Monday, July 28, 2008

First Solar melancarkan kilangnya yang pertama Di KHTP Kulim
Kulim : Pelaburan AS$680juta(2.2 bilion) yang di laburkan oleh First Solar di Kulim akan mewujudkan

lebih 2000 peluang pekerjaan dalam bidang pengurusan, kejuruteraan, perakaunan , sumber manusia dan operasi
kilang apabila keempat-empat buah kilangnya beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini.
Kemudahan pengilangan di Kulim akan memainkan peranan penting untuk membantu syarikat mencapai matlamat dan ojektif syarikat dari 300 megawatt hingga 720 megawatt menjelang tahun 2009. demikian yang dinyatakan oleh Bruce Sohn, Presiden First Solar .
Sumber daripada sidang Media
rjwarta@yahoo.com

Berita dari Wad ICU Kulim


Sebahagian daripada tetamu yang sempat dirakam ketika hadir menziarahi Cikgu Ramli Hassan diwad Kecemasan Kulim(ICU)

Cikgu Ramli Hassan, suami kepada YB Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali dimasukkan kehospital Kulim pada hari Rabu kerana sesak nafas dirumahnya. Beliau dimasukan kewad 8. Kemudian
dimasukan ke wad ICU kerana pihak hospital mendapati keadaan beliau agak serius. Ramai yang menziarahi beliau termasuk ahli keluaga, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan , saf muslimat negeri,pimpinan kawasan dan DUN-DUN rakan taulan seluruh negeri dan juga kehadiran Dato' Seri Ustaz Azizan Razak dan isteri selepas pulang dari satu majlis.di Kuala Lumpur. # Kepada YB, Ustazah Siti Ashah Hj Ghazali seluruh yang hadir mendoakan agar cikgu Ramli akan segera sembuh dan tabah menempuh semua dugaan dengan penuh kesabaran.

Salam hurmat
rjwarta@yahoo.com

Tuesday, July 22, 2008

tvPAS.com - Saluran Alternatif Anda

tvPAS.com - Saluran Alternatif Anda

Pertugas PKWR DUN Merbau Pulas

AHLI JAWATANKUASA PKWR N33 MERBAU PULAS
ALAMAT PEJABAT: 144, PUSAT PERNIAGAAN PUTRA, JALAN PECAH BATU, KILANG LAMA, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN. NO. 04-4908378

1. PENASIHAT: YB USTAZAH AISHAH BINTI HAJI GHAZALI (EXCO KERAJAAN KEDAH)
2. PENGERUSI: SYEIKH MOHAMAD HUSSAIN BIN ISMAIL ( PENGARAH N33)
3. S/USAHA: SYEIKH MAHAMUD BIN HAJI SAAD ( PEGAWAI KHAS ADUN N33)
4. BENDAHARI: AMIR BIN AYOB ( SETIAUSAHA MTD N33)
5. A. J. K: SAZALI BIN SUDDIN (UNIT KEBAJIKAN & KEKELUARGAAN)
6. A. J. K: HAJI MOHD FAUZI BIN HAJI TAHIR (UNIT PERKHIDMATAN AWAM)
7. A. J. K: PAUZI BIN SAIDIN (UNIT INDUSTRI)
8. A. J. K: MOHD TAUFIK BIN HAJI.BAHAROM (UNIT GUAMAN)
9. A. J. K: MOHD ASRAF BIN SAID (UNIT GERAKAN)
10. A. J. K: AMIR BIN AYOP

Sunday, July 20, 2008




Pdg Serai: Kelab Penyokong PAS pekan Pdg, Serai telah ditubuhkan, dimana seramai 220 yang telah mengerahkan borang ahli kepada Yang Berhurmat Dr, Ismail Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Penerangan, Badan-badan bukan kerajaan(NGO) dan Pembangunan Insan negeri Kedah baru-baru ini.

Menurut Pengerusi penajanya, En Robert Lee mereka beramai-ramai menyertai kelab penyokong PAS kerana tertarik dengan cara orang-orang PAS bekerja, keiklasan dan kesungguhan didalam menjalankan kerja terutama sewaktu menghadapi pilihanraya memuatkan mereka ingin bersama PAS , ujarnya.

Sehubungan dengan itu menurutnya lagi, mereka sedang menyusun satu majlis makan malam pada 13hb, Ogos nanti bagi meraikan kemasukan mereka kedalam kelab penyokong PAS. " kami harap Dato' Seri MB Ustaz Azizan Abd Razak dapat hadir pada tarikh tersebut, kerana kehadiran beliau amat bermakna kepada kami khusunya bagi masyarakat Cina disini " ,ujar beliau.Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah YB, Ustazah Siti Ashah Hj Ghazali, ADUN Merbau Pulas, Hj Mahmud Hj Saad, wakil pusat khidmat masyarakat DUN Merbau Pulas, Hj Fauzi Tahir, Cikgu Sazali Wakil PAS Kawasan dan beberapa orang wakil masyarakat Cina setempat.

( sewaktu berita ini ditulis, berita rasmi dari pejabat MB mengesahakan akan kehadiran Dato' Sri Ustaz Azizn Abd Razak pada tarikh 13 ogos )

Sunday, July 13, 2008

Gotong-royong Tmn Melati Pdg, Serai


Ramli Jaafar
rjwarta@yahoo.com.

Padang Serai : Konsep taawun ( gotong-royong )
yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu kini di praktikan kembali kerana ianya di samping dapat merapatkan hubungan antara kaum juga dapat saling bantu membantu di antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu satu majlis gotong-royong bersepadu
diadakan bersama dengan penduduk Taman Melati, Padang Serai baru-baru ini, dimana kira-kira 100 orang penduduk telah hadir..

Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh YB, Ustazah Siti Aisyah Hj Ghazali, Exco Pembanggunan Wanita , Pembangunan Keluaga dan Kebajikan Negeri, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Ustaz Hj Hassan Abd Razak , Sdr, Candran, Sdr, Alwee Nordin, Hj Mahmud Hj Saad, Mrs, Tan Lee Tyng mewakili Ahli Majlis Daerah Kulim juga satu pasukan Kebajikan Padang Serai yang begitu aktif memberikan bantuan kebajikan tidak kira kaum yang telah beroperasi selama lebih dua tahun di Padang Serai yang diketuai oleh Mr, Wong Min Huat.

Difahamkan Pasukan Kebajikan ini sangat aktif disamping mereka mempunyai satu kereta bomba Sukarelawan, mereka juga
mempunyai satu team pasukan kerja sepenuh masa yang bertugas memberikan bantuan kemanusiaan tidak kira kaum kususnya kepada penduduk-penduduk di Kawasan Padang Serai .

Menurut YB, Ustazah Aisyah, program seumpama ini adalah satu kerja yang mulia, disamping dapat mengukuhkan hubungan
baik dikalangan masyarakat ianya juga dapat memberikan keselesaan dan kejahteraan kerana bila suasana taman menjadi bersih penduduk dapat menikmatinya bersama.

“ saya berharap program seumpama ini dapat di teruskan dari masa kesemasa, jangan hanya mengharapkan
Majlis Daerah Kulim sahaja buat kerja, kerjasama dari masyarakat penduduk juga perlu saling bekerja sama demi kebaikan semua orang , “ ujarnya .

Menurutnya lagi , program gotong-royong ( Taawun ) juga dapat mengembali dan merapatkan persaudaraan di kalangan masyarakat juga dapat menjalinkan perpaduan kaum yang baik di kalangan anggota masyarakat keseluruhanya.

Sementara itu program gotong-royong itu turut mendapat kerjasama yang baik daripada Majlis Daerah Kulim di mana satu pasukan pertugasnya turut hadir dengan serba kelengkapan termasuk lori untuk menggangkut sampah .

Monday, June 23, 2008

Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan Dipermainkan

PADANG SERAI: Kesal dengan tindakan pihak sekolah tidak mengizinkan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ustazah Siti Ashah Ghazali masuk ke kawasan sekolah.

Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan (PEKHIDMAT) tetap meneruskan Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Kali Kedua pertubuhan tersebut di tempat berasingan. Pengerusi PEKHIDMAT, Ramli Abu Bakar yang ditemui pada majlis tersebut mendedahkan, mesyuarat agong pertubuhan tersebut sepatutnya diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Lela Pahlawan di sini bermula 24 Mei dan berakhir 26 Mei. Bagaimanapun, pihak sekolah menghubungi beliau dua hari sebelum program melarang Ustazah Siti Ashah masuk ke kawasan sekolah. Jelas beliau, apabila perkara itu diminta penjelasan, pihak sekolah sekadar menjawab ‘arahan pihak atasan’.




Beliau yang seterusnya merayu kepada guru besar, bagaimanapun menerima jawapan yang sama. “Perjumpaan kali pertama dengan pihak sekolah iaitu dua minggu sebelum majlis tersebut dan pihak sekolah telah menyatakan persetuju melalui surat yang dikeluarkan,” jelas beliau yang hadir jauh dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menjayakan program tersebut. Tidak mahu bertentangan dengan pihak sekolah, beliau menjelaskan pihaknya mengambil keputusan menyewa khemah untuk mengadakan majlis di tempat berasingan. “Sedikit sebanyak, kekesalan tu sememangnya terasa apabila pihak sekolah buat kami seperti ini. Sepatutnya pihak sekolah memaklumkan kepada kami lebih awal. “Bagi saya, tindakan pihak sekolah boleh dianggap menderhaka kepada kerajaan negeri yang memerintah di Kedah. Ini bagi pendapat sayalah,” ujarnya yang turut memaklumkan program lain tetap diteruskan di sekolah berkenaan dengan bayaran sewa yang dikenakan pihak sekolah.




Bagi Penyelia PEKHIDMAT Zon Utara, Ahmad Kamal Abu Bakar yang menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmian tersebut turut meluahkan rasa kesalnya yang tidak terhingga terhadap tindakan itu. “Kita jangan anggap kita 50 tahun memerintah, kita anggap kitalah paling raja dalam segala raja. Kita manusia biasa, tidak kekal kuasa yang ada pada kita. “Kita akan mati, kuasa akan pergi dari kita. Harta yang banyak kita akan tinggal. Apa yang kita akan bawa? Kain putih, kain kafan itu sahaja,” katanya diawal ucapan.




Beliau turut mengingatkan agar tidak sombong dan berlagak sombong dengan manusia apatah lagi dengan Allah SWT serta tidak bersikap besar diri di atas muka bumi Allah kerana semua manusia akan kembali kepada Allah.“Cuba kita fikir apa yang mereka buat? Lebih teruk daripada beruk!” ujarnya yang nyata sukar membendung rasa kesalnya dengan perkara tersebut. Menurutnya lagi, manusia perlu dikenalkan dengan Islam, bukan Islam Hadhari. Islam jelasnya, adalah agama yang syumul dan bukan agama yang ada had dan hari. Oleh itu, katanya mestilah berpegang kepada Islam yang dibawa oleh Rasulullah.




Diakhir ucapannya, beliau menjelaskan PEKHIDMAT telah ditubuhkan sejak 10 tahun lalu dengan nama asal Barisan Alternatif. Bagaimanapun ia kemudian didaftarkan secara rasmi empat tahun lalu dan menjalankan mesyuarat agongnya secara dwi-tahunan. Sementara itu, Ustazah Siti Ashah yang berucap merasmikan mesyuarat agong tersebut melahirkan rasa sedih dan kesalnya dengan tindakan pihak berkenaan.




Jelasnya, tindakan itu berupa satu penganiayaan yang tidak sepatutnya dilakukan kepada sesiapa sahaja lebih-lebih lagi kepada mereka yang kurang upaya dan sewajarnya dilayan dengan penuh prihatin. Biarpun majlis tersebut dijalankan secara berasingan di bawah khemah, namun suasana muhibbah dan meriah jelas terasa dengan paluan kompang, salawat dan acara memotong kek sebagai simbolik perasmian.

Sunday, June 22, 2008

Assalamualaikum,

Selamat Datang Ke Laman Blog Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Merbau Pulas yang terletak didalam Kawasan Parlimen Padang Serai.

Kami mengalu-alukan sebarang pandangan, cadangan, kritikan dan juga nasihat bagi menjadikan PKWR Merbau Pulas berperanan didalam masyarakat dan penduduk sekitar DUN Merbau Pulas khasnya dan Umat Manusia seluruh Dunia Amnya.

sekian

moderator