di Taman Desaku, Padang Meha

Keperitan dan Kesusahan Pembeli Rumah di Taman Desaku, Mk Pdg Meha, Sg Karangan, Kedah.

DIPETIK DAARIPADA; Email yg dihantar oleh PEMBELI RUMAH KEPADA ADMIN

Assalamualaikum YB Negeri Kedah.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah di atas kecekapan mentadbir negeri Kedah walaupun melalui segala kesulitan.

Di sini saya ingin meminta campur tangan Kerajaan Negeri di atas permasalah dan kesulitan yang dialami oleh pembeli rumah(termasuk saya sebagai salah seorang pembeli) di Taman Desaku, Mukim Padang Meha, Sg Karangan, Kedah (DUN Merbau Pulas).

Maksud permasalah dan kesulitan yang dialami ialah rumah yang dibeli sejak awal 2005 masih belum siap sepenuhnya sehingga kini. Pembinaan yang pada peringkat awalnya bergerak lancar tiba-tiba terhenti seketika membuatkan pembeli-pembeli mengalami kesulitan kerana terpaksa menanggung pembiayaan pinjaman sebanyak lebih kurang RM1000 sebulan dan terpaksa juga menyewa rumah kerana rumah yang dibeli seolah-olah terbengkalai walaupun kelihatan hampir 80% siap. Pemaju pernah beberapa kali berjanji untuk menyiapkan rumah tersebut antaranya sebelum hari raya aidilfitri 2007, Januari 2008, Jun 2008 dan yang terbaru December 2008. Apa yang merisaukan pembeli sekarang ialah kebanyakan halaman rumah dan timbunan batu untuk membuat jalan sudah dipenuhi lalang. Melihat daripada keadaan semasa iaitu tanpa pekerja yang melakukan kerja-kerja pembinaan tidak mungkin rumah tersebut dapat disiapkan pada December 2008.Tu pun tak siap lagi.... dan yang terbaru.. katanya boleh siap DEC 2009 ni... Yang tinggal sekarang ialah pekerja-pekerja pejabat dan jentera-jentera yang diletakkan di tanah lapang sebagai pameran.....

Pemaju yang terbabit ialah ECK Development/Construction Sdn Bhd, 1140 Lorong Belibis 2A/1, Taman Tunku Putra, Kulim Kedah.
Diharapkan pihak YB terutamanya Exco Perumahan & Pembangunan Negeri Kedah (YB Taulan) dan ADUN Merbau Pulas (YB Ustazah Hjh Siti Ashah) dapat membantu kami untuk menyelesaikan masalah tersebut.


--
Terima Kasih

Saya mewakili Semua pembeli Malang
Taman Desaku.....

Sewa Tapak Iklan Untuk Dana PKWR

MB AZAM TINGKAT KESEJAHTERAAN RAKYAT KEDAH

AZAM TINGKAT KESEJAHTERAAN RAKYAT KEDAH

Masuki tahun kedua pentadbiran

Oleh: AMELIA HASHIM





SUNGAI PETANI - Sejak memasuki tahun kedua pentadbiran negeri, kerajaan berazam untuk meningkatkan lagi tahap kesejahteraan hidup rakyat tanpa mengira kaum, anutan agama dan fahaman politik.

Demikian diberitahu oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sewaktu berucap merasmikan Festival Kedah Sejahtera yang diadakan di Bandar Laguna Merbok.

“Kerajaan sedar, rakyat negeri ini hidup aman damai dan bersatu padu. Namun, apabila timbulnya sesuatu perkara atau isu, kerajaan dapati ada rakyat yang keliru.

“Oleh yang demikian, kerajaan cuba mengatasi masalah ini dengan memberi penjelasan kepada rakyat melalui saluran komunikasi ada serta mewujudkan platform khas seperti festival ini untuk memberi penjelasan yang pendirian kerajaan hari ialah memelihara kepentingan rakyat dan berusaha meningkatankan pendapatan rakyat,” katanya.

Begitupun tegasnya, bukan bermakna kerajaan akan bantu dengan kewangan atau subsidi tetapi menghasilkan lebih banyak peluang kepada rakyat untuk menjalankan aktiviti masing-masing.

Menurut beliau, Festival Kedah Sejahtera yang pertama kali diadakan ini adalah dengan harapan ianya dapat memberi kesan yang positif kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Pada tahun 2009 ini, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk membuat penambahan nilai kepada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dengan menggabungkan pelbagai acara rasmi di bawah setiap portfolio Exco Kerajaan Negeri agar menjadi lebih tersusun, meriah dan memberi impak yang lebih besar.

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan, sebelum ini Kerajaan Negeri mengadakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan sebagai pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan para peladang, penternak dan nelayan kepada ekonomi negeri Kedah.

“Apabila beberapa program disatukan (seperti yang dibuat kini), kerajaan pasti dapat membuat penjimatan kos dan masa kakitangan Jabatan Kerajaan yang terlibat,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, oleh kerana fokus kerajaan menjadikan Kedah sebagai negeri pengeluar makanan, pembangunan sektor ini khususnya tanaman padi, jagung dan nanas, ternakan dan ternakair atau akuakultur adalah diberi penekanan.

Bagi menjayakan hasrat ini beliau menyeru jabatan-jabatan sedia ada supaya memberi khidmat nasihat kepada petani, penternak dan nelayan, selain kerajaan Kedah sendiri menubuhkan Kedah Agro Berhad yang diberi tanggungjawab membantu memajukan bidang pengeluaran, pemerosesan dan pemasaran hasil-hasil pertanian rakyat negeri ini.

Beliau menyeru semua pihak yang terlibat atau memiliki tanah terbiar yang luas agar memanfaatkan Kedah Agro bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran masing-masing.

Selain itu kerajaan memberi penekanan kepada bidang Industri Kecil dan Sederhana yang mempunyai banyak peluang daripada projek Hidro Karbon Hub di Yan, Gurun dan Bukit Kayu Hitam; walaupun projek-projek ini akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar, namun pelbagai projek hiliran dan sampingan memerlukan penglibatan usahawan tempatan.

Contohnya dalam bidang pengangkutan, kemudahan perumahan, perkhidmatan kebersihan, kawalan keselamatan, makanan dan sebagainya.

Festival Kedah Sejahtera lahir daripada hasrat kerajaan untuk mempromosikan produk hasil usahawan tempatan sama ada produk hasil pertanian, pelancongan dan perkhidmatan.

“Saya sering diberitahu mengenai ketidakmampuan usahawan tempatan, memasuki pasaran,” katanya.

Oleh itu kerajaan menetapkan untuk mewujudkan satu acara yang menjadi tempat promosi produk tempatan yang akan menerima bilangan pengunjung yang ramai dan dalam masa yang sama kerajaan dapat menyalurkan maklumat terkini kepada rakyat.

Menurutnya, festival seperti ini telah dijalankan di negara lain dengan jayanya seperti di Shanghai, China yang mendapat sambutan yang hebat daripada seluruh dunia.

Kerajaan negeri berhasrat untuk manjadikan Festival Kedah Sejahtera sebagai acara tahunan dan masih meneliti sama ada diadakan di lokasi kekal atau bergilir mengikut daerah.

Festival ini juga akan dimasukkan di dalam kalendar acara pelancongan negeri Kedah.

Beliau menucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Jawatankuasa Induk Festival Kedah Sejahtera, semua Jabatan GLC, Syarikat Swsta, TV9, MPSP, Paramount Property Utara Sdn. Bhd., Syarikat-syarikat Penaja dan semua pihak yang telah menjayakan festival ini.

Monday, July 27, 2009

Bantuan Basikal & Beg Sekolah DUN merbau Pulas

MERBAU PULAS - 26 JULAI 2009, Majlis penyerahan basikal dan beg sekolah telah diadakan di Dewan MPKK (Cawangan Merbau Pulas). Majlis dihadiri oleh YB Ustazah Aishah, YB Cikgu Hj. Zuki (Kuala Ketil) dan Tn. Haji Zulkifli Ramli - Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah (JKM). Dalam Majlis ini seramai 50 orang pelajar menerima sumbangan basikal dan 50 orang pelajar lain menerima sumbangan beg sekolah.
(Admin mohon maaf kerana mutu gambar kurang memuaskan)