Sunday, June 21, 2009

YB Melawat Kematian Keluarga India

MERBAU PULAS - 20 Jun 2009 Jam 11.00 pagi YB Ustazah meluangkan masa untuk melawat Kematian Keluarga India di No 51 Taman Merbau, Merbau Pulas. Muniandi a/l Manickham 42 tahun, pekerja estet, disahkan mati mengejut setelah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak. Anak lelaki sulung 17 tahun, anak perempuan kedua 16 tahun yang sedang belajar di SMK Kuala Ketil dan anak bongsu 11 tahun sedang belajar di SJK(T)Kuala Ketil.

YB Ustazah sedang bertanya khabar sambil menenangkan anak-anak sdr. Muniandi
YB Menyampaikan sumbangan kepada anak sulung sdr. Muniandi

Saturday, June 20, 2009

Isu perpaduan terpulang pada Presiden - Ustaz Azizan

Izwan Abdul Halim
Sat | Jun 20, 09 | 12:21:24 pm MYT
ALOR SETAR, 20 Jun (Hrkh) - "Alhamdulillah...(sambil menadah kedua belah tangan) baru dia tau PAS ikhlas? Lama dah ikhlas, tapi depa (mereka) yang tak ikhlas dengan kami!," demikian reaksi spontan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika diminta wartawan mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa PAS ikhlas untuk berbincang mengenai Kerajaan Perpaduan.


Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, di sini 17 Jun lalu, Ustaz Azizan bagaimanapun enggan memberikan kenyataan lanjut berhubung polemik tersebut.

"Kerajaan Perpaduan ni yang bercakap Presiden (PAS), biar dialah selesai, saya ni orang bawah saja. Saya tiada komitmen apa pun. Perpaduan baguslah... semua berpakat! Dengan DAP, PAS, Umno, Gerakan, MCA kita pakat dok sekali semua, perpaduanlah macam tu agaknya atau macam lain? Saya tak tahu, nak cakap macam mana?

"Kalau kita dah jelas konsep itu bolehlah beri komen. Mungkin perpaduan ni semua parti duduk bersama dan menggerakkan negeri bersama...mungkin! Perpaduan macam sekarang PAS, DAP, KeADILan itu perpaduan juga, kerajaan juga. Perpaduan peringkat BN macam MCA, MIC, Gerakan, Umno dan lain-lain, (itu) perpaduan juga.

"Kalau semua perpaduan tak bagus juga, tak ada pembangkang. Pembangkang mesti ada. Kalau tak ada pembangkang kita tak tahu mana kerja betul mana tidak betul, semacam semua. Kalau pun salah tak ada siapa tegur kita, pembangkang perlu. Kalau semua bersatu tak betullah, tak ada maknalah. Tak ada dalam dunia satu kerajaan saja memerintah tak ada parti pembangkang. Mesti ada pembangkang barulah demokrasi itu hidup," ujarnya sekadar menyatakan pandangan.

Oleh itu beliau berharap agar pihak media menunggu penjelasan dari Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri.

"Lagipun dalam PAS tak semua sokong. Masa muktamar hari tu pun banyak pandangan-pandangan yang tak merestuai tentang apa yang dikatakan perpaduan kerana orang tidak jelas apa itu perpaduan, nak buat orang tak tahu.

"Tapi orang merestui Hadi untuk berunding dengan sesiapa sahaja. Sebagai parti politik, sebagai kerajaan kita boleh berbincang dengan sesiapa sahaja. Kita dengarlah, kita setuju belum tahu lagi. Perundingan itu menunjukkan keterbukaan kita.

"Saya tidak mahu kata 'yes or no' sebab saya bukan orang yang melontarkan idea. Tetapi ingatan saya masa muktamar baru ni dia (Presiden) cakap dia bersedia untuk berunding dengan sesiapa sahaja, itu 'good'. Tok Guru Nik Aziz pun berunding dengan Lee Kuan Yew," ujarnya menerangkan keterbukaan PAS itu. - mns_

Wednesday, June 17, 2009

MB tidak bermaksud 'Kerajaan Perpaduan'

17 June 2009


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak bermaksud untuk berunding dengan UMNO berhubung pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat negeri.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Helmi Khalid berkata, apa yang dimaksudkan Azizan dalam kenyataan sebelum ini ialah pihaknya sudah lama mengamalkan perpaduan dalam mentadbir kerajaan negeri termasuk kesediaan untuk menjalin kerjasama dengan UMNO mahupun pihak-pihak lain dalam memajukan rakyat dan negeri Kedah.

“Itu yang dimaksudkan oleh Menteri Besar. Beliau sama sekali tidak bermaksud untuk berbincang dengan UMNO bagi mengadakan kerajaan perpaduan di peringkat negeri. Ini semua tidak perlu kerana kita (Pas) masih mempunyai cukup kekuatan bersama komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain untuk mentadbir negeri ini,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian, semalam.

Mohd Helmi berkata, Azizan ketika membuat kenyataan itu sekadar mengulas kenyataan terdahulu oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang dilaporkan berkata, pihaknya sedia berunding dengan Pas untuk membentuk kerajaan perpaduan di peringkat negeri.

“Bagi Menteri Besar, dalam perkara perpaduan, Pas Kedah sememangnya sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja tetapi dalam konteks kerajaan perpaduan, perkara itu perlu dirujuk kepada pucuk pimpinan Pas di peringkat Pusat,” katanya.

Saturday, June 6, 2009

Depoh minyak RM1 bilion di Gurun

05 June 2009
Depoh minyak RM1 bilion di Gurun

Depoh minyak RM1 bilion : Kedah bangunkan satu lagi projek mega di Gurun

ALOR SETAR - Kerajaan negeri meluluskan projek pembinaan depoh simpanan minyak mentah bernilai RM1 bilion, di atas tanah seluas 160 hektar di Gurun.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, projek itu akan dikendalikan oleh Pristine Oil (M) Sdn Bhd, menggunakan teknologi moden.

“Minyak mentah akan diperoleh dari Timur Tengah dan disimpan di sini, melalui saluran paip yang akan dibina dari Kuala Dulang di Yan. Tangki minyak pula akan dibina di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

Azizan berkata, paip sepanjang 25 kilometer akan dibina ke tengah laut untuk menyalurkan minyak mentah dari kapal, sebelum disalurkan ke depoh melalui saluran paip sepanjang 17.9 kilometer.

Menurutnya, projek depoh ini akan beroperasi tidak jauh dari projek penapisan minyak Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) yang dijangka siap pada tahun 2013.

“Kita jangka kedua-dua projek mega ini akan berjalan serentak. Depot itu dikatakan mampu menyimpan sehingga satu juta meter padu minyak mentah, sebelum Pristine menjual semula bekalan minyak yang telah diproses,” katanya.

Pemilihan Kuala Dulang pula berdasarkan kesesuaian laut di kawasan berkenaan yang dapat menampung kemasukan kapal-kapal besar berikutan lautnya yang dalam.

Thursday, June 4, 2009

Tahniah


<

Wednesday, June 3, 2009

Satu Lagi Projek "Kerajaan Barisan Nasional"

Dipetik drp : http://al-brangi.blogspot.com/2009/06/satu-lagi-projek-kerajaan-barisan.html

Beginilah keadaan bumbung di bahagian timur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh pagi semalam

Setelah disiasat kenapa banyak jalan berlopak, bukit runtuh, sekolah runtuh, stadium runtuh, akhlak runtuh, moral runtuh dan semuanya runtuh kecuali tambang bas dan teksi saja yang tak runtuh, barulah al-brangi dapat jawapannya.Rupa-rupanya disetiap projek ada ditulis

"SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL".Kamu sebagai pemerintah, memang tugas kamu membawa pembangunan, "social obligation",Kenapa mesti letak perkataan "SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL". Itu riak namanya. Lagi pun bina projek tu bukan dari kantung UMNO mahupun BN. Dia datang dari wang rakyat dan wang pembayar cukai. Maka, kenapa mesti heboh satu kampong, nah sekarang 1Malaysia bahkan 1dunia sudah tahu pasal benda-benda yang runtuh ni.


Posted by al-brangi

Tuesday, May 26, 2009

Kebenaran Terbukti --- Pohon Maaf YB Ustazah Aishah

27 May 2009

PERMOHONAN MAAF KEPADA YB USTAZAH AISYAH OLEH KEDAHLANIE

Assalamuallaikum,Dengan ini saya bagi Piahak KEDAHLANIE dengan ini ingin memohon berbanyak kemaafan di atas penyiaran artikal Tolong tengok sat cerita exco nie pulak..betoi ka ...? Pada kami selepas penjelasan dan hujah yang diberikan oleh Pihak daripada YB Ustazah Aishah serta dari penulisan sahabat-sahabat pengunjung semua kami mengandaikan artikal tersebut adalah berunsur fitnah semata-mata.Ini artikal penjelasan isu tersebut:-

Menjawab Persoalan ADUN MERBAU PULAS
ISU DUN MERBAU PULAS - Kebenaran VS Kepuran-puraan...
PENJELASAN DARI PEJABAT PKWR ADUN MERBAU PULAS
Ustazah Aishah: secebis kisah

Dan pesanan kami kepada penulis artikal tersebut iaitu 'Abuzaralgifari' beralamat email 'abuzaralgifari@gmail.com' jika anda masih tak berpuas hati dan mengandaikan apa yg anda tulis itu betul silalah tampilkan diri dengan membuat pendedahan selanjutnya tetapi jangan melibatkan pihak KEDAHLANIE lagi...SEKALI LAGI KAMI MEMOHON KEMAAFAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT TERUTAMA YB USTAZAH AISYAH dan KAMI AKUI AKAN KESILAPAN KAMI ATAS PENYIARAN ARTIKAL TESEBUT.

Sekian Terima Kasih

Admin KedahLanie

Monday, May 25, 2009

YB Ustazah melawat mangsa ribut

Minta maaf kerana tidak dapat upload foto.... buat sementara waktu kerana admin berada di luar kawasan.

Difahamkan daripada maklumat yang diterima 4 buah rumah dan sebuah dewan orang ramai telah dipukul ribut di Kg. Bukit Ketemeng, merbau Pulas dan Bukit Karangan.
Jam 7.00 petang tadi YB Ustazah, JKM Kulim dan MKK telah melawat mangsa ribut dan menyampaikan sumbangan.

Sunday, May 24, 2009

YB Ustazah Aishah dan YB Cikgu Zuki Rasmi Kem Solat



MERBAU PULAS - 30 April hingga 1 Mei 2009, Jawatankuasa Masjid Darululum Merbau Pulas dengan Kerjasama MKK Kampung Jemerli telah mengadakan Kem Smart Solat dan Qiamullail. Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 180 orang pelajar yang berumur antara 12 tahun hingga 15 tahun. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Ustazah Aishah (ADUN Merbau Pulas) manakala majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Cikgu Zuki (ADUN Kuala Ketil). Penghargaan dan terima kasih kepada individu dan kumpulan (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) yang terlibat menjayakan program ini.



YB Ustazah sedang menyampaikan ucapan dan nasihat serta motivasi kepada para peserta.




Imam Masjid Darululum Merbau Pulas, Tn. Hj. Mat Saud sedang menerima sumbangan daripada YB Ustazah Aishah




Peserta lelaki Kem Smart Solat


YB Cikgu Hj Zuki sedang menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta Kem Smart Solat





Pengalaman dan kepakaran YB Cikgu Zuki sebagai pendidik dapat menarik perhatian peserta mendengar motivasi dan pesanan yang disampaikan oleh YB

Friday, May 22, 2009

Terima Kasih, Cikgu !




Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua guru yang berada di dalam DUN Merbau Pulas..... Terima Kasih, Cikgu.....
15 May 2009