Sunday, September 14, 2008

Wednesday, September 10, 2008

MENTERI BESAR ZIARAH MANGSA BANJIR

Oleh Izwan Abdul Halim

YAN – Ujian yang dihadapi mangsa banjir di saat umat Islam sedang menjalani ibadah puasa Ramadhan mendapat simpati Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak. Beliau yang mengadakan lawatan ke pusat-pusat pemindahan pada 7 September lalu mendoakan kesejahteraan buat mereka dan mengharapkan agar mangsa-mangsa kejadian dapat bersabar.
Pada lawatannya itu, Menteri Besar turut menyampaikan
bantuan permulaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dermawan yang bersimpati.
Menurut beliau, bantuan seterusnya akan disalurkan setelah penilaian dilakukan kepada mangsa terbabit. Ustaz Azizan turut menziarahi jenazah warga emas, Puan Aishah Salleh di Kampung Dulang Tengah dipercayai mati lemas setelah tergelincir ke dalam Sungai Dulang Kechil sebelum mengakhiri lawatannya di Taman Sinar Mentari, Bedong melawat mangsa-mangsa banjir yang telah pulang ke rumah masing-masing.
Turut serta dalam lawatannya itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dr Ismail Salleh dan YB Ustazah Siti Ashah Ghazali, Ahli Parlimen Jerai, YB Mohd Firdaus Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan/Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri), Dato' Bashiruddin Abdul Jamil dan Pengarah JKM Negeri, Tuan Haji Zulkifli Ramli.
Dalam kejadian banjir yang melanda Daerah Yan, Kuala Muda dan Pendang baru-baru ini, seramai 1,565 mangsa dari 330 keluarga terpaksa ditempatkan di beberapa pusat pemindahan setelah rumah mereka dinaiki air.

Antara pusat pemindahan tersebut ialah Surau Kampung Teroi, Masjid Kampung Titi Teras, Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Surau Kepala Bukit, Surau Kempung Permatang Gedong dan Dewan KEMAS Kampung Baru.

1 comments:

ZaFiEy said...

20 Ramadan 1429 - Sabtu

Assalamualaikum warahmattullah
Bismillahirrahmanirrahim
YB Ustazah Hjj Ashah Hj Ghazali
ADUN Merbau Pulas.

PENUHILAH KEMENANGAN DENGAN MENJANA PENGISIAN YANG REALISTIK, PROAKTIF BERPANJANGAN, BERTERUSAN HINGGA WISIL PEMBUBARAN DUN & DR DI PRU13

Kepada 'Allah kita bersyukur, kepadaNyalah juga memohon pertolongan dan bertawakal. Galas dan pikullah amanah rakyat yang memilih pangkah mengangakat Ustazah menjadi ADUN Merbau Pulas dan sekaligus dilantik menjawat Exco Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerusi DUN MP adalah diantara kerusi yang unit disudut akal terbatas manusia memikirkan yang calun PAS boleh mencapai kemenangan. 'Allah telah tentukan kemenangannya pada 08 March 2008 yang lalu.Ingatkanlah bahawa sesungguhnya kemenangan Ustazah adalah diatas teras dan paksi 3 unsur bulatan kesatuan yang value edad ditakdirkan oleh 'Allah menerusi orang Melayu, Cina dan India.

YB Ustazah,sebagai orang tua yang menjangkau umur 60 tahun,yang menunggu tempoh yang lama selama 50tahun untuk melihat PAS memerentah Kedah yang lewat menyusur negeri guru Kelantan DN. Selepas 4 bulan kemenangan ana diberikan segulung gambar besar rupanya gambar YAM MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak. Sebak dada dan airmata mengalir mengenangkan ini adalah hasil yang dituai yang diusaha lama oleh Almarhom Dato'Fadzil Mohd Noor-Ustaz Fadzil.

Jauh dari itu kenangan lama terlintas berputar dengan kenangan yang wira-wira awal dalam PAS tidak dapat menyaksikan kemenangan ini (8 Mac 2008) dulu seperti Almarhom Pak YA Joned, Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhom Ustaz Azahari, Almarhom Ustaz Marzuki Osman, Almarhom Datuk Abu Bakar Umar.

Almarhom Ustaz Ahmad Shukri, Almarhom Ustaz Awardi Lebai Teh, Almahom Haji Che Haq dan ramai lagi kalau mau dibariskan disini.

YB Ustazah,
Saya menyedari Ustazah mengawasi seluruh negeri Kedah bukan khusus di DUN Merbau Pulas sahaja. Walau apa-apa pun ruang pasti diperolehi sekiranya Ustazah bistari menjana masa secara realistik bukan terpilih dan berulang disatu-satu tempat. Seminggu 7 hari, 4 minggu sebulan dan 12 bulan menjadi setahun. 4 tahun ada 48 bulan dan minggunya adalah 192 minggu jumlah harinya 70,080 hari dan jumlah jamnya 1,681,920 jam.

Ana melayari blog YB Ustazah Zailah Yusoff MP Rantau Panjang Kelantan (saya mengenali beliau sejak 1984 ketika itu beliau berfurdah nampak mata sahaja dengan teman-teman usrahnya kenal dan cam suara saja. Bertempat di Madinatul Tarbiah Pohon Buloh PAsir Mas Kelantan ketika beliau masih belajar di ITM). Ana tabit silut kepada Ustazah Zailah sehingga sekarang beliau telah menziarahi pintu kepintu pengundinya sejumlah seribu (1,000) buah rumah bererti sebulan lebei kurang 166 rumah diziarahi Alhamdulillah 'Allah huakbar beliau mencatatkan setiap gerakkerjanya. Itulah wakil rakyat yang kini YB Ustazah berjuang dengan anak kecilnya dengan penyakit jantung. Manakala YB Ustazah Ashah berdepan dengan suami Cikgu Ramli yang sakit, bersabar dan berdoalah bersama kita.

YB Ustazah Ashah,
Untuk kali mula ini, saya ingin mengkhabarkan untuk pengetahun dan tindakkan turun padang ustazah bersamalah dengan Majlis Kerajaan Tempatan yang ianya dibawah pengendaliannya

(1) Saya rasa pekerja-pekera ini sama saja perangai diwarisi oleh kerajaan terdahulu, sambil lewa, bersembang berkumpul,melaksanakan kerja tidak efesyen.

Sampah sarap yang dibuang dari dalam longkang-longkang diakat diletak diatas jalan belakang berlunguk-lunguk dan menjijikkan. dibiarkan dengan tidak diangkut, lepas tu curahan hujan lebat kembali kelongkang dan minggu depan buat kerja yang sama. Mereka tidak memuat dan memunggah dibawa kelaur dibuang ditempat khas. Kerja Pak Pandir dan saya pernah melihat pekerja tersebut (saorang) membuang sampah tersebut dibelakang rumah dan penghuni India menghulurkan wang dan diterimanya.

(2) Tempat menunggu bas dihadapan Dewan Orang Ramai Pekan Sungai Karangan yang terdapat Pejabat Penghulu, Perpustakaan Desa dan Pejabar Pos Mini, mewarisi condong sejak kerajaan BN dan diteruskan oleh Kerajaan PR tanpa dibaik pulih condingnya telah capai 58 darjah. Sekiranya tidak disokong oleh lindungan pokok pasti ia telah sujud kebumi.

Soalnya tersalah pandang atau butakah penghulu yang berada disitu yang tidak menyedari atau sememangnya tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut. Justeru saya merayu YB silalah pantas membuat tinjaun segera disemua jalan belakang rumah-rumah di Taman-taman Kenangan sungai Karangan dan membaikpulih bas stand tersebut.
Janganlah PAS dan PR cuma mau memerentah untuk menurut jejak Terengganu cuma sepenggal sahaja. Contohilah wakil rakyat Kelantan, maaf.

Sekian untuk mukadimmah ini, selamat berpuasa dan selamat Aidil Fitri Minalizin Wal Faaizin ya Ramadan Kareeem akan pergi.
YB Ustazah Ashah bezakanlah diantara marah pengundi, pengundi ampu bodek demi kerajaan PR yang sama-sama kita junjung.
Wasallam. Allah huakbar 3X

20 September 2008 jam 1.21 t.hari
Ampun maaf

Post a Comment