Saturday, June 6, 2009

Depoh minyak RM1 bilion di Gurun

05 June 2009
Depoh minyak RM1 bilion di Gurun

Depoh minyak RM1 bilion : Kedah bangunkan satu lagi projek mega di Gurun

ALOR SETAR - Kerajaan negeri meluluskan projek pembinaan depoh simpanan minyak mentah bernilai RM1 bilion, di atas tanah seluas 160 hektar di Gurun.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, projek itu akan dikendalikan oleh Pristine Oil (M) Sdn Bhd, menggunakan teknologi moden.

“Minyak mentah akan diperoleh dari Timur Tengah dan disimpan di sini, melalui saluran paip yang akan dibina dari Kuala Dulang di Yan. Tangki minyak pula akan dibina di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

Azizan berkata, paip sepanjang 25 kilometer akan dibina ke tengah laut untuk menyalurkan minyak mentah dari kapal, sebelum disalurkan ke depoh melalui saluran paip sepanjang 17.9 kilometer.

Menurutnya, projek depoh ini akan beroperasi tidak jauh dari projek penapisan minyak Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) yang dijangka siap pada tahun 2013.

“Kita jangka kedua-dua projek mega ini akan berjalan serentak. Depot itu dikatakan mampu menyimpan sehingga satu juta meter padu minyak mentah, sebelum Pristine menjual semula bekalan minyak yang telah diproses,” katanya.

Pemilihan Kuala Dulang pula berdasarkan kesesuaian laut di kawasan berkenaan yang dapat menampung kemasukan kapal-kapal besar berikutan lautnya yang dalam.

Thursday, June 4, 2009

Tahniah


<

Wednesday, June 3, 2009

Satu Lagi Projek "Kerajaan Barisan Nasional"

Dipetik drp : http://al-brangi.blogspot.com/2009/06/satu-lagi-projek-kerajaan-barisan.html

Beginilah keadaan bumbung di bahagian timur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh pagi semalam

Setelah disiasat kenapa banyak jalan berlopak, bukit runtuh, sekolah runtuh, stadium runtuh, akhlak runtuh, moral runtuh dan semuanya runtuh kecuali tambang bas dan teksi saja yang tak runtuh, barulah al-brangi dapat jawapannya.Rupa-rupanya disetiap projek ada ditulis

"SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL".Kamu sebagai pemerintah, memang tugas kamu membawa pembangunan, "social obligation",Kenapa mesti letak perkataan "SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL". Itu riak namanya. Lagi pun bina projek tu bukan dari kantung UMNO mahupun BN. Dia datang dari wang rakyat dan wang pembayar cukai. Maka, kenapa mesti heboh satu kampong, nah sekarang 1Malaysia bahkan 1dunia sudah tahu pasal benda-benda yang runtuh ni.


Posted by al-brangi