Friday, January 1, 2010

Sumbangan Pakaian Sekolah DUN Merbau Pulas







1 Januari 2010 - Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Merbau Pulas telah mengadakan majlis penyerahan Vaucer Pakaian sekolah untuk DUN Merbau Pulas. Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Ustazah Hjh. Ashah, ADUN Merbau Pulas. Hadir sama dalam majlis ini ialah penghulu Mukim Karangan, Penghulu Bagan Sena dan Penghulu Mukim Sungai Ular. Penerima sumbangan telah diamanahkan kepada MKK. Setiap MKK diamanahkan untuk mencari 4 orang pelajar miskin sekolah rendah dan menengah disetiap kawasan masing-masing.
YB Ustazah juga menjelaskan tentang program Kerajaan Negeri - Kifalah Kematian yang mana semua rakyat tanpa mengira bangsa akan mendapat sumbangan apabila berlaku kematian.
YB juga menyarankan agar MKK dapat sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu mengatasi masalah sosial remaja hari ini.

1 comments:

roslan said...

Salam sejahtera, saya penduduk Kg. Gajah Merangkak ingin menyuarakan masalah penduduk tentang projek pembinaan rumah burung yang akan memberi masalah pada rakyatGM, tetapi tiada apa-apa tindakan dari wakil rakyat untuk mempertahankan hak rakyat GM. Adakah nasib penduduk GM akan sama seperti Teluk Binu dan Paya Ketiu P. Serai?
Saya mohon YB perjuangkan suara rakyat.T/Kasih.

Post a Comment