Thursday, June 4, 2009

Tahniah


<

Wednesday, June 3, 2009

Satu Lagi Projek "Kerajaan Barisan Nasional"

Dipetik drp : http://al-brangi.blogspot.com/2009/06/satu-lagi-projek-kerajaan-barisan.html

Beginilah keadaan bumbung di bahagian timur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh pagi semalam

Setelah disiasat kenapa banyak jalan berlopak, bukit runtuh, sekolah runtuh, stadium runtuh, akhlak runtuh, moral runtuh dan semuanya runtuh kecuali tambang bas dan teksi saja yang tak runtuh, barulah al-brangi dapat jawapannya.Rupa-rupanya disetiap projek ada ditulis

"SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL".Kamu sebagai pemerintah, memang tugas kamu membawa pembangunan, "social obligation",Kenapa mesti letak perkataan "SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL". Itu riak namanya. Lagi pun bina projek tu bukan dari kantung UMNO mahupun BN. Dia datang dari wang rakyat dan wang pembayar cukai. Maka, kenapa mesti heboh satu kampong, nah sekarang 1Malaysia bahkan 1dunia sudah tahu pasal benda-benda yang runtuh ni.


Posted by al-brangi

Tuesday, May 26, 2009

Kebenaran Terbukti --- Pohon Maaf YB Ustazah Aishah

27 May 2009

PERMOHONAN MAAF KEPADA YB USTAZAH AISYAH OLEH KEDAHLANIE

Assalamuallaikum,Dengan ini saya bagi Piahak KEDAHLANIE dengan ini ingin memohon berbanyak kemaafan di atas penyiaran artikal Tolong tengok sat cerita exco nie pulak..betoi ka ...? Pada kami selepas penjelasan dan hujah yang diberikan oleh Pihak daripada YB Ustazah Aishah serta dari penulisan sahabat-sahabat pengunjung semua kami mengandaikan artikal tersebut adalah berunsur fitnah semata-mata.Ini artikal penjelasan isu tersebut:-

Menjawab Persoalan ADUN MERBAU PULAS
ISU DUN MERBAU PULAS - Kebenaran VS Kepuran-puraan...
PENJELASAN DARI PEJABAT PKWR ADUN MERBAU PULAS
Ustazah Aishah: secebis kisah

Dan pesanan kami kepada penulis artikal tersebut iaitu 'Abuzaralgifari' beralamat email 'abuzaralgifari@gmail.com' jika anda masih tak berpuas hati dan mengandaikan apa yg anda tulis itu betul silalah tampilkan diri dengan membuat pendedahan selanjutnya tetapi jangan melibatkan pihak KEDAHLANIE lagi...SEKALI LAGI KAMI MEMOHON KEMAAFAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT TERUTAMA YB USTAZAH AISYAH dan KAMI AKUI AKAN KESILAPAN KAMI ATAS PENYIARAN ARTIKAL TESEBUT.

Sekian Terima Kasih

Admin KedahLanie

Monday, May 25, 2009

YB Ustazah melawat mangsa ribut

Minta maaf kerana tidak dapat upload foto.... buat sementara waktu kerana admin berada di luar kawasan.

Difahamkan daripada maklumat yang diterima 4 buah rumah dan sebuah dewan orang ramai telah dipukul ribut di Kg. Bukit Ketemeng, merbau Pulas dan Bukit Karangan.
Jam 7.00 petang tadi YB Ustazah, JKM Kulim dan MKK telah melawat mangsa ribut dan menyampaikan sumbangan.

Sunday, May 24, 2009

YB Ustazah Aishah dan YB Cikgu Zuki Rasmi Kem Solat



MERBAU PULAS - 30 April hingga 1 Mei 2009, Jawatankuasa Masjid Darululum Merbau Pulas dengan Kerjasama MKK Kampung Jemerli telah mengadakan Kem Smart Solat dan Qiamullail. Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 180 orang pelajar yang berumur antara 12 tahun hingga 15 tahun. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Ustazah Aishah (ADUN Merbau Pulas) manakala majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Cikgu Zuki (ADUN Kuala Ketil). Penghargaan dan terima kasih kepada individu dan kumpulan (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) yang terlibat menjayakan program ini.



YB Ustazah sedang menyampaikan ucapan dan nasihat serta motivasi kepada para peserta.




Imam Masjid Darululum Merbau Pulas, Tn. Hj. Mat Saud sedang menerima sumbangan daripada YB Ustazah Aishah




Peserta lelaki Kem Smart Solat


YB Cikgu Hj Zuki sedang menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta Kem Smart Solat





Pengalaman dan kepakaran YB Cikgu Zuki sebagai pendidik dapat menarik perhatian peserta mendengar motivasi dan pesanan yang disampaikan oleh YB

Friday, May 22, 2009

Terima Kasih, Cikgu !




Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua guru yang berada di dalam DUN Merbau Pulas..... Terima Kasih, Cikgu.....
15 May 2009

Thursday, May 21, 2009

WARKAH TERBUKA DARI WISMA DARUL AMAN

21 May 2009

WARKAH TERBUKA DARI WISMA DARUL AMAN

WARKAH TERBUKA KEPADA :
SELURUH PEMBACA KEDAHLANIE.BLOGSPOT.COM, PENYUMBANG BERITA DAN ARTIKEL, & ADMIN.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Salam hormat daripada saya di Wisma Darul Aman, Alor Setar. Terlebih dahulu saya mengajak diri yang kerdil ini, seluruh pembaca, penyumbang berita dan blogger untuk memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t di atas nikmat dan rahmat yang dianugerahkan. Mari kita terus meningkatkan ketaqwaan kepadaNya, moga-moga kita semua beroleh keampunan dan keredhaan.

Saya telah mengikuti rapat bahan-bahan yang dipaparkan dilaman maya Kedahlanie berkaitan isu-isu Negeri Kedah, dan mengutip semua sumbangsaran yang dilontarkan, sama ada punya identity atau bersembunyi. Saya ambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih atas usaha anda semua.

Bagi undian prestasi Kerajaan Negeri Kedah, saya telah menganalisa semua komen berasaskan beberapa bidang dan kelompok, dan saya telah memanjangkannya kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar (MB) untuk tindakan selanjutnya.

Berkaitan isu tuntutan yang dikatakan melampau yang tidak dinyatakan tuan tubuh Exco yang terlibat, saya telah memaklumkan kepada MB dan beliau akan mengambil tindakan perlu untuk mengatasi perkara tersebut jika didapati wujud kes seperti yang didakwa. Tidak dapatlah saya nyatakan di sini bentuk tindakan dan siapakah individu tersebut. Kepada penulis yang menggunakan nama Penyiasat Persendirian diharap dapat menghubungi saya untuk penjelasan lanjut.

Berkenaan isu rumah Adun Merbau Pulas, saya telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan beliau. Benar seperti yang dinyatakan oleh beberapa responder bahawa ruang tambahan itu adalah untuk dijadikan Pusat Khimat Wakil Rakyat (PKWR). Kos ubahsuai adalah antara RM35 – RM40 ribu sahaja daripapa wang simpanan beliau sendiri, wang pencen suami (Cikgu Ramli) dan duit kebun getah pusaka keluarganya. Sebahagian daripada kos tersebut masih belum dibayar (berhutang) kepada pembekal (hardware) dan upah tukang, dianggarkan berjumlah RM17 ribu. Dakwaan bahawa kos yang melebihi RM80 ribu dari dana kerajaan yang diseleweng adalah tuduhan yang amat berat dam keterlaluan. Saya harap abudzaralghifari bertaubat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t dan daripada YB Adun Merbau Pulas, keluarga beliau dan seluruh pengundi beliau. Ingatlah penegasan Allah dalam Al_Quran “Sesungguhnya dosa memfitnah adalah lebih berat daripada membunuh”.

Beliau tahu pihak-pihak yang bertanggungjawab mereka-reka fitnah tersebut, dan anaknya menyimpan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki oleh dua orang yang mengambil rumahnya pada hari tersebut. Laporan polis sedang dipertimbangkan untuk memastikan perkara ini tidak berulang.

Saya secara pribadi amat berat untuk bertanyakan hal tersebut, dan jawapan beliau mengundang titisan air mata tanpa disedari. Memandangkan beliau memegang portfolio kebajikan, memberi sumbangan dari wang gaji, melawat, menziarah dan merasai pederitaan rakyat (seperti Adun-Adun lain), tidak dapat dielakkan lagi. Hampir separuh daripada gaji dan elaun bulanan disumbangkan kepada masyarakat, PKWR dan parti, satu pertiga untuk perjalanan ulang-alik beliau ke pejabat di Alor Setar dan sebahagian kecil untuk diri dan keluarga beliau. Semuanya dibentangkan secara terperinci. Tidak dapat saya bayangkan kesukaran dan pengorbanan beliau untuk melaksanakan amanah yang dipikul, semoga semua itu dianugerahkan ganjaran kebaikan daripada Allah s.w.t. Walaupun tidak ada baki untuk menjadi harta dunia untuk diwarisi anak-anak, beliau tetap bersemangat untuk terus berkhidmat dan menunaikan amanah yang amat berat itu. Marilah kita berdoa semoga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan perjuangan mulia ini.

Saya amat berharap jawapan ini dapat menamatkan pergelutan maya dalam suasana politik yang serba terbuka di zaman ini. Anasir-anasir jahat pihak musuh perlu sentiasa diawasi, baik musuh itu berupa syaitan, jin, manusia, dan nafsu dalam diri.

Kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, saya menyeru agar kita dapat bersatu dan mendokong hasrat melahirkan sebuah negeri yang sejahtera, tempat berteduh orang miskin dan lemah yang terbela bersama orang kaya yang pemurah. Semoga usaha kita mendapat barakah dan hidayah daripada Allah s.w.t.

Sekian Terima kasih

Yang benar,

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
SETIAUSAHA POLITIK
YAB DATO’ SERI MENTARI BESAR KEDAH
msanusi@kedah.gov.my / mhmmd_sanusi@yahoo.co.uk

Perbandingan Rumah YB Ustazah Dgn Pemimpin UMNO

Thursday, May 21, 2009

Dipetik dari blogger: http://politikbanjar.blogspot.com/2009/05/rumah-pemimpin-kena-kuat-dan-kukuh.html

Rumah pemimpin kena kuat dan kukuh ?

YB ni dah kaya dah. Guna elaun DUN ker, ustazah ? YB PAS kAYA SELEPAS BERKUASA.!!!!Itu kata pencacai. Bagus juga pencacai ni bertanya. Ustazah kena jawablah !

Sebuah rumah tersergam indah di celah-celah kemiskinan dan kemelaratan rakyat Padang Terap. Sebuah Daerah antara paling miskin di Malaysia. Padang Terap tu kat mana haa..? Wak macam kenal ajer bendera paling kanan tu...yg tentu bukan kain batik !

Wak tak nak laa..bandingkan rumah Datuk Z kat Kelang tu dgn YB Merbau Pulas (gambar atas), jauh sangat..cukup ler dgn pimpinan 1 parti cawangan di dalam negeri Kedah. Tu pun dah dasat..! Wak seronok tengok orang melayu kaya..tapi jika orang islam yg kaya..lagi seronok ! Faham kut !

Wednesday, May 20, 2009

Penjelasan Dari Pejabat PKWR - ADUN Merbau Pulas

Salam`
Sebenarnya saya bukan pembela tapi sebagai penegak dan pencinta kebenaran .Moga isu yang dilemparkan bkn menjadi suatu tohmahan serta fitnah yang boleh meracuni fikiran rakyat dan memberi kesan negatif kepada saf pimpinan PAS amnya, YB Ashah khususnya.1- Pengubahsuaian Rumah YB . Sebenarnya tidak menjadi satu kesalahan untuk sesiapa saja yang ingin membina atau mengubahsuaian rumah hatta untuk pemilikan harta biar pun dia adalah seorg Exco, YB, guru, penoreh getah atau petani. Yang penting, wang yang di perolehi itu adalah kepunyaannya MUTLAK. . Kita tidak ada hak untuk mempertikaikan keinginan seseorg untuk membuat apa saja yang dikehendaki.
Dalam kes ini, sekiranya Tuan adalah penduduk yang menetap di sekitar kawasan DUN Merbau Pulas, adalah dinasihatkan supaya datang sendiri ke rumah YB untuk meninjau keadaan sebenar rumah itu. Sudah pasti akan terjawab kesemua persoalan yang berlegar didalam “kepala otak” tuan termasuk kos pembinaannya. Janganlah hya melihat dari luar dan ambil photo jarak jauh serta mendengar berita2 dari sumber yang entah kesahihanya.(Dikatakan atap genting tetapi yang sebenarnya cuma atap zink ---- tu pun dah tak betul). Lebih dahsyat lagi terus melemparkan fitnah2 serta tohmahan yang menyatakan penyalahgunaan wang rakyat. INI TIDAK BENAR SAMA SEKALI.
Tujuan asal penambahan rumah ini adalah untuk membina satu ruang untuk dijadikan pejabat PKWR. Alasannya ialah untuk memudahkan orang ramai datang berjumpa dengan YB serta segala aduan- yang diberi dapat dipantau dan disemak dengan kadar segera.Yang ingin saya tekankan disini keputusan untuk membina pejabat PKWR bersebelahan kediaman YB telah diputuskan dalam mesyuarat PKWR dan tidak ada sebarang perutukan wang yang diluluskan untuk tujuan pembinaan ini. Jadi mana bukti wang PKWR telah digunakan? Apa yang lebih menyedihkan, masih ada suara2 sumbang diluar dan didalam jemaah PAS sendiri yang lantang melontarkan berbagai fitnah yang tidak berasas hingga mencemar nama baik parti. Janganlah kita menjadi gunting dalam lipatan , api dalam sekam.
2. Pejabat PAS Kawasan dan PKWR Jangan kita lupa sejarah asal pemilikan bangunan pejabat yang terletak di Klg Lama yang kononnya dikatakan Pejabat Pas Kawasan yang pada asalnya adalah milik bangunan Muslimat PAS kawasan Pdg serai. YB sendiri merupakan salah seorg pemegang amanah untuk pemilikan bagunan dan telah meguruskannya tanpa sebarang masalah yang timbul. Pertikaian Pejabat PKWR di bangunan ini tidak sepatutnya ditimbulkan sebagai satu isu . Malah ianya dipersetujui oleh AJK Pas kawasan Padang Serai. Buktinya sudah setahun lebih PKWR beroperasi dan mengapa sekarang baru timbul ketidakselesaan?.Sebenarnya, tiada wang perutukan khusus untuk membina pejabat PKWR dari kerajaan negeri. Semua wang peruntukan ADUN telah dikembalikan dan diagih-agihkan kepada rakyat sehinggakan ada ketikanya YB sendiri terpaksa mengeluarkan sebahagian daripd wang gajinya untuk menampung perbelanjaan di PKWR..
3. Penyelewengan YB Merbau Pulas & Perangai buruk. Lidah manusia tidak bertulang, sehingga mampu berucap demi untuk melepaskan geram & dendam kesumat. Oleh kerana tidak takut atas apa yang diucapkan, apatah lagi ucapan itu mampu menarik perhatian serta dapat mempengaruhi pemikiran orang lain. Ianya terbukti suatu FITNAH maka tunggulah kemurkaan Allah yang pasti suatu hari kita akan berhadapan denganNYA serta kita dipertanggungjawabkan atas fitnah yang kita sebarkan. Amin.Secara umum ,YB Aisyah merupakan salah seorg pemimpin yang amat dihormati di sekitar Merbau Pulas dan Kedah amnya. Sbg Exco Kebajikan, beliau disegani dan disukai oleh semua lapisan masyarakat baik Melayu , Cina, India dan Siam. Segala permasalahan rakyat didengari dan terbukti sudah kepimpinan beliau di Merbau Pulas amat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat .Sebagai satu contoh beliau sanggup korbankan kepentingan peribadi dan lebih mengutamakan hal-hal rakyat dalam apa bentuk masalah rakyat baik sakit deman, kematian, ribut serta banjir..
Persoalannya, mampukah kita utuk menyengkang mata serta mengharung kesejukan pukul 2-3 pagi serta bertemankan hujan untuk turun ke padang bersama-sama untuk merasai keperitan rakyat…? Itulah YB Ustazah Siti Ashah - ADUN Merbau Pulas.
Wassalam.

Sazali Sudin
Pengerusi PKWR Merbau Pulas.

Tuesday, March 3, 2009

senarai exco kedah mulai 3 Mac

SENARAI BARISAN EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH MULAI 3 MAC 2009
BIL
NAMA EXCO
POTFOLIO
1
YAB. DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK
Pengerusi J/Kuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi & Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan
 
 
2
 
YB. DATO' IR. HAJI PHAHROLRAZI BIN HAJI ZAWAWI
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
 
Pengerusi J/Kuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Pemb. Luar Banndar & Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga
 
 
3
 
YB. DATO' HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL
 
Pengerusi J/Kuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi
 
 
4
 
YB. DATO' HAJI AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAH
 
Pengerusi J/Kuasa Industri & pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan
 
 
5
 
YB. MOHAMAD RADZHI BIN SALLEH
 
Pengerusi J/Kuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia
 
 
6
 
YB. DR. HAJI HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB
 
Pengerusi J/Kuasa Belia & Sukan, Kesenian, Warisan, Kebudayaan
 
 
7
 
YB. USTAZAH HJH SITI AISHAH BIN HAJI GHAZALI
 
Pengerusi J/Kuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat
 
 
8
 
YB. HAJI ABDULLAH BIN JUSOH
 
Pengerusi J/Kuasa Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat ICT dan Komunikasi, Pembangunan Usahawan
 
 
9
 
YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH
 
Pengerusi J/Kuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan
 
10
YB. TAN WEI SHU
Pengerusi J/Kuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan