Saturday, April 16, 2011

Jasa UMNO Semasa Perintah Kedah......Lu Pikir Lah Sendiri

MB nafi dakwaan SMS

ALOR SETAR - “Apa yang disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) itu tidak tepat.”

Demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung penyebaran SMS mendakwa Timbalan Dekan Kuliyyah Al-Quran Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Mohd Idrus Ismail dilucutkan jawatan manakala pelajar yang terlibat dengan demonstrasi dibuang dari kolej.

Beliau berkata, penyebaran SMS itu sengaja dibuat pihak tertentu yang mahu mengusutkan lagi kemelut yang dihadapi Kuin sejak kebelakangan ini, bermula dengan demonstrasi dan ancaman bom petrol (molotov koktel) baru-baru ini.

“Saya tidak menerima laporan mengatakan pelajar terlibat demonstrasi tempoh hari dikenakan tindakan sehingga mereka dibuang kolej. Ini bermakna dakwaan itu tidak benar,” katanya.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin berkata, pihak pengurusan tidak memecat sebaliknya hanya melucutkan jawatan timbalan dekan terbabit.

“Dalam mana-mana kolej atau universiti, kakitangan termasuk pensyarah tidak boleh menyertai demonstrasi kerana mereka tertakluk pada etika kerja. Kita masih mengekalkan beliau dalam Kuin, cuma diberikan jawatan lain,” katanya.

Menurutnya, Mohd Idrus tidak lagi memangku jawatan sebagai timbalan dekan, namun masih merupakan kakitangan Kuin dan harus mematuhi peraturan kolej.

“Jawatan itu pula bukan kekal, sebaliknya ditukar setiap dua tahun. Ia pertukaran biasa dalam Kuin. Namun khidmatnya terpaksa ditamatkan lebih awal walaupun belum cukup dua tahun kerana disabitkan dengan tindakan yang tidak wajar,” katanya.

Azizan berkata, tidak seorang pun kakitangan mahupun pelajar Kuin dikenakan tindakan disiplin seperti memberhentikan khidmat mereka atau dibuang kolej gara-gara terbabit dalam demonstrasi itu.

Pada 1 April lalu, lebih 100 tenaga pengajar dan pelajar tahfiz Kuliyyah Al-Quran Kuin mengadakan demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Kuin termasuk Menteri Besar.

Demonstrasi selepas solat Jumaat di pekarangan Kolej Kediaman Ar-Raziy itu diadakan bagi membantah tindakan pengurusan kolej mengambil alih sebahagian besar bangunan Maahad Tahfiz untuk dijadikan Sekolah Bestari.

Namun, Azizan sebelum ini menegaskan tiada surat pekeliling dikeluarkan berhubung pemindahan pelajar tahfiz Kuliyyah Al-Quran bagi menempatkan Sekolah Bestari di bangunan Maahad Tahfiz Negeri Kedah.

Azizan percaya maklumat palsu itu didalangi pihak tertentu.

Friday, April 15, 2011

Pemuda PAS lapor SPRM isu penyelewengan STDC

ALOR SETAR, 14 April - Ekoran pendedahan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah berhubung 'perbelanjaan tidak berkepentingan' sebanyak RM7.5 juta Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) yang dilakukan oleh pengurusan yang lalu (di bawah Kerajaan BN), Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar hari ini mengambil tindakan melaporkannya kepada SPRM.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar yang baru, Encik Mohd Azam Awang bersama beberapa AJK Pemuda yang lain telah menyerahkan bukti-bukti berkaitan berupa dokumen bertulis dan cakera padat kepada SPRM.

"Bahan-bahan asas untuk penyiasatan telah diserahkan kepada SPRM, terserah kepada SPRM untuk menyiasat secara terperinci seterusnya mengambil tindakan terhadap pihak tertentu berdasarkan apa yang telah didedahkan oleh Dato' Amiruddin dalam Sidang DUN baru-baru ini," ujar Mohd Azam ringkas selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai penyiasat SPRM.

Dalam Sidang DUN baru-baru ini, Dato’ Amiruddin Hamzah mendedahkan bagaimana STDC telah membelanjakan RM7.5 juta sebagai sumbangan, walhal ianya tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.

Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen terlalu banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).

Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08). Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai ‘tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC’.

Thursday, April 14, 2011

Terkini!!! Stadium Mini Jitra Bakal Diserbu Ribuan Rakyat 16 April Nanti : Live Result Pilihanraya Negeri Sarawak



Terkini!!! Stadium Mini Jitra Bakal Diserbu Ribuan Rakyat 16 April Nanti : Live Result Pilihanraya Negeri Sarawak

Walaupun apa pun keputusan Pilihanraya Umum DUN Sarawak, Insya Allah ia akan lebih baik dari keputusan 2006. Apakah 'anak sulong' PAS bakal lahir di Sarawak?


Marilah kita mengikuti kupasan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang akan diadakan di Stadium Mini Jitra, 16 April 2011, jam 9.30 malam. Turut berceramah bersama beliau ialah Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Azizan Razak dan Ahli Parlimen Padang Terap, YB. Nasir Zakaria.


Asalnya program tersebut adalah taklimat perkembangan kerajaan negeri yang akan diadakan di Taman Tasik Bandar Darul Aman. Oleh kerana pihak polis tidak mengeluarkan permit maka program anjuran kerajaan negeri itu dibatalkan.

Wednesday, April 13, 2011

Kediaman rasmi MB Kedah zaman PAS perintah





Kediaman rasmi MB Kedah zaman PAS perintah
Rumah MB Kedah Seri Mentalon - Dulu & Kini..apa bezanya..??



kuliah mingguan di seri mentaloon
kediaman rasmi yab menteri besar kedah

bulan depan genap 3 tahun pas mentadbir negeri kedah
YAB DS ustaz Azizan menjadikan kediaman rasmi MB
sebagai gedung ilmu
kini rakyat yang membanjiri rumah MB setiap minggu
mencecah 2000 orang
ramai yang sanggup berdiri
malah lebih ramai yang sedia untuk duduk bersila
apa yang penting
ILMU diutamakan
deretan kereta disepanjang jalan ...
kawasan parkir dan terlalu padat
nah .... lihat dan saksikan
dan jom rasai serta timba ilmu
di rumah MB kedah
PASTIKAN ANDA ADALAH ANTARA
YANG DALAM PENGAJIAN INI

50 tahun lalu ..... rumah nie ....
nak masuk pun payah
la ..... tiap minggu rakyat masuk

lalu semua yang hadir berdoa
Ya Allah kekalkan kerajaan pimpinan PAS nie
moga suasana ini akan berterusan
terima kasih YAB DS ustaz Azizan
moga rakyat terhindar dalam belenggu jahiliyah

terima kasih kedah lanie
terus mengiklan kelas pengajian ini
tanpa sebarang bayaran.

yang mai mengaji dapat pahala
yang ajak orang mai lagi banyak pahala yang dia dapat
moga usaha kedah la nie
akan lebih diberkati

JADUAL
SABTU MINGGU PERTAMA - kuliah paksi
SABTU MINGGU KEDUA - USTAZ ZAINAL ASRI - KITAB BAHRUL MAZI 17
SABTU MINGGU KETIGA - USTZ AMINUDIN - HADIS
SABTU MINGGU KEEMPAT - DATO DR HARUN DIN - TASAWUR ISLAM
KULIAH MULA JAM 9.00 PAGI HINGGA 11.30 TENGAHARI

JOM PAKAT MENGAJI SUPAYA KITA TAK JAHIL
ya Allah jangan golongan kan kami dikalangan orang yang jahil

amin

Tuesday, April 12, 2011

Kemungkinan Pilihanraya 13 AWAL....... Bersiaplah kita.....!!!!!

KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak.

Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.

Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji.

Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan.

“Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat,” kata pengetua yang enggan namanya didedahkan.

Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak.

Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan.

Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu.

Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai “ukuran” untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya.

Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak.

ATAS PERMINTAAN RAMAI KAMI DEDAHKAN DOKUMEN INI...

ATAS PERMINTAAN RAMAI KAMI DEDAHKAN DOKUMEN INI...
Khamis, 07 April 2011 09:52 | Ditulis oleh Pengarah | PDF | Cetak | E-mail

Ekoran pendedahan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah dalam Sidang DUN baru-baru ini mengenai laporan oleh pihak Audit terhadap Seri Temin Corporation Developement (M) Sdn Bhd (STDC) berhubung perbelanjaan tidak wajar GLC tersebut sehingga tidak mendapat pelepasan cukai dari LHDN, maka kami telah mendapat desakan dari orang ramai supaya dokumen tersebut didedahkan kepada umum.

Menyedari bahawa maklumat tersebut berhak dikongsi oleh orang ramai yang prihatin terhadap pengurusan GLC di bawah Kerajaan Negeri Kedah dahulu dan kini, maka Warta darul Aman bersetuju untuk menyiarkannya.

Berita lanjut klik link di bawah ni:
http://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=862%3Aatas-permintaan-ramai-kami-dedahkan-dokumen-ini&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=ms

Tahniah MB.... PR memerintah dengan bijak di KEDAH

TAHNIAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH ! SARAWAK TAK MAU KE MACAM NI ?
PKR Gerik, Monday, April 11, 2011

Sehingga penutupan akaun 31 Disember 2010, jumlah Simpanan Tetap Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM268 juta.

1998 : Hanya RM 12 juta

1999 : Langsung tiada simpanan tetap direkodkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri.

Wednesday, April 6, 2011

MB perjelas maksud ungkapan ‘Beruk panjat pokok nyok’

Wednesday, April 6, 2011

ALOR SETAR - Ungkapan ‘Beruk panjat pokok nyok’ yang diucapkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika menggambarkan tindakan Kerajaan Pusat membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir dalam Ops Piramid, mencetuskan kemarahan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Azizan bagaimana pun, pada sidang media selepas Sidang DUN berakhir, memperjelaskan maksud sebenar ungkapan itu.

“Itu hanya istilah orang tua yang bermaksud buat kerja tak habis. Macam kita upah orang naik pokok kelapa, tetapi kita tak bayar upah turun. Maksud saya ialah Kerajaan Pusat bawa pelajar pulang dengan pembiayaan ditaja, tetapi tidak biaya perjalanan pulang,” katanya.

Menurutnya, wakil rakyat BN tidak perlu melenting dengan ungkapan itu kerana ia bukannya sesuatu yang salah, malah digunakan oleh masyarakat terdahulu untuk menggambarkan sesuatu keadaan.

Azizan berkata, tindakan Kerajaan Pusat yang tidak berunding dengan Kerajaan Negeri terlebih dahulu menyebabkan timbulnya banyak masalah lain, termasuk setiap negeri terpaksa mengeluarkan peruntukan bagi kos penghantaran pulang pelajar.

“Syukur Kerajaan Negeri ada peruntukan untuk membiayai perjalanan pulang pelajar dengan menyewa tiga pesawat Egypt Air penerbangan terus KLIA ke Mesir. Perumpamaan itu sekadar gambaran Kerajaan Pusat lepas tangan dalam penghantaran pulang pelajar,” katanya.

Menurutnya, kenyataan pemimpin BN sebelum ini yang mahu negeri-negeri bawah Pakatan Rakyat (PR) mengurus sendiri penghantaran pulang pelajar terbabit diibaratkan sebagai sikap tidak bertanggung jawab.

“Kedah juga sebahagian daripada Malaysia, kenapa pula diberi layanan seperti itu. Lainlah jika negeri bawah BN dan bawah PR adalah dua buah negara berasingan,” katanya.[SH]

Isu disebalik Rakaman ------Video XXXX

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, terdapat bayang ketiga dalam rakaman video fitnah yang disebar di laman You Tube dan internet, yang menunjukkan video berkenaan sengaja dirakam.

Menurutnya, salah seorang daripada trio Dato T, Shazryl Eskay Abdullah, yang menayang video itu kepada beberapa wartawan dan beliau sebelum ini, mendakwa video itu dirakam dalam keadaan gelap menggunakan kamera infrared.

“Terdapat tiga bayang yang jelas dalam video berkenaan yang menunjukkan ada cahaya dari arah kamera itu. Ini membuktikan video itu sengaja dirakam dan diketahui individu dalam video berkenaan,” ujarnya ketika ditemui Keadilandaily hari ini.

Johari juga mengulangi bahawa bentuk tubuh badan Anwar sangat berbeza dengan lelaki di dalam video itu seperti perutnya yang lebih buncit dan dadanya (bahagian tetek) yang menggelendur atau berisi.

“Bahagian tetek (dada) Anwar flat, rata. Tidak berisi seperti itu,” ujarnya.

Sementara itu, blogger eyesdot.com mengemukakan beberapa bukti bahawa video itu sengaja dirakam dengan menimbulkan beberapa persoalan termasuk kedudukan meja solek dalam rakaman berkenaan.

“Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari televisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv?

“Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil,” ujarnya.

Menurutnya, pada saat ke 0.29 hingga 0.32 rakaman video itu, lelaki kedua yang berpakaian penuh dilihat memegang dua alat kawalan jauh.

“Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan ‘record’,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan tulisan berbahasa Thailand yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa bermaksud nama sebuah jalan di Bangkok, Thailand.

“Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand.

“Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran.

“Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambi Chik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat?,” tulisnya. -KD