Wednesday, April 13, 2011

Kediaman rasmi MB Kedah zaman PAS perintah





Kediaman rasmi MB Kedah zaman PAS perintah
Rumah MB Kedah Seri Mentalon - Dulu & Kini..apa bezanya..??



kuliah mingguan di seri mentaloon
kediaman rasmi yab menteri besar kedah

bulan depan genap 3 tahun pas mentadbir negeri kedah
YAB DS ustaz Azizan menjadikan kediaman rasmi MB
sebagai gedung ilmu
kini rakyat yang membanjiri rumah MB setiap minggu
mencecah 2000 orang
ramai yang sanggup berdiri
malah lebih ramai yang sedia untuk duduk bersila
apa yang penting
ILMU diutamakan
deretan kereta disepanjang jalan ...
kawasan parkir dan terlalu padat
nah .... lihat dan saksikan
dan jom rasai serta timba ilmu
di rumah MB kedah
PASTIKAN ANDA ADALAH ANTARA
YANG DALAM PENGAJIAN INI

50 tahun lalu ..... rumah nie ....
nak masuk pun payah
la ..... tiap minggu rakyat masuk

lalu semua yang hadir berdoa
Ya Allah kekalkan kerajaan pimpinan PAS nie
moga suasana ini akan berterusan
terima kasih YAB DS ustaz Azizan
moga rakyat terhindar dalam belenggu jahiliyah

terima kasih kedah lanie
terus mengiklan kelas pengajian ini
tanpa sebarang bayaran.

yang mai mengaji dapat pahala
yang ajak orang mai lagi banyak pahala yang dia dapat
moga usaha kedah la nie
akan lebih diberkati

JADUAL
SABTU MINGGU PERTAMA - kuliah paksi
SABTU MINGGU KEDUA - USTAZ ZAINAL ASRI - KITAB BAHRUL MAZI 17
SABTU MINGGU KETIGA - USTZ AMINUDIN - HADIS
SABTU MINGGU KEEMPAT - DATO DR HARUN DIN - TASAWUR ISLAM
KULIAH MULA JAM 9.00 PAGI HINGGA 11.30 TENGAHARI

JOM PAKAT MENGAJI SUPAYA KITA TAK JAHIL
ya Allah jangan golongan kan kami dikalangan orang yang jahil

amin

Tuesday, April 12, 2011

Kemungkinan Pilihanraya 13 AWAL....... Bersiaplah kita.....!!!!!

KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak.

Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.

Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji.

Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan.

“Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat,” kata pengetua yang enggan namanya didedahkan.

Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak.

Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan.

Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu.

Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai “ukuran” untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya.

Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak.

ATAS PERMINTAAN RAMAI KAMI DEDAHKAN DOKUMEN INI...

ATAS PERMINTAAN RAMAI KAMI DEDAHKAN DOKUMEN INI...
Khamis, 07 April 2011 09:52 | Ditulis oleh Pengarah | PDF | Cetak | E-mail

Ekoran pendedahan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah dalam Sidang DUN baru-baru ini mengenai laporan oleh pihak Audit terhadap Seri Temin Corporation Developement (M) Sdn Bhd (STDC) berhubung perbelanjaan tidak wajar GLC tersebut sehingga tidak mendapat pelepasan cukai dari LHDN, maka kami telah mendapat desakan dari orang ramai supaya dokumen tersebut didedahkan kepada umum.

Menyedari bahawa maklumat tersebut berhak dikongsi oleh orang ramai yang prihatin terhadap pengurusan GLC di bawah Kerajaan Negeri Kedah dahulu dan kini, maka Warta darul Aman bersetuju untuk menyiarkannya.

Berita lanjut klik link di bawah ni:
http://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=862%3Aatas-permintaan-ramai-kami-dedahkan-dokumen-ini&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=ms

Tahniah MB.... PR memerintah dengan bijak di KEDAH

TAHNIAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH ! SARAWAK TAK MAU KE MACAM NI ?
PKR Gerik, Monday, April 11, 2011

Sehingga penutupan akaun 31 Disember 2010, jumlah Simpanan Tetap Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM268 juta.

1998 : Hanya RM 12 juta

1999 : Langsung tiada simpanan tetap direkodkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri.

Wednesday, April 6, 2011

MB perjelas maksud ungkapan ‘Beruk panjat pokok nyok’

Wednesday, April 6, 2011

ALOR SETAR - Ungkapan ‘Beruk panjat pokok nyok’ yang diucapkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika menggambarkan tindakan Kerajaan Pusat membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir dalam Ops Piramid, mencetuskan kemarahan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Azizan bagaimana pun, pada sidang media selepas Sidang DUN berakhir, memperjelaskan maksud sebenar ungkapan itu.

“Itu hanya istilah orang tua yang bermaksud buat kerja tak habis. Macam kita upah orang naik pokok kelapa, tetapi kita tak bayar upah turun. Maksud saya ialah Kerajaan Pusat bawa pelajar pulang dengan pembiayaan ditaja, tetapi tidak biaya perjalanan pulang,” katanya.

Menurutnya, wakil rakyat BN tidak perlu melenting dengan ungkapan itu kerana ia bukannya sesuatu yang salah, malah digunakan oleh masyarakat terdahulu untuk menggambarkan sesuatu keadaan.

Azizan berkata, tindakan Kerajaan Pusat yang tidak berunding dengan Kerajaan Negeri terlebih dahulu menyebabkan timbulnya banyak masalah lain, termasuk setiap negeri terpaksa mengeluarkan peruntukan bagi kos penghantaran pulang pelajar.

“Syukur Kerajaan Negeri ada peruntukan untuk membiayai perjalanan pulang pelajar dengan menyewa tiga pesawat Egypt Air penerbangan terus KLIA ke Mesir. Perumpamaan itu sekadar gambaran Kerajaan Pusat lepas tangan dalam penghantaran pulang pelajar,” katanya.

Menurutnya, kenyataan pemimpin BN sebelum ini yang mahu negeri-negeri bawah Pakatan Rakyat (PR) mengurus sendiri penghantaran pulang pelajar terbabit diibaratkan sebagai sikap tidak bertanggung jawab.

“Kedah juga sebahagian daripada Malaysia, kenapa pula diberi layanan seperti itu. Lainlah jika negeri bawah BN dan bawah PR adalah dua buah negara berasingan,” katanya.[SH]

Isu disebalik Rakaman ------Video XXXX

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, terdapat bayang ketiga dalam rakaman video fitnah yang disebar di laman You Tube dan internet, yang menunjukkan video berkenaan sengaja dirakam.

Menurutnya, salah seorang daripada trio Dato T, Shazryl Eskay Abdullah, yang menayang video itu kepada beberapa wartawan dan beliau sebelum ini, mendakwa video itu dirakam dalam keadaan gelap menggunakan kamera infrared.

“Terdapat tiga bayang yang jelas dalam video berkenaan yang menunjukkan ada cahaya dari arah kamera itu. Ini membuktikan video itu sengaja dirakam dan diketahui individu dalam video berkenaan,” ujarnya ketika ditemui Keadilandaily hari ini.

Johari juga mengulangi bahawa bentuk tubuh badan Anwar sangat berbeza dengan lelaki di dalam video itu seperti perutnya yang lebih buncit dan dadanya (bahagian tetek) yang menggelendur atau berisi.

“Bahagian tetek (dada) Anwar flat, rata. Tidak berisi seperti itu,” ujarnya.

Sementara itu, blogger eyesdot.com mengemukakan beberapa bukti bahawa video itu sengaja dirakam dengan menimbulkan beberapa persoalan termasuk kedudukan meja solek dalam rakaman berkenaan.

“Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari televisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv?

“Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil,” ujarnya.

Menurutnya, pada saat ke 0.29 hingga 0.32 rakaman video itu, lelaki kedua yang berpakaian penuh dilihat memegang dua alat kawalan jauh.

“Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan ‘record’,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan tulisan berbahasa Thailand yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa bermaksud nama sebuah jalan di Bangkok, Thailand.

“Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand.

“Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran.

“Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambi Chik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat?,” tulisnya. -KD

Sidang DUN 12

Sinopsis BEROK NAIK NYOK yang buat Mat Bashah kepanasan...!!!

Wednesday, April 6, 2011
Sinopsis BEROK NAIK NYOK yang buat Mat Bashah kepanasan...!!!
Jenaka Siang Hari...Beruk Naik Nyok... Singkatannya di Indonesia Di Panggil Bay-End!

Sebutannya pak - 'bay-end'... awas ya! biar betul pak, , jangan nyasaran, nanti dimarahin 'ma bosnya! Tapi ini sebutan orang pelosok ajah, Titi Siam, Lorong Siam Jawa Barat, kalo di Kota Jakarta atoo di Kotaraya Pokok Sena, ngak disebut lagi pak... sebuat BN ajah pak ya!...maaf ya pak, canda di siangan ajah pak, ngak ada yang seriiuss!......stop!

Bahasa Melayu kaya dengan perumpamaan. Pejuang dan pendokong parti yang kunun-kununnya berjuang demi memartabatkan bangsa melayu (padahal sebaliknya!) harus lebih faham lagi, kerana bahasa adalah jiwa bangsa. Lenyap bahasa, pupuslah bangsa. Contohnya perumpamaan 'tidak faham bahasa' merujuk kepada orang yang bebal dan tak pedulikan nasihat orang lain. 'Macam lipas kudung' merujuk kepada orang yang berlari dengan pantas bila dikejar. 'Seperti cacing kepanasan' merujuk kepada orang yang tidak dapat berdiam diri lagi atau bahasa orang Kedah 'panas pungkoq'.

Contoh ayatnya - Apabila mereka diberi perumpamaan 'macam upah berok naik nyok' di dalam dewan kerana tindakan tidak bijak yang mereka telah lakukan, mereka seperti cacing kepanasan atau panas pungkoq!

Contoh perumpamaan lain seperti ' beraja di mata bersultan di hati'...merujuk kepada orang yang berbuat sesuka hati seolah-olah dunia ini kepunyaan mak bapak mereka. Contoh ayatnya seperti: Mereka itu dulu beraja di mata bersultan di hati apabila sewenang-wenangnya membelanjakan wang kepunyaan anak syarikat kerajaan negeri untuk kepentingan parti, kelompok dan kroni mereka. Harapkan pagar, pagar makan padi!

Perumpamaan yang menimbulkan keributan di DUN kelmarin ialah 'macam upah berok naik nyok' - naik saja ada upah, turun tak ada - merujuk Ops Piramid yang menguruskan operasi pulang sahaja, proses dan kos menghantar balik diserahkan kepada Kerajaan Negeri bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat. Bagi negeri BN, kerajaan Pusat tanggung semua. Sesuai benarlah perumpamaan itu.

Ada juga ADUN BN menggunakan perumpamaan 'macam berok dapat bunga' dalam dewan kelmarin, tetapi tidak ada orang yang melenting pun, kerana orang faham bahasa tahu, ia merujuk kepada orang yang dapat sesuatu yang dia tak tahu guna. Orang seperti itu hanya ada di sebelah sana!

Tapi bagi pihak-pihak yang 'tidak faham bahasa' khususnya perumpamaan itu tadi, mereka mendakwa MB menuuduh Kerajaan Pusat 'Berok Naik Nyok'. Perkataan 'macam upah' di depannya tak dipedulikan.

Kata MB kepada saya petang tadi "awat depa marah sangat dengan perumpamaan tu...aku tarik balik dah perkataan 'berok' tu dalam dewan kelmarin, ganti dengan 'kera'...depa tak faham bahasa orang tua-tua la kot nooo...biaq pi kat depa lah, dah tak faham nak buat lagu mana"!

...sambung! bay-end pak! ... bay end!... Eh bapak! kok gitu gayanya dikatakan ganteng! Sialan! Bay-end bapak itu ternyata ngak mau kerja lagi, ngapain lagi di sana . Tarik ajah ke bawah pak, untung-untung waktu jatuhnya tu, dibawa nyoknya sekalian!

Muhammad Sanusi Md Nor,
SETPOL MB KEDAH

685 anak Kedah dibiayai pulang ke Mesir

685 anak Kedah dibiayai pulang ke Mesir

ALOR SETAR, 4 Mac 2011 – Seramai 833 orang pelajar-pelajar Kedah telah dibawa pulang oleh kerajaan pusat dalam Ops Piramid berikutan berlakunya rusuhan di Mesir baru-baru ini. Dari jumlah tersebut, seramai 685 orang telah ditanggung pembiayaan penghantaran semula ke Mesir oleh kerajaan negeri.

Kenyataan tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul bagi menjawab soalan ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustaffa.

YB Nasir telah mengemukakan tiga soalan berkaitan penghantaran pulang pelajar-pelajar Kedah ke Mesir yang melibatkan jumlah, kos dan agensi penyumbang sumbangan.

Bercakap di dalam Mesyuarat Kali Ketiga, Penggal Persidangan Yang Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Negeri Darul Aman, YB Dato’ Taulan menegaskan 685 pelajar ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1,858,500.

“Kos penghantaran seorang pelajar berjumlah RM2600 termasuk RM2100 tambang dari Kuala Lumpur ke Mesir dan RM500 untuk duit saku,” katanya.

Pembiayaan tersebut hanyalah melibatkan pelajar-pelajar di bawah Yayasan Islam Kedah, Jabatan Zakat Negeri Kedah dan pelajar-pelajar persendirian. Kerajaan negeri tidak menanggung kos pelajar di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana mereka mempunyai peruntukan untuk tujuan tersebut. Sementara itu pelajar-pelajar yang pulang sebelum berlakunya rusuhan juga tidak termasuk dalam pembiayaan kerajaan negeri, tambahnya,

“Kos pembiayaan tersebut disumbang oleh beberapa GLC, antaranya SADA, PKNK, BDB, Kumpulan Ladang Corporation, Yayasan Islam dan MBI,” terang Dato’ Taulan.

Menyentuh soalan tambahan dari ADUN Belantik, YB Tajudin Abdullah yang mengatakan terdapat pelajar yang tercicir dari mendapat wang saku sumbangan kerajaan negeri iaitu Amirah Abd Hamid dari DUN Belantik. Beliau bertanya adakah sumbangan tersebut tidak menyeluruh dan terdapatnya unsur pilih kasih?

Menjawab soalan tersebut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak menegaskan pelajar tersebut pulang ke Malaysia sebelum Ops Piramid dilancarkan dan tidak termasuk di dalam senarai pembiayaan kerajaan negeri.

Berlaku sedikit kelucuan apabila ADUN Bakar Bata, YB Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanifah membidas bidalan yang dikeluarkan oleh YAB Dato’ Seri mengenai tindakan kerajaan pusat ibarat upah beruk panjat kelapa yang dibayar ketika naik dan tidak dibayar ketika turun.

Kekeliruan tersebut berlaku apabila YAB Dato’ Seri mempertikaikan usaha kerajaan pusat mengambil pulang pelajar-pelajar dari Mesir tetapi tidak mengambil tanggungjawab untuk menghantar semula terutama di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

“Mereka pandai ambil tapi tidak mahu hantar pulang, macam orang upah beruk naik nyok (kelapa), naik dibayar tapi turun tidak dibayar,” katanya disambut dengan ketawa oleh hadirin.

SADA tamatkan khidmat Pos Malaysia

SADA tamatkan khidmat Pos Malaysia
Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 5 April: Syarikat Air Darul Aman (SADA) terpaksa menamatkan khidmat Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) sebagai ejen kutipan bil air di Kedah apabila agensi itu mahu mengenakan kadar komisen bayaran ke atas pengguna.

Tindakan itu diambil setelah kegagalan kedua-dua agensi itu mencapai kesepakatan berhubung rundingan berhubung kenaikan kadar baru menjadikan keseluruhanya 90 sen untuk setiap bil.

"Pos Malaysia memberikan pilihan untuk mengenakan komisen 90 sen itu ke dalam bil pelanggan sekiranya SADA tidak mahu menanggung komisen yang dikenakannya.

"Oleh kerana kita tidak mahu membebankan pengguna dengan komisen itu dan kita membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pembayaran bil SADA di pejabat pos," kata Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi ketika menjawab soalan tambahan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar bata) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, semalam.

Menurutnya, SADA telah telah mengemukakan permohonan meminta agensi terbabit mengkaji semula kadar komisen yang disifatkan terlalu tinggi berbanding kadar 40 sen yang dikenakan ejen-ejen lain seperti bank-bank tempatan, kedai TM dan kedai TNB.

"Rundingan melibatkan kedua-dua pihak menemui kegagalan apabila Pos Malaysia bertegas dan tidak berganjak dengan keputusannya mahu menuntut kenaikan komisen yang dipercayai untuk menekan agensi kerajaan negeri itu.

"Kita yakin Pos Malaysia mempunyai maksud yang tidak baik cuba menimbulkan kemarahan pengguna dan mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan negeri dengan kenaikan tersebut sedangkan di Perak, kadar yang dikenakan untuk kutipan bil Lembaga Air Perak hanya 50 sen dan di negeri-negeri lain kekal 70 sen setiap bil," katanya lagi.

Kata Phahrolrazi lagi, sebagai alternatif untuk tidak menyusahkan pengguna SADA telah membuka kaunter-kaunter bayaran bil di segenap pelusuk negeri sepanjang bulan Mac lalu di samping mengekalkan ejen-ejen sedia ada dan khidmat bayaran bil melalui internet.

"SADA akan membuka lebih banyak kaunter bayaran dari semasa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada pengguna melalui cetakan pada bil SADA, media-media cetak, kain rentang dan makluman melalui ketua-ketua kampung dan biro pengaduan awam.

"Oleh yang demikian kita amat yakin penamatan Pos Malaysia sebagai ejen kutipan tidak akan menyusahkan pengguna sebaliknya akan menghindarkan pengguna dari terus terbeban dengan bayaran bil yang tinggi," katanya.