Wednesday, May 12, 2010

Keluarga Miskin Dapat Bantuan Rumah



Keluarga Miskin Dapat Bantuan Rumah

“Saya tidak sangka dan amat bersyukur kepada Allah kerana saya telah mendapat bantuan sebuah rumah dari Y.B Che Uda Che Nik, Ahli Parlimen Sik. Terlalu besar bagi saya bantuan rumah ini kerana bagi saya yang miskin dan hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana walaupun bantuan Rm satu ringgit pun dah besar bagi orang susah macam kami.” kata saudara Sobri Mamak salah seorang penerima bantuan rumah dari PKWR Parlimen Sik.
Ahli Parlimen Sik, Y.B Che Uda dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat dalam gotong royong membina rumah saudara Sobri dan insyaallah berharap agar progranm bantuan rumah ini akan dapat kita teruskan di kampung-kampung yang lain dalam Daerah Sik. Beliau juga juga mengucapkan terima kasih kepada Y.B Ustazah Aishah kerana sudi datang untuk merasmikan rumah saudara Sobri.

Y.B Ustazah Hajjah Siti Aishah Bt Ghazali Exco Kebajikan Negeri kedah dalam perasmiannya mengucapkan tahniah kepada PKWR Parlimen kerana boleh memberi bantuan rumah dan sebagainya kepada penduduk Sik. Program-program sebegini akan dapat membantu Kerajaan negeri Kedah dalam membasmi kemiskinan dalam negeri Kedah. Turut serta dalam majlis itu, Y.B S. Manikumar -Exco Pelancongan Dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kedah.

Bersama Ustazah Aishah melawat keluarga miskin





Bersama Ustazah Aishah melawat keluarga miskin
Kelmarin lepas selesai majlis Perasmian Hari Kesihatan Sedunia peringkat Negeri Kedah di Hospital Yan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah, bersama Ustazah Aishah, Exco Kebajikan Masyarakat berkesempatan menziarahi Tok Kah yang dah lama duduk bersendirian di Kampung Kuala Bangka setelah kematian suaminya.

Tok Kah atau nama sebenarnya Atikah Md Isa amat memerlukan sebuah rumah yang selesa untuk dia berteduh memandangkan keadaan rumahnya yang amat uzur. Kehadiran Ustazah Aishah memberi harapan baru buat Tok Kah, Ustazah akan berusaha mendapatkan bantuan membina sebuah rumah baru melalui program basmi kemiskinan negeri. Moga hasrat Tok Kah duduk rumah baru akan tercapai, insyaAllah.


Selepas itu, kami menjenguk keluarga Ismail Said di rumah mereka yang usang di Kampung Tualang, Bukit Besar. Keluarga ini mempunyai seorang anak istimewa, Nor Azreene yang berusia 12 tahun.

Ismail mempunyai masalah jantung yang gagal berfungsi dengan baik, tak boleh kerja berat. Isterinya ambil upah menjahit untuk sara persekolahan anak-anak mereka termasuk seorang yang berada di universiti. Keluarga ini bernasib baik kerana dapat bantuan bulanan JKM, boleh buat belanja keperluan harian.

"Rumah mereka tak boleh dibaiki lagi, terlalu uzur. Kita akan bantu keluarga ini untuk dapatkan rumah yang lebih selesa," kata Ustazah.

"Kerajaan Negeri sentiasa ambil berat masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama golongan yang memerlukan bantuan,kita akan fikir bentuk bantuan yang akan diberikan supaya depa dapat hidup dengan lebih baik dan sempurna," ujarnya.

DICATAT OLEH YBMOHD FIRDAUS JAAFAR
MP Jerai

Penghulu dan Ketua Kampung mesti lebih berperananan



Penghulu dan Ketua Kampung mesti lebih berperananan
Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM ;;;

GUAR CHEMPEDAK – Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyeru kepada penghulu serta ketua kampung agar lebih bertanggungjawab dalam mendafar penduduk dengan e-Sinar bagi memastikan tiada rakyat terpinggir dalam menerima bantuan yang disalurkan oleh kerajaan.

Katanya, adalah menjadi masalah kepada kerajaan untuk menyalurkan bantuan Kafalah kerana masih ramai penduduk yang tidak berdaftar dengan e-Sinar.

Skim Kafalah yang telah diperkenalkan Januari 2010 bertujuan membantu golongan miskin dalam meringankan beban kewangan apabila berlaku kematian di kalangan ahli keluarga.

Ketua kampung perlu memastikan penduduk yang miskin telah mengisi borang e-Sinar, kemudian dihantar ke pejabat penghulu serta Pejabat Daerah, dan seterusnya ke Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk dikeluarkan kad.

Apa yang mengecewakan beliau, masih terdapat penghulu yang bersikap tidak bertanggungjawab terhadap amanah menjaga kebajikan rakyat.

“Dalam syarat Kafalah, penerima mestilah berdaftar dengan e-Sinar, masalahnya sekarang, ramai yang tak daftar. Penghulu kena pastikan borang e-Sinar yang telah diisi dihantar ke Pejabat Daerah dan proses seterusnya dapat dilaksanakan.

“Saya tak mahu macam sesetengah tempat yang borang ini disimpan di pejabat penghulu, maka rakyat yang layak tak berdaftar. Kita perlu amanah dan adil dalam menunaikan tanggungjawab. Ini adalah kebajikan, katakanlah orang itu layak menerima bantuan, tapi kita simpan borang dia, mahukah kita jawab di akhirat kelak? Ini adalah amanah,” katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Skim Kafalah Daerah Yan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak.

Tambah beliau, bagi tiga bulan pertama, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM900,000 bagi pengagihan Skim Kafalah dan ianya telah disalurkan ke setiap akaun wakil rakyat.

Pada majlis itu, seramai 210 penduduk daerah Yan menerima sumbangan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah Yan berupa bantuan kewangan, kerusi roda dan basikal.

Sementara itu seramai 43 keluarga dari daerah Yan telah menerima sumbangan Skim Kafalah.

100 ribu dijangka saksikan ‘Belon udara panas’



ALOR SETAR: Dijangka lebih 100 ribu pelancong akan membanjiri Taman Jubli Emas di sini bagi menyaksikan ‘The Royal Kedah International Hot Air Balloon Festival 2010’ yang julung-julung kali diadakan di sini selepas Putrajaya.


Penaung Festival ini Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz dalam sidang medianya berkata, festival ini akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Festival diadakan selama tiga hari mulai 28 hingga 30 Mei ini akan disertai oleh negara luar termasuklah New Zealand, Jepun, Belgium, Thailand, Perancis dan juga negara tuan rumah Malaysia.

Selain warga tempatan adalah dijangka pesta ini akan berjaya menarik pelancong daripada negara jiran seperti Thailand dan Singapura datang ke Kedah.

Sebanyak sepuluh buah belon akan melakukan penerbangan bermula seawal jam 6.30 hingga 9.00 pagi manakala sebelah petang dari jam 5.30 hingga 7.30 malam. Kapasiti setiap belon yang naik hanya muat tiga orang termasuk juruterbang..




Bagaimanapun kelancaran program ini bergantung kepada keadaan cuaca pada tarikh tersebut kerana belon udara panas ini akan terbang mengikut arah angin dengan kelajuan tidak melebihi 15 knot dengan ketinggi 50 hingga 100 kaki dan akan mendarat sejauh tujuh kilometre di atas kawasan lapang, padang bola atau jalan raya.

Katanya, juruterbang yang akan mengemudi belon udara panas ini didatangkan dari luar dan dalam negara dan mereka adalah penerbang professional dan mempunyai lessen dalam bidang ini.

Sepanjang pesta berlangsung sekitar taman Jubli Emas akan diadakan pelbagai aktiviti seperti para glider, payung terjun, go kart, pentas kebudayaan, pameran dan jualan usahawan kecil. Untuk ini khemah-khemah disediakan untuk disewakan kepada pihak-pihak yang ingin mengadakan pameran dan jualan produknya.

Program ini anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Rozad Creative. Lain-lain agensi yang terlibat ialah Jabatan Kerja Raya, SADA, MBAS, Kementerian Pelancongan Malaysia, Tourism Malaysia, Yayasan Sultanah Bahiyah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3),Lembaga Perlesenan Kenderaan Persekutuan, Transnasional, Mara Liner dan Mada.


“Orang ramai terutama penduduk negeri Kedah sendiri diharap datang beramai-ramai menyaksikan pesta belon yang berprestij ini kerana Kedah merupakan tempat kedua diadakan pesta ini di Malaysia,” katanya.

Orangramai yang ingin merasai pengalaman naik belon udara ini dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 dan yang berminat boleh menghubungi Tuan Syed Shafulamin Syed Ahmad Fuzi (013-6444464) di Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah atau Rozad Crative di talian 019-3301003 (Zulhelmi Salman), 019-6472477 (Abu zarim Abu Talib) dan 016-2117350 (Diana Daud).

Dua pusat hemodialisis baru di Kedah

Dua pusat hemodialisis baru di Kedah

ALOR SETAR 11 Mei - Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) akan membuka dua lagi pusat rawatan hemodialisis tahun ini di Kedah iaitu di Gurun dan Sungai Petani yang membabitkan kos kira-kira RM1.6 juta.

Pengerusi Yayasan itu, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim bertitah, pembukaan pusat itu disebabkan jumlah pesakit yang semakin bertambah kerana buat masa ini YSB hanya mempunyai sebuah pusat hemodialisis di Alor Setar.

Pusat Hemodialisis Tunku Sarina yang beroperasi sejak tahun 2006 mempunyai 16 buah mesin dan tidak mampu menampung pesakit yang ramai, titah baginda kepada pemberita di sini hari ini.

"Di pusat itu, kita mempunyai kira-kira 57 pesakit dan jumlah itu tidak termasuk senarai menunggu. Pesakit dikenakan caj minimum dan bergantung kepada keupayaan mereka membayarnya," titah baginda lagi. - Bernama

Lompat Parti Masuk UMNO : Bukan 61 tetapi 6100...!!!??

12 MAY 2010
Lompat Parti Masuk UMNO : Bukan 61 tetapi 6100...!!!??
Cerita ‘61 PAS masuk Umno’: Media BN kira sekali dengan beruk, lutong, jebon…

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Setar saya dihujani pertanyaan bertalu-talu mengenai berita berikut:

ALOR SETAR 11 Mei – Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.

Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, tindakan ahli-ahli Pas itu di negeri ini hanya satu permulaan kerana beliau mendapat tahu lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian tidak lama kerana berasa terpedaya dengan gelagat para pemimpin Pas.

Di samping berita tersebut disiarkan di akhbar-akhbar primitif pro BN, ia juga dilaporkan dalam siaran berita. Cuma sejak akhir-akhir saya agak renggang dengan berita tv sebab pembohongannya berkali ganda dari lalu.

Beberapa fakta tidak betul dalam laporan tersebut. Antara disebut: Pas dalam Bahagian Alor Setar sebenarnya tiada ‘Bahagian’ dalam Pas. Jawatan Timbalan Ketua Pas Cawangan juga tiada dalam Pas. Satu lagi disebut Cawangan Akar Penyengat, tiada kampung dalam kawasan Alor Setar bernama Akar Penyengat. Yang ada Akar Peluru, tapi Akar Peluru tiada cawangan Pas. Laporan oleh media primitif BN itu sangat bercelaru. Maklumlah sebuah laporan bohong, jadi pembohongan pun bertali temali.

Saya terfikir barangkali yang dimaksudkan Akar Penyengat ialah Alor Penyengat, lalu saya menghubungi seorang aktivis PAS di Kampung Alor Penyengat untuk mendapat penjelasan. Rupanya betul Abu Bakar Hussain adalah bekas ahli biasa Pas cawangan tersebut. Dia bukan orang penting, ada pun tak genap, tiada pun tak kurang. Cuma dia seorang sahaja bekas ahli PAS yang sertai Umno di kalangan 61 orang yang dilaporkan itu. Manakala 60 orang lagi tu mungkin depa kira sekali dengan kera, lutong, mengkarong, pokka, merang dan jebon. Sebenarnya ada sebab orang tua tu masuk Umno tapi malaslah nak cerita kat sini, satgi nampak macam dia tu besag sangat. Cukuplah aku kata orang tua ni jenis ‘cari makan’ jugak, aqidah pun longgaq, ada habuan sikit pejam mata pii lah, balaihhh. Cuma kesianlah nak hidup pun tak berapa hari dah, silap haribulan mati dalam parti tong taik tu..lantak pii lah hang yang pi cari.

Media mereka laporkan cuma 61 orang ‘keluar parti’. Sikit sangat. Sepatutnya laporkan 600 orang baru berbaloi nak bohong. Macam di Kulim kelmarin dulu kononnya 1700 orang PKR India masuk MIC, walhal ahli PKR India di cabang (bahagian) tersebut tak sampai pun 500 orang. Sekali lagi depa kira dengan berok, ular, bewak, tenggiling, katak dan menatang gemuk pendek hak dok serondoi tu. Kalau orang yang masuk MIC tak sampai banyak tu. Yang terima borang tu pulak Dato’ Mat Bashah. Bila pulak dia jadi Pengerusi MIC Kedah? Walaupun memang dia layak jadi ahli MIC tapi kenalah keluaq Umno dulu baru boleh masuk MIC.

Sebenarnya ‘bakal MB Kedah’ Dato’ Mat Bashah berada dalam keadaan tertekan sekarang ni apabila ramai ahli Umno Bahagian Alor Setar keluar parti dan masuk PAS. Di Taman Wira hari tu 65 orang masuk PAS (diketuai oleh JKKP Pak Pin) dan berikutnya di Alor Mengkudu 55 orang lagi Umno masuk PAS (diketuai oleh Naib Ketua Umno cawangan Alor Keriang).

InsyaAllah 28 Mei ini bertempat di Taman Wira Mergong akan ada lagi majlis penyerahan borang Umno masuk PAS. Siapa ketuanya..tunggu dan lihat. Pasti mengejutkan! Kita rodak habis-habisan untuk pastikan PRU ke 13 nanti BN tertungging kat Bakar Bata… di samping tertiarap juga kat Pusat.

Wednesday, May 5, 2010

Isu Semasa Team Merbau Pulas

Merbau Pulas Menang dengan team Tmn Senangin 4 - 1 pada 30.4,2010

Merbau Pulas Sedia hadapi Piala YAB MB KEDAH



Perkembangan terkini bolasepak Piala YAB MB.Team setakat ini keputusan membanggakan dan perentasi bertambah baik kata Jurulatih Saudara Mansor..teim M.P menang 3-1 bertemu dengan staf MPK di padang Stidum Keladi.

Sunday, April 25, 2010

Friendly Match Team DUN M/Pulas VS Staff Politeknik

Kulim 25/4/2010 Perlawanan persahabatan Team Bolasepak DUN Merbau Pulas diadakan di Padang Politeknik Sultanah Bahiyah. perlawanan ujian ini menentang Team Staff Politeknik yang berkesudahan Team DUN MP menang dengan 2 - 1. Para pemain tidak dapat menunjukkan skill dan kebolehan yang diharapkan kerana keadaan padang yang becak dan dipenuhi air. Perlawanan ujian seterusnya ialah pada 2 Mei 2010 menentang Team Student Politeknik.




Sunday, April 18, 2010

UNGGULKAN PASUKAN DUN MERBAU PULAS


Permilihan sesi ke 2 di Sek Men Tunku Panglima Besar Kulim.


Lari bagi kuat otot kaki...


Taklimat Oleh Urussetia...


Waktu panas kan badan....