Monday, November 8, 2010

Masalah Taman Desaku

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Merbau Pulas membantu mencari jalan penyelesaian terhadap kelewatan pembinaan Taman Desaku, Sungai Karangan.
Pengarah PKWR Cikgu Sazali Sudin dan Cikgu Johari telah mengadakan perbincangan dengan Pihak Pemaju ECK Dev. dan Jawatankuasa bertindak Taman Desaku. Ada sedikit kemajuan projek selepas perbincangan tersebut.....

Pimpinan PAS yang menziarahi Jenazah Cikgu Ramli

Terima kasih kepada semua pimpinan dan para pendokong PAS,sahabat, kenalan dan para pengundi DUN Merbau Pulas yang melawat dan menguruskan Jenazah Arwah Cikgu Ramli (Suami YB Ustazah Aishah) - Daripada PKWR DUN Merbau Pulas




Kematian suami YB Ustazah Hajjah Ashah Bt Ghazali (ADUN MERBAU PULAS)





Seluruh kepimpinan PUSAT KHIDMAT DUN MERBAU PULAS serta Pengundi DUN Merbau Pulas mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada YB Ustazah Hajjah Ashah Bt Ghazali, EXCO Kerajaan Negeri Kedah dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Merbau Pulas di atas kematian suaminya,Cikgu Ramli.(4 NOV 2010)

"Kullu nafsi zaa-iqat al-maut..."
"Setiap yang bernyawa PASTI akan merasai mati..."
(Surah Ali-Imran : 185)

Biaqpilah orang kata.... Tapi Kita Buat Keja... Bantu mangsa Banjir

Jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Merbau Pulas Bersama dengan PKWR DUN Alor Mengkudu Membantu Mangsa Banjir......... Tapi dalam media depa (UMNOBN) Dok kata kita tak wat keja......


Monday, October 18, 2010

Matematik Cuti Bersalin 90 hari...daripada 300 hari... sama jugak.. Anak Tiga Orang..!!

18 OCTOBER 2010
Matematik Cuti Bersalin 90 hari...daripada 300 hari... sama jugak.. Anak Tiga Orang..!!
WANITA DITIPU LAGI DEK KERAJAAN BN

PEMBERIAN cuti bersalin sebanyak 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini kepada penjawat awam wanita menimbulkan dua reaksi berbeza. Ketika Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj bersetuju dengan fleksibiliti menentukan sendiri tempoh cuti bersalin, Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi pula berpendapat ia hanya mengehadkan bilangan anak buat wanita bekerjaya.

Mengulas lanjut, Nor Kamariah berkata, mengikut peruntukan itu, cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja.“Sebelum ini, kerajaan memberikan cuti dua bulan dengan peruntukan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan dan bilangan itu bersamaan dengan tempoh cuti bersalin hingga anak kelima. Sekarang, bilangan cuti bertambah, tetapi dengan peruntukan sama 300 hari. Ini bermakna cuti hanya untuk sehingga anak ketiga, jika wanita terbabit mahu mengambil cuti sehingga 90 hari setiap kali bersalin,” katanya.

Bajet 2011 antara lain memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutama anak yang baru dilahirkan. Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan itu tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sementara itu Dr Harlina yang juga Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) juga berharap sepanjang tempoh itu, ibu mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya.

Beliau yang juga berharap kelonggaran juga diberi kepada ibu untuk bercuti beberapa minggu sebelum bersalin berpendapat memberikan penyusuan penuh dalam tempoh tiga bulan pertama dapat membentuk hubungan baik ibu dan anak.

“Bayi pada usia berkenaan lebih kondusif menerima rangsangan, justeru ‘lebih kuat’ untuk ditinggalkan ibu ketika keluar bekerja selepas tempoh cuti bersalin berakhir.

Majikan tidak seharusnya melihat cuti panjang diberi menjejaskan produktiviti organisasi kerana banyak bukti menunjukkan wanita berjawatan penting hari ini, mempunyai anak ramai, tetapi tetap fokus terhadap tugas,” katanya.

Jelaslah kepada kita BN sekali lagi membohongi rakyat. Diwarwarkan Kerajaan BN prihatin tapi sebenarnya tidak. Teringat kes sama sewaktu BAJET Pak Lah;kononnya yuran sekolah dikurangkan kepada dibawah RM 10,tetapi sebaliknya bayaran lain seperti PIBG,Sukan dimasukkan. Yang jelas Bajet BN adalah Bajet Bini Najib;Rakyat terus ditipu.

Air: Umno takut penyelewengan terbongkar

Mohd Ali Hashim

PERMATANG PAUH, 18 Okt: Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah membidas Umno negeri yang cuba menjadi juara dalam memburukkan kerajaan negeri setelah penyelewengan dalam isu air didedahkan.

Katanya, kenaikan tarif air di negeri Kedah adalah suatu pelarasan yang telah dilakukan setelah 17 tahun lalu bagi menampung kos yang semakin meningkat dalam pengurusan air tersebut.

Pada akhir September yang lalu Syarikat Bekalan Air Darul Aman (Sada) telah mengumumkan kenaikan tarif air di negeri Kedah setelah mendapat kelulusan dari Kerajaan Pusat.

"Kerajaan Pusat melalui Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air dan Kadar Bekalan Air Negeri Kedah 2010 telah menetapkan tarif air ini. Mereka juga yang memberi kelulusan terhadap kenaikan ini.

"Oleh kerana itu Umno tidak harus menuding jari kepada Kerajaan Negeri. Sebenarnya mereka takut penyelewengan yang telah mereka lakukan terbongkar," ujarnya lagi ketika menyampaikan ceramah isu semasa di markas PAS Kampung Pelet, Penanti, kelmarin.

Amiruddin yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, antara penyelewengan yang telah dikenal pasti berlaku ialah kos pembinaan loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai.

Bagi projek pembinaan di Lubuk Buntar kos sebenar adalah dalam lingkungan antara RM25 juta hingga RM30 juta sahaja. Namun begitu apa yang tertera ialah peningkatan mendadak sehingga RM65 juta.

Kos pembinaan loji pembersihan di Padang Sanai pula apa yang menjadi kesangsian ialah kos yang sebenarnya antara RM50 juta hingga RM60 juta, telah melambung sehingga RM155 juta.

"Ini semua adalah antara penyelewengan yang berlaku semasa Kerajaan Negeri belum dikuasai oleh Pakatan Rakyat lagi. Oleh kerana itu kita amat mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap adil dan cekap dalam menangani masalah ini setelah ianya dipaparkan melalui pelbagai sumber dan saluran," tegasnya lagi.

Tuesday, September 21, 2010

YB Ustazah Aishah Melawat Mangsa Ribut





LabU Besar - 20 September Beberapa Buah kampung di sekitar Labu Besar telah dilanda ribut. Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Banggul Penyengat, Padang Ubi dan Ladang Bukit Sedim. YB Ustazah Aishah yang meluangkan masa bersama dengan penduduk kampung yang terlibat melahirkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa mereka. Beliau menasihatkan para mangsa bersabar menghadapi dugaan dan cubaan daripada Allah dan bersama mengajak penduduk agar bermuhasabah mengapa kejadian ini menimpa mereka. YB Ustazah seterusnya mengharapkan agar pihak MKK dan penduduk kampun g dapat bergotong-royong untuk membaiki rumah yang rosak. Sebagai tanda simpati pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN merbau Pulas juga telah men yampaikan sumbangan kepada mengsa ribut.




Monday, September 20, 2010

Sekitar Jamuan Hari Raya DUN Merbau Pulas




Labu Besar- 19 september 2010. Majlis Sambutan Hari Raya DUN Merbau Pulas telah diadakan di Tapak masar Malam Taman sena, Labu Besar. Majlis yang meriah ini telah dirasmikan oleh YB ustazah Aishah Ghazali ADUN Merbau Pulas.Dianggarkan seramai 3000 orang mengunjungi majis yang diadakan ini. Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat dengan kerjasama UPU Bagan Sena ini mencerminkan semangat perpaduan danmemperlihatkan sambutan dan sokongan dari pelbagai kaum.
Turut Hadir dalam majlis ini ialah ketua-ketua jabatan khususnya YDP majlis Perbandaran Kulim, Pengarah JKM Kedah serta kakitangan JKM Kulim,
Dlam ucapan ringkasnya, YB ustazah Aishah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis sambutan dan penghargaan kepada penduduk LabuBesar yang memberikan sokongan dan kerjasama.
YB ustazah juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan penduduk dan meraikan kanak-kanak dengan sumbangan duit raya.









Tuesday, September 7, 2010

Hospital Kulim terima Hamper Raya dari Pej. MB

Hospital Kulim terima Hamper Raya dari Pej. MB
SUMBANGAN HAMPER UNTUK PESAKIT-PESAKIT HOSPITAL KULIM DARI PEJABAT YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN.
Catatan oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
26 RAMADAN 1431 - ISNIN - 6 SEPTEMBER 2010
Kira-kira jam 9 pagi, saya ditemani isteri dan anak untuk mendapat rawatan susulan penyakit tegar. Untuk bulan Ramadan ini kali ke tiga mendapat rawatan. Ketika sampai dihadapan hospital, saya nampak hamper bag yang banyak diturunkan oleh beberapa pekerja dari van dan diletakkan dihadapan pintu utama hospital dan diletakkan diatas troli. Dari hamper beg tersebut saya dapat agak dan jangkakan dengan tepat, ianya mesti sumbangan dari pejabat YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman, sempena pesakit untuk menyambut hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.
Benar jangkaan saya apabila saya cuba mendapat maklumat dari pekerja-pekerja tersebut, sengaja saya kemukakan,”MB tak datang”. Ya! Jawab petugas tersebut. Terus saya ajukan, “Ustazah Ashah dan Ustaz Hasan Razak ka yang nak sempurnakan sumbangan tu”. Ya! Dari mana Pak Long Tau? Saya cuma agak-agak saja. “Inshaallah sekejab lagi sebaik selesai saya di kaunter pendaftaran mendapat rawatan doktor saya akan kesini mudah-mudahan dapat bertemu Ustaz dan Ustazah sebelum program dimulakan jam 10 pagi. Sebelum pukoi 10 Pak Long mai, Ustaz Hassan mesti sampai, dia dalam perjalanan. Pak Long besa ka dengan Ustaz dan Ustazah. “Entahlah dulu-dulu saya mengenali, takat jadi Adun dan Exco, Pegawai Khas MB, la ni tak tau la”.
Saya kembali kira-kira 40 minit kemudian, nyatalah dari jauh saya nampak Pegawai Khas Perhubungan Awam & Politk Kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman, Yang Berbahagia Ustaz Haji Hassan Razak sedang menghubungi sesaorang dengan hpnya. Bila saya menghampirinya ia sebenar-benar mengenali saya dan bersalaman erat serta menyapa menaya khabar isteri saya yang dikenalinya. “Tak mengajar hari ni”. Sekolah cuti kan. Saya menjawab pertanyaannya kehospital hari ini adalah untuk temujanji rawatan lanjut jantung dan penyakit supermarket yang lain, itlah jawapan lengkap penyakit saya alami. Info dari Ustaz Hassan adalah sebahagian ubat penymbuh penyakit dihadapi saya sekarang.
Ustaz Hassan yang saya kenali lebih dari 20 tahun, adalah orang yang sama seperti sebelum menjawat jawatan pegawai kanan dibawah YAB MB. Sah maklumat balas dari Ustazah Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat juga Adun Merbau Pulas (Adun saya sendiri) tidak dapat hadir untuk menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan hamper kepada pesakit-pesakit. Saya jelas terdengar percakapan Ustazah dengan Ustaz Hassan. “Ustaz tolong sampaikan salam ana banyak-banyak kepada semua pesakit di wad Hospital Kulim sebab tak dapat menunaikan program tersebut kerana menghadapi halangan yang syarai, sampaikan salam dan pohon maaf ana dengan Pengarah dan pegawai-pegawai yang lain tak dapat hadir.
Jadi ana wakilkan Ustaz Hassan menyempurnakan sumbangan tersebut bagi pehak ana”. Ustaz Hassan menerima mewakili bagi pihak Ustazah Hajjah Siti Ashah. Hatta katanya kedatangannya adalah mewakili bagi pehak YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak untuk menyempurnakan sumbangan hamper Aidil Fitri dari Pejabat YAB Menteri Besar khususnya Ustaz Azizan sendiri di Hospital Kulim hari ini.
Kehadiran Ustaz Haji Hassan Razak Pegawai Khas Perhubungan Awam & Politk Kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman mewakili YAB DS Ustaz Azizan Razak dan Ustazah Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, disambut dengan baik dan penuh mesra oleh Pegarah Hospital Kulim Dr Asmayani Binti Khalid, Pengarah O&G Dr Kamaludeen, Metron, Sister dan pegawai-pegawai yang lain mengiringi Wakil YAB MB dan Ecxo Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dari satu wad ke wad yang lain, ianya amatlah mesra bertepatan dengan Ramadan yang penuh berkat dan rahmat itu dalam menghulur hamper kepada pesakit.
Sebaik saya sendiri selesai hampir 2 jam berdepan dengan beberapa doktor yang merawat susulan penyakit saya, saya diajak oleh isteri untuk kewad ditingkat satu, untuk melihat pelajarnya yang telah 4 hari mendapat rawatan di hospital. Setibanya diwad ditingkat 1, betapa besarnya hati saya apabila melihat beg-beg hamper yang saya tengok diawal tadi dihadapan pintu utama hospital, kini berpindah tempat letaknya disetiap lokal pesakit. Alhamdulillah. Dikalangan pesakit tersebut terdapat seorang yang saya kenali yang tinggal di Bukit Karangan. Ia berkata kepada saya, “Ia berasa besar hati dan bangga kerana menerima hamper dari Ustaz Azizan MB dan Wakil kami yang disampaikan oleh Ustaz Hassan”. “Saya tau MB sebok 1Kedah sedangkan kami sedia maklum Cikgu Haji Ramli suami Ustazah wakil kami sedang sakit kuat dah lama, kami tidak taroh hati kepada Ustazah kerana kami mengetahui keadaan suaminya”.
Sayangnya oleh kerana saya juga adalah pesakit dan pelanggan setia Hospital Kulim bersama isteri, disini saya mengambil peluang salam sejahtera ampun maaf dan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri kepada seluruh warga Hospital Kulim. Khususnya diatas layanan mesra dengan mengiktiraf diatas kesempatan Pejabat YAB MB menghulurkan sumbangan beg hamper kepada pesakit di Hospital Kulim. Benar-benar kearah KEDAH SEJAHTER, adanya.
26 RAMADAN 1431 - ISNIN - 6 SEPTEMBER 2010

Monday, August 30, 2010

Penyampaian Hadiah Program Keceriaan Masjid

29/8/2010 - Penyampaian hadiah Program Kecerian, Kebersihan dan Keceriaan masjid yang julung kali diadakan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Merbau Pulas telah diadakan di Masjid Al Furqan Sungai Ular. Perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah Kulim, Syeikh Radzi Abdul Mutalib.
Program ini diadakan untuk melahirkan kesedaran tentang kebersihan dan keceriaan disamping untuk mengimarahkan masjid dengan program-program ilmu. Diharapkan juga dengan program ini pihak AJK masjid seluruh DUN Merbau Pulas dapat mengekang masalah sosial yang kian meruncing dengan menganjurkan program-program yang boleh menarik minat remaja ke masjid.
Sebanyak 13 buah masjid dalam DUN Merbau Pulas menyertai program ini dan penilaian yang dibuat oleh jawatankuasa program telah memilih Masjid An Najjah Padang Serai sebagai Juara, tempat kedua Masjid Kelang Lama dan tempat ketiga Masjid Al Furqan Sungai Ular., masing masimg menerima wang tunai RM700, RM500 dan RM300.