Wednesday, September 16, 2009

Titi pula runtuh........

Sebuah titi yang menjadi penghubung antara Kampung Bkt. Chong dengan Kg. Kuala Sedim di Merbau Pulas telah runtuh. Hasil Tinjauan AJK PKWR runtuhan kepala titi ini disebabkan oleh hakisan tanah apabila berlakunya hujan lebat. Mengikut maklumat daripada penduduk kampung hakisan ini lebih ketara lagi apabila adanya aktiviti kuari pasir berhampiran dengannya.
Titi ini menjadi laluan alternatif penduduk dan kanak-kanak sekolah untuk ke Pekan Sungai Karangan dan SMK Sungai Karangan.
Penduduk juga mengalami kesukaran untuk membawa keluar hasil kelapa sawit




Tuesday, September 15, 2009

YAB Menteri Besar Sampai Sumbangan Kepada Guru Quran








hanya ada di Kelantan..tiada di tempat lain...

Hanya ada di negeri kelahiran ku ......Kelantan Darulnaim..tiada di tempat lain...

Alangkah sejuknya mata memandang..hati2 akan tersentuh bila melihat peringatan2 yang seperti ini..difahamkan idea datang dari TGNA sendiri untuk membuat papan iklan yang bermasej ini..

Qaryah Ramadhan yang hanya ada di negeri Serambi Mekah,Kelantan.

semoga TGNA sentiasa dalam rahmat Allah..






mengharap negeri di bawah naungan PR ada program dan usaha seperti di kerajaan Kelantan..

Wednesday, September 9, 2009

Pakat Tolong Cari di mana budak ni.........?


Assalamualaikum Ckg Jo,

Tolong masukkan berita kehilangan anak Abang Alias bernama "Mohd Mahfuz Bin Alias" yg tinggal di fasa 2 Desa Aman.
Anak beliau berusia 19 tahun memegang kp bernombor 901213-13-6517.
Laporan polis telah dibuat dan pelbagai ikhtiar dijalankan oleh keluarga tetapi sampai ke hari ni anak dia tak pulang ke rumah.
Mengikut emak & ayah dia, tidak ada sebarang masalah dlm hubungan mereka. Saya sendiri pernah berbual dgn beliau beberapa kali di surau desa Aman & dari perwatakannya, pada amatan saya, beliau bukanlah seorang budak yang liar.
Beliau dilaporkan hilang setelah pulang ke Kolej TEKAT (Pusat Latihan kemahiran Teknologi Automotif), Kajang, Selangor pada 31hb Mei 2009. Kawan2 kolej pun tak tau dia pi mana. Dia diberitakan telah menelefon ibu di rumah tetapi bercakap seolah2 beliau diawasi oleh seseorang. Berdasarkan maklumat pengeluaran wang dari ATM, beliau dipercayai berada di Shah Alam dan kawasan sekitarnya.
Sempena Ramadhan ni, marilah sama2 kita bantu dan doakan kepulangan beliau ke pangkuan keluarga...Amin

Alamat rumah: 50, Jalan S10/2, Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah.
No. telefon ibu/ayah: 019-5089990 /atau hubungi admin (0194587603)

* Para Blogers Tolong panjangkan berita ni ke laman web yg lain.

Tuesday, September 8, 2009

Rintihan Pembeli Rumah Taman Desaku, Padang Meha

Assalamualaikum YB Negeri Kedah.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah di atas kecekapan mentadbir negeri Kedah walaupun melalui segala kesulitan.

Di sini saya ingin meminta campur tangan Kerajaan Negeri di atas permasalah dan kesulitan yang dialami oleh pembeli rumah(termasuk saya sebagai salah seorang pembeli) di Taman Desaku, Mukim Padang Meha, Sg Karangan, Kedah (DUN Merbau Pulas).

Maksud permasalah dan kesulitan yang dialami ialah rumah yang dibeli sejak awal 2005 masih belum siap sepenuhnya sehingga kini. Pembinaan yang pada peringkat awalnya bergerak lancar tiba-tiba terhenti seketika membuatkan pembeli-pembeli mengalami kesulitan kerana terpaksa menanggung pembiayaan pinjaman sebanyak lebih kurang RM1000 sebulan dan terpaksa juga menyewa rumah kerana rumah yang dibeli seolah-olah terbengkalai walaupun kelihatan hampir 80% siap. Pemaju pernah beberapa kali berjanji untuk menyiapkan rumah tersebut antaranya sebelum hari raya aidilfitri 2007, Januari 2008, Jun 2008 dan yang terbaru December 2008. Sampai sekarang pun tiada apa-apa maklumat utk siap. katanya Dec 2009 ni........Apa yang merisaukan pembeli sekarang ialah kebanyakan halaman rumah dan timbunan batu untuk membuat jalan sudah dipenuhi lalang. Melihat daripada keadaan semasa iaitu tanpa pekerja yang melakukan kerja-kerja pembinaan tidak mungkin rumah tersebut dapat disiapkan pada December 2009. Yang tinggal sekarang ialah pekerja-pekerja pejabat dan deretan jentera di hadapan taman.... nak lelong kot.......
----------------------------------------------------------------------------------------
Che Ross Zukefli
to me

show details
Sep 5 (3 days ago)
Assalamualaikum,

Selawat dan salam buat Rasul junjungan..

Untuk makluman pihak tuan, saya adalah seorang antara ratusan pembeli rumah di Projek DesaKu, Padang Meha, Kulim.
Selepas 4 tahun membeli rumah yang masih belum siap, diri ini rasa teraniaya kerana terpaksa menanggung beban kewangan bagi membayar harta yang masih belum menjadi milik sendiri lagi.
Untuk makluman, saya membeli rumah tersebut dengan janji pemaju akan menyiapkannya pada penghujung 2007, tetapi itu semua janji belaka.
Kini saya terpaksa membayar Bank Islam sebanyak RM1150 sebulan dan juga terpaksa membayar sewa rumah yang saya duduki di P.Pinang ini RM500 sebulan. Beban kewangan ini agak memeritkan apabila tidak boleh menukarkan pinjaman tersebut kepada pinjaman kerajaan kerana harta masih belum tukar hakmilik, rumah masih mendapat OC, bank belum membayar 100% kepada pemaju dan lain-lain alasan yang dinyatakan oleh pihak yang berkaitan.

Yang menjadi mangsa, kebanyakannya pembeli muslim...yang berhasrat utk merubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Moga segala permasalahan ini mendapat perhatian setelah sekian lama diperhatikan tiada tindakan dilakukan oleh mana-mana pihak.

=======================================================================================

Selamat menduduki UPSR anak-anakku.........

Salam 2 all.

Pagi ini, Selasa 18 Ramadhan 1430, bersamaan dengan 08 Sept 2009, anak -anak kita akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bersama dengan ribuan pelajar yang lain. Semoga keberkatan dan kekuatan Ramadhan memberikan mereka kecekalan menghadapi peperiksaan tersebut. Kita mengajak para ibubapa dan sahabat handai, marilah kita berdoa untuk kejayaan mereka:
"Allahhumma ya ALLAH, segala puji bagiMu, dan salawat serta salam ke atas Rasulullah saw.
Ya ALLAH, bukakanlah pintu hati anak-anak kami yang akan menduduki peperiksaan UPSR ini, terangkanlah hati mereka, tenangkanlah perasaan mereka, berikanlah mereka kesihatan yang baik, permudahkanlah mereka dalam menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan betul, berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang, dan berikanlah mereka keberkatan. Amin ya robbal 'aalamin".

Wassalam.

Friday, September 4, 2009

Pilihanraya Kecil Lagi...................Bagan Pinang N9

04 SEPTEMBER 2009

Keputusan N31 Bagan Pinang PR ke 12 2008
N31 BAGAN PINANG
Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%


1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)


2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)

Majoriti: 2,333
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384

Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)

Sunday, August 30, 2009

YB Ustazah melawat rakyat Yang Sakit

YB Ustazah bersama dengan AJK PKWR menziarahi Saudara Maadzir di Kampung Jeram, Merbau Pulas yang terlantar hampir 3 tahun akibat penyakit kencing manis dan penat.

YB serta AJK PKWR menzarahi Pak Ngah Hashim di Kampung Sekolah yang terlantar sakit sejak 8 tahun lalu

Sumbangan Ramadhan Untuk Masjid DUN Merbau Pulas

Merbau Pulas - 8 Ramadhan(29/8/2009) Majlis penyerahan sumbangan Kerajaan Negeri Kedah kepada Masjid seluruh DUN Merbau Pulas telah diadakan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Ustazah Aishah. Dalam majlis ini YB telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM400 untuk setiap masjid. Sebanyak 14 buah masjid telah menerima sumbangan masing-masing daripada YB.



Imam Masjid Sg. Karangan - Hj. Muhammadan menerima sumbangan daripada YB

Imam Masjid Labu Besar - Ust. Abd. Aziz menerima sumbangan daripada YB

YB Ustazah menyampaikan tazkirah Ramadhan

Imam Masjid Darululum Merbau Pulas menyampaikan ucapan aluan sebagai tuan rumah

Friday, August 28, 2009

Sumbangan Ramadhan - Mukim Bagan Sena

Jumaat 28/8/2009 - Seramai 60 orang menerima bantuan Sumbangan Ramadhan Kerajaan Negeri Kedah yang disampaikan oleh YB Ustazah Hjh. Aishah. Majlis berlangsung di dewan orang ramai Labu Besar. Dalam ucapan aluan, YB mengharapkan agar seluruh rakyat bersyukur dengan nikmat kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi hasil kemenangan Pakatan rakyat dalam PRU 12. Harapan YB juga agar rakyat sama-sama berdoa agar kemenangan ini dapat diteruskan untuk kesejahteraan bersama.