Friday, August 27, 2010

Sumbangan IPT DUN Merbau Pulas/Lunas

27/8/1020 - Kulim HITECH Park. Seramai 85 orang pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dan 54 orang pelajar peringkat diploma menerima sumbangan masing-masing hari ini. YB Ustazah Aishah, ADUM Merbau Pulas dan ADUN Angkat Lunas telah menjelaskan bahawa peruntukan untuk kedua-dua DUN ini sebanyak RM42 800 dan jumlah peruntukan untuk seluruh negeri kedah sebanyak RM767 000.
Dalam Ucapannya, YB berharap agar para pelajar dapat menggunakan wang yang diterima dengan berhemah untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dan tidak menggunakan wang ini untuk tujuan yang melalaikan.
Sumbangan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap anak-anak negeri kedah yang pintar dan cerdik dan beliau beliau turut berasa bangga dengan keluarga yang mempunyai anak-anak pintar dan mereka ini bakal mengisi peluang pekerjaan di peringkat DUN Merbau Pulas terutamanya di KHTP ini.
YB juga meyarankan agar anak-anak pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab untuk memudahkan pelajar membuat rujukan dan berkomunikasi. Kegagalan menguasai bahasa ini juga menyumbang kepada peratusan kegagalan tinggi pelajar kita di Mesir.
Ahir sekali YB juga menjelaskan bahawa kerajaan negeri juga ada menyediakan dana untuk pelajar ini melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah







Tuesday, August 24, 2010

YB Menziarahi Keluarga Sdri Zainab - Merbau Pulas

24/8/2010 - Merbau Pulas. YB Ustazah Aishah petang ini meluangkan masa untuk merasai dan menyelami kesedihan Sdri Zainab bt. Hassan yang hidup serba kekurangan di rumah peninggalan orang tuanya. YB Ustazah menasihatkan Sdri. Zainab supaya tabah menghadapi kesusahan dan akan berusaha membantu untuk membaiki rumah yang diduduki.
YB juga meminta agar Ketua Kampung (MKK) di Kariah Merbau Pulas mengembeling tenaga membantu membersihkan kawasan rumah yang dipenuhi semak dan hutan.
YB juga mengharapkan agar Sdri Zainab merujuk masalah yang dihadapi ke Pejabat Agama Kulim.
YB Ustazah menyampaikan sumbangan Kepada Zainab Hassan
YB menyampaikan sumbangan makanan