Wednesday, May 12, 2010

Dua pusat hemodialisis baru di Kedah

Dua pusat hemodialisis baru di Kedah

ALOR SETAR 11 Mei - Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) akan membuka dua lagi pusat rawatan hemodialisis tahun ini di Kedah iaitu di Gurun dan Sungai Petani yang membabitkan kos kira-kira RM1.6 juta.

Pengerusi Yayasan itu, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim bertitah, pembukaan pusat itu disebabkan jumlah pesakit yang semakin bertambah kerana buat masa ini YSB hanya mempunyai sebuah pusat hemodialisis di Alor Setar.

Pusat Hemodialisis Tunku Sarina yang beroperasi sejak tahun 2006 mempunyai 16 buah mesin dan tidak mampu menampung pesakit yang ramai, titah baginda kepada pemberita di sini hari ini.

"Di pusat itu, kita mempunyai kira-kira 57 pesakit dan jumlah itu tidak termasuk senarai menunggu. Pesakit dikenakan caj minimum dan bergantung kepada keupayaan mereka membayarnya," titah baginda lagi. - Bernama

0 comments:

Post a Comment