Wednesday, July 22, 2009

Pegawai pertanian dilarang hadiri mesyuarat lima negeri pembangkang

Dengan satu tindakan yang mengulangi kezaliman bekas Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Said yang pernah membatalkan MoU di lima buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat serta sifat kebudak-budakan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegah ketua jabatan dan agensi pusat daripada menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kerajaan Perak sewaktu Perak dikuasai Pakatan Rakyat, hari ini, hal yang sama diulangi oleh seorang menteri UMNO BN.

Hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar telah menegah semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang berkuatkuasa serta merta.

Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat perlu membuat bantahan keras terhadap kenyataan terbaru Noh Omar berkenaan disamping mengheretnya ke muka pengadilan jika terbukti ianya menyalahi Perlembagaan dan undang-undang negara



Kenyataan Biadab Noh Omar
oleh Greenboc


Alasan Menteri berkenaan ialah kerana kononnya kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.

Sedangkan apa yang cuba diselindungi olehnya ialah percubaan beliau untuk tidak menyalurkan pembangunan dan peruntukan pusat kepada ke negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sikap yang ditunjukkan oleh menteir-menteri bermentaliti rendah ini jelas menampakkan bahawa mereka tidak memahami dan mematuhi konsep federalisma yang didokong oleh Perlembagaan Negara yang mana adalah menjadi tanggungjwab untuk kerajaan pusat untuk membangunkan negeri-negeri sekalipun ianya diperintah oleh parti yang berbeza dengan parti di peringkat pusat.

Hal yang sama telah dilakukan sebelum ini oleh beberapa menteri seperti Dato Mustapha Mohd yang dengan kedudukannya sebagai ahli majlis Perunding Ekonomi Negara telah melakukan sekatan peruntukan pembangunan bagi negeri Kelantan.

Sikap kerajaan BN tidak pernah berubah untuk menzalimi rakyat yang tidak memilih UMNO BN.

Jika demikian halnya adalah amat wajar untuk rakyat negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak lagi perlu membayar cukai kepada kerajaan pusat lantaran tindakan menteri-menteri berkenaan yang mengambil sikap diskriminasi terhadap rakyat negeri-negeri berkenaan.

Sunday, July 19, 2009

YB Ustazah Aishah Sumbang Jersi Bola

SABTU - 18 Julai 2009 Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN merbau Pulas telah mengadakan majlis penyerahan jersi bola dan baju bentara untuk belia di DUN Merbau Pulas. Majlis telah disempurnakan oleh YB Ustazah Aishah bertempat di padang awam Taman Tunku Putera Kulim (bersebelahan Pusat Khidmat DUN Merbau Pulas). Sebanyak 25 pasukan belia telah menerima jersi bola dan 8 buah MKK menerima baju bentara. Setiap pasukan menerima satu set jersi bersama dengan sebiji bola.
Bergambar bersama penerima jersi bola dan baju bentara
YB Ustazah sedang berucap dimajlis penyerahan jersi



Menyerahkan sumbangan Jersi kepada Sdr. Normazli mewakili belia MKK Jemerli

Menyerahkan sumbangan jersi kepada Sdr. Ashraf mewakili belia MKK Taman Desa Aman


YB Gobala Rasmi Sukaneka PASTI Al-Ahmadi Jubai

18 Julai 2009 Pasti Al-Ahmadi telah mengadakan Sukaneka tahunan. Majlis telah dirasmikan oleh YB Gobala (MP Padang Serai) manakala Majlis Penutup oleh Ketua Penerangan PAS Padang Serai Sdr. Abd. Razak.
Di majlis ini juga diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh 3 orang kakitangan Hospital Kulim.

Foto sekitar sukaneka:
YB Gobala membuat pemeriksaan kesihatan
Acara terbuka untuk muslimat - Music Chair
Jawatankuasa Sukaneka Pasti Al Ahmadi bergambar bersama YB Gobala
Adik Nur Ainsyaqinah sedang menerima hadiah daripada YB Gobala
Acara Tarik Bola dengan gelung