Monday, August 24, 2009

MB: ADUN Lunas akan digugurkan


MB: ADUN Lunas akan digugurkan

kemaskini 6.41pm Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah esok untuk memaklumkan permintaan PKR supaya ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan exco.

"Atas kuasa Tuanku untuk melantik dan juga menggugurkan mana-mana exco. Saya akan sembahkan permintaan daripada PKR supaya dia digugurkan.

"Kerusi itu kekal kuota PKR kecuali PKR kata berilah pada sesiapa sahaja," kata Azizan.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim di Wisma Darul Aman di Alor Star, Azizan berkata Pakatan Rakyat bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat tindakan Mohd Radzhi termasuk pilihan raya kecil.

Mohd Radzhi, yang dilantik memegang portfolio exco pelancongan, pembangunan masyarakat dan sumber manusia selepas memenangi pilihan raya umum tahun lepas, mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas hari ini atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.

Dalam sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini, Mohd Radzhi berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan exco.

Sementara itu, Ahmad berkata PKR kesal sikap tidak bertangungjawab Mohd Radzhi yang keluar parti.

"Khabar angin dia hendak melompat telah lama kedengaran tetapi mengapa dia pilih hari ini untuk keluar parti. Ia tidak lain untuk melemahkan PKR dan merendahkan pimpinan PAS Kedah," kata Ahmad.

Ahmad berkata PKR akan meminta Mohd Radzhi meletak jawatan sebagai ADUN Lunas kerana beliau menang bertanding atas tiket parti itu.

Kedah mempunyai lima ADUN dari PKR dan tiga daripadanya termasuk Mohd Radzhi dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.

PAS mempunyai 16 ADUN dan tujuh daripadanya dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri. BN pula mempunyai 14 ADUN, manakala DAP hanya mempunyai seorang ADUN.
BERNAMA

Thursday, August 20, 2009

Selamat menyambut Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan

Ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua pelayar, pembaca, pengundi dan Umat Islam DUN Merbau Pulas
Banyakkan amal, kurangkan politik ...Solat Tarawikh Ibadah Bukan Adat.... So... penuhkan masjid dan surau di tempat anda.

Daripada
YB Ustazah Aishah dan Warga Kerja PKWR DUN Merbau Pulas

Monday, August 17, 2009

Pelajar cemerlang dapat banglow RM130,000

Pelajar cemerlang dapat banglow RM130,000
Oleh Salmah Mat Husain, Foto Rizal Tahir

PENGKALAN CHEPA, 17 Ogos: Mungkin Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM sebuah banglow berharga RM130,000.


Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.

Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah.

Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.

Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis bersejarah itu Ketua Eksekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, Pengurus Besar Binaraya PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman, serta beberapa pegawai kanan PKINK.

Nik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya.

Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.

Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan termasuk karpet.

Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. _

Bagi Depa Faham Islam......................

wak albanjari: BERITA SENSASI YANG TAK SEMPAT SIAR TADI : Insiden Shahrizat berjumpa TGNA dan TGHH kerana TIDAK PUAS HATI KEPADA PAS ???

Dari kunjungan hormat muslimat PAS/PR ke kem BN pagi tadi memaklumkan berlaku pertikaman lidah antara Wanita Umno yg diketuai oleh Shahrizat yg memeprtikaikan TGNA membela DAP yg jelas menghina ISLAM.

Lalu bagi meredakan keadaan, muslimat telah membawa sendiri Shahrizat berjumpa TGNA untuk bertanyakan 1 to 1, untuk beliau menzahirkan rasa TIDAK PUASHATI beliau kepada Tuan Guru.

TGNA menjawab, DAP HINA ISLAM, betullah..kerana mereka tak faham islam, cakap kampungnya begitulah..berbeza dgn UMNO yg faham ISLAM tapi tak mahu pada ISLAM..so apa nak riuhkan DAP hina ISLAM, depa memang tak pahe..setelah mendapat jawapan TGNA, Shahrizat tunduk malu dan meninggalkan kem dengan rasa yg berbalam-balam, tunggu apa TV3 malam ni nak goreng plak..isu ini..

TAKBIRR !!

Salam penutup bicara dari wak albanjari untuk semua, buat pengundi N11 - UNDI PAS..Ingat TOLAK BN...! Jangan bagi muka..kepada mereka !!

(*) sumber dari Ketua Muslimah Ustazah Pn. Atirah..untuk ABO

Satu Lwn Satu - PRK Permatang Pasir



2 Tuan Guru Hadir memberi sokongan dan semangat

ATU LAWAN SATU.... Calon PAS, Salleh Man (kiri) bersalaman dengan calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman (kanan) selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam di Pulau Pinang hari ini.

Semangat PEMUDA PR........................... TAKBIR

Saturday, August 15, 2009

Permatang Pasir: Salleh Man lawan Rohaizad

Permatang Pasir: Salleh Man lawan Rohaizad

PERMATANG PASIR, 14 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Dengan pengumuman ini, beliau akan bertanding melawan calon BN, Rohaizad Otman, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.

Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas.

Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos._

Friday, August 14, 2009

Ceramah... Pakat Mai Ramai-ramai

Friday, August 7, 2009

penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar IPT

Pelajaran adalah amanah yang perlu digalas.

Kulim - seramai 24 orang pelajar yang mendapat tawaran ke IPTA mendapat bantuan antara RM 200 hingga RM400 seorang daripada YB Ustazah Hjh Siti Aishah pada Majlis yang diadakan di Pejabat PKWR Dun Merbau Pulas.

Menurut YB, bantuan ini adalah sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri atas pengorbanan dan peranan ibu bapa di dalam mendidik dan mengasuh anak-anak untuk kemajuan anak-anak. Sumbangan ini juga dapat mengurangkan bebanan ibu bapa yang berpendapatan rendah.

Ini juga merupakan salah satu cara kerajaan negeri Kedah menggalakkan remaja ntuk berusaha bagi meningkatkan kualiti pembelajaran agar menjadi manusia berguna di suatu hari nanti.

YB juga mengharapkan agar ibu bapa dapat memberikan perhatian dan mengambil berat kepada anak-anak dalam menangani masalah sosial yang semakin membimbangkan.

Akhir sekali YB menasihatkan semua pelajar agar dapat menumpukan perhatian semasa berada di IPT dan membuang sikap belajar sambiil lewa dan tidak terlibat dengan aktiviti yang boleh mencemarkan maruah diri dan keluarga.

Ibu kepada adik Hazwani bt Hamid (Uni. M"sia Trg UMT) menerima sumbangan drp YB



YB menyampaikan amanat dan pesanan sebelum mengagihkan bantuan

Wednesday, August 5, 2009

Monday, August 3, 2009

Hikmah Sujud Ketika Solat

dipetik daripada: http://islamictazkirah.blogspot.com/2009/01/hikmah-sujud-ketika-solat.html
Hikmah Sujud Ketika Solat



Sujud melega dan melancarkan sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.