Thursday, June 3, 2010

Mai Ramai-Ramai : KARNIVAL CERDAS MINDA SUBUR JIWA

KARNIVAL CERDAS MINDA SUBUR JIWA
TARIKH : 8-10 JUN 2010
TEMPAT : PADANG BOLA SEPAK TAMAN SENA,LABU BESAR,KULIM.
ANJURAN :PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT TAMAN SENA,LABU BESAR


HARI SELASA ( 8 JUN 2010 )

Sebelah Pagi
1.Majlis Perasmian ole Yb Ustazah Hajah Siti Aishah Bt Ghazali(Exco Negeri Kedah)
2.Pameran oleh ATM,BOMBA,AADK
3.Pertandingan nasyid kanak-kanak PASTI
4.Pembukaan gerai oleh agensi swasta spt PERODUA,PROTON,TABUNG HAJI,KERETA KUDA

Sebelah Petang
1.Penyampaian hadiah bagi pertandingan nasyid
2.Pameran motor berkuasa tinggi
2.Pameran & gerai jualan

Sebelah Malam(9.00 malam)
CERAMAH PERDANA : USTAZ MD ISA BIN ABD RAHMAN(JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH)


HARI RABU ( 9 JUN 2010 )

Sebelah Pagi
1.Pameran & pertunjukan oleh PDRM,ATM,BOMBA,ZAKAT,KERETA KUDA
2.Karnival sukan rakyat

Sebelah Petang
1.Pertunjukan seni mempertahankan diri SILAT GAYUNG,TOMOI,SILAMBAM,TAEKWONDO

Sebelah Malam(9.00 malam)
FORUM PERDANA :TAJUK CERDAS MINDA SUBUR JIWA
PENGERUSI:DR. ABDULLAH BIN MUDA
AHLI PANEL:USTAZ SYUKRI B ABD WAHAB ALHAFIZ(PEG. AGAMA IPK ALOR SETAR)
:USTAZ LUTFI AMIR B SAIDIN ALHAFIZ(AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN)


HARI KHAMIS ( 10 JUN 2010 )

Sebelah Pagi
1.Pameran oleh BOMBA,JPA,KERETA KUDA
2.Pemeriksaan kesihatan percuma
3.KLINIK AL-QURAN BERSAMA:USTAZ MAWARDI BIN BIN JAMALUDIN(FINALIS AKADEMI QURAN 2007)

Sebelah Malam
1.Majlis Penutup
2.KONSERT KESENIAN ISLAM BERSAMA KUMPULAN NASYID : UNIC

Wednesday, June 2, 2010

Lagi... foto aksi sang Juara Zon 6


Coach & Pegawai sedang beri amanat kepada pemain
Dalam diri anda ada sebutir intan...... bakat anda, tunjuk skill, kita nak menang...... Pengarah PKWR Dun Merbau Pulas, Sdr Sazali
Para pegawai merawat pemain yg cedera

Sesi memanaskan badan untuk game separuh masa kedua
Pemain meraikan jaringan gol
Buat macam mana pun,... Uztazah nak kita menang...... malam sat lagi... kita celebrate mee udang sungai dua........

Awatla... bebudak kat Merbau Pulas ni....

2/6/2010 - Markas Pas Cawangan Pekan Merbau Pulas di ceroboh................Kejadian disedari oleh Cikgu Johari apabila balik melawat rumah petang tadi. Rumah mak mertua yang terletak di sebelah markas juga dimasuki dengan memotong besi tingkap nako. Dalam Rumah tiada barang yang diambil tetapi di markas telah kehilangan sebuah amplifier, welding set dan mesin pemotong besi.
Sejak seminggu ini kejadian pecah rumah kembali menghantui penduduk Merbau Pulas.....setelah reda beberapa bulan yang lalu. Kejadian pecah rumah dan markas ini merupakan kejadian yang keempat dalam minggu ini......
Pihak berkuasa..... Kami minta buatlah rondaan......

Saturday, May 29, 2010

KITA JUARA>>>>>>> ZON 6

29 Mei 2010 -Pasukan Bolasepak PKWR DUN Merbau Pulas mennjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah - Untuk ZON 6. Perlawanan di adakan di Mini Stadium Keladi.





Pasukan Bolasepak PKWR DUN Merbau Pulas mennjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah - Untuk ZON 6

Sunday, May 23, 2010



Sebagaimana yang telah dirancangkan bagi mematahkan semua spekulasi tentang ADUN-ADUN dari PKR dan DAP yang akan melompat Parti sekaligus mengulang Tragedi Rampasan Kuasa di Perak, hari ini tepat jam 9.00 malam bertempat di Kompleks PAS Kedah, KM13 Jalan Alor Setar -Sungai Petani kesemua mereka telah hadir dan berdiri diatas pentas menjawab semua spekulasi tersebut.

Gambar-gambar yang dirakamkan dibawah adalah gambar sebenar bukan gambar yang telah diedit menggunakan kaedah super impose (macam Blog Gerakan Anti PKR buat tu laa…) dan setiap gambar ADUN-ADUN yang dikatakan akan meninggalkan Parti mereka itu disiarkan sebanyak 2 keping dalam posisi yang berbeza bagi membuktikan kesahihan gambar..


ADUN Sidam YB. Tan Show Kang (PKR)




ADUN Bukit Selambau YB. S. Manikumar A/L Subramaniam (PKR)




ADUN Kulim YB. Lim Soo Nee (PKR)




ADUN Kota Darulaman YB. Lee Guan Aik (DAP)

Malam Noktah....dalam isu lompat... tak ada takwil takwil lagi. Malam Noktah....

23 MAY 2010
Malam Noktah....dalam isu lompat... tak ada takwil takwil lagi.
Malam Noktah....
Semua yang hadir sudah jelas dan puas hati. Malam ini adalah noktah dalam isu lompat... tak ada takwil takwil lagi. Lepas ni kalau ada sapa-sapa jadi agen sebar sms atau surat khabar atau bloger yang dok kata ada lagi nak lompat di Kedah, sahlah dia tu pekak dan buta! Di kalangan pembangkang di Kedah, mereka mengharapkan DUN dibubarkan. Kalau bubar ada 'asyukkk! Malam ni tau la ada asyukkk ka tak dak asyukk. Ini kata seorang kawan yang dok sebelah saya tadi.
.
MB umum malam ni, ini tempoh untuk kerajaan take-off, kalau diibaratkan kapal terbang. Hujung bulan ni akan dilancarkan pembinaan rumah kos rendah besar-besaran untuk menyediakan kediaman kepada 23,000 ribu keluarga yang memohon rumah kos rendah. Sana sikit sini sikit, lama-lama cukuplah rumah untukrakyat. Inilah yang menjadi keutamaan kerajaan sekarang. Kita akan mulakan projek SULIHH September nanti. Kita sudah ada pemaju yang sanggup bina rumah kos rendah secara besar besaran. kita sudah dapat lampu hijau untuk memulakan SULIHH. Kita nak pikiaq macam mana kemajuan ekonomi rakyat dapat dicapai. Kita nak fokus taraf kehidupan rakyat dapat ditingkatkan. Pendek kata, masa untuk repair kapal sudah selesai, ini masa membawa rakyat Kedah keluar dari kepungan sistem pemerintahan BN dulu.
.
DUN akan bubar, tapi bubar bila sudah sampai tempohnya..paling tidakpun, bersekali dengan Parlimen di PRU13! Jadi sapa-sapa dalam BN yang dok berangan nak jadi calon, jadi EXCO jadi MB, sabaqlah sat, tak lama dah. Dua tahun saja lagi. Itupun kalau rakyat mau lagi kat BN!

Muhammad Sanusi Md Nor,
SETPOL Menteri Besar

Wednesday, May 19, 2010

PUSAT KHIDMAT SALUR BANTUAN




KARANGAN- Pusat Khidmat Wakil Rakyat Merbau Pulas (PKWR) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas menyampaikan bantuan kepada orang kurang berkemampuan.Dengan sumbangan itu diharap dapat meringankan beban golongan yang memerlukan. Dalam ucapan tersebut , beliau menyatakan sumbangan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial PKWR kepada golongan yang kurang berkemampuan dan diharapkan aktiviti seupama ini dapat diteruskan.

Tuesday, May 18, 2010

Team Kita kena belasah........ apa dah jadi ni...

16 Mei 2010 -Friendly game antara Team DUN Merbau Pulas dengan Pasukan Nagalilit yang berkesudahan dengan Team MP kalah 7 - 3. Kesemua gol Pasukan Nagalilit dijaringkan dalam sepasruh masa pertama, manakala gol-gol Team MP dijaringkan dalam separu masa kedua.
Rentak permainan Team MP nampak goyah seawal minit permainan. Ini mungkin disebabkan ramai kesebelasan utama tidak dapat beraksi kerana masalah cuti dan sedang bermain dengan pasukan masing-masing dalam perlawanan liga di sekitar Kulim




Menyempurnakan Sumbangan Cek Oleh LLH Construction Sdn. Bhd.

16 Mei 2010 - Selepas selesai menghadiri majlis penyampaian sumbangan Skim Kafalah di HITECH Kulim. YB Ustazah Aishah serta Jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat bergegas pula majlis pemyempurnaan Penyampaian Cek/Sumbangan oleh LLH Construction Sdn. Bhd. di Taman Damai, Padang Serai.
Dalam majlis ini YB Ustazah Aishah diberi penghormatan untuk menyampaikan cek/sumbangan daripada LLH Construction Sdn. Bhd. kepada Bendahari SJK(C)Shang Cheng Padang Serai yang berjumlah RM35,000 dan lain-lain sumbangan kepada rumah ibadat yang berjumlah RM60,000.
LLH Construction Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pembinaan baru yang berkembang maju di Kulim dan Penang. Majlis hari ini diadakan sempena pembukaan Pejabat baru LLH Construction di Taman Damai, Padang Serai.







Sumbangan Skim Kafalah

16 MEI - Majlis Sumbangan Skim Kafalah Kedah untuk DUN Merbau Pulas dan DUN Lunas telah diadakan di KHTP Bussiness Center -HiTECH. Sumbangan RM500 kepada setiap waris yang kematian keluarga ini telah disampaikan oleh YB Ustazah Hjh. Aishah. Hadir sama dalam majlis ini Penghulu Mukim. i
Di dalam majlis in i juga disampaikan Kad E-Sinar kepada Penghulu Mukim. Dalam ucapannya YB Ustazah telah melahirkan simpati atas kehilangan ahli keluarga penerima dan tanda rasa simpati dan prihatin kerajaan terhadap rakyat, maka Skim Kafalah ini dilancarkan untuk meringankan beban keluarga.






Penghulu Mukim Padang Meha - En. Mohkhairuddin menerima Kad E-Sinar daripada YB Ustazah Aishah

Penghulu Mukim Sidam - En. Abd. Khalid Embi menerima Kad E-Sinar daripada YB Ustazah Aishah