Tuesday, November 13, 2012

Majlis Penyampaian Sumbangan Kafalah, IPTA dan Basikal

Penyampaian Sumbangan Kafalah, IPTA dan Basikal telah diadakan di Dewan Khidmat Masyarakat Taman Bagan Sena Labu Besar. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Tn Hj. Zulkifli, Wakil Pegawai Daerah Kulim,Para Penghulu Mukim dan MKK Seluruh DUN Merbau Pulas

Program Turun Padang

Program Turun Padang PKWR di Kampung Permatang Durian. Majlis diadakan di tepi Sungai Merbau Pulas.
YB Dato, Ustazah Aishah menyampaikan Sumbangan RM700 kepada Sdr. Mokhtar Yahya bagi menyiapkan utiliti bekalan elektrik ke rumah beliau.

Saturday, November 10, 2012

Program Qurban YB Ustazah Ashah di Merbau Pulas






Program Mesra Rakyat Daerah Kulim

10 November 2012 -Program Mesra Rakyat Peringkat Daerah Kulim telah diadakan di perkarangan Masjid Annajah Padang Serai. Program yang mendapat sambutan dari pelbagai kaum ini telah di amanahkan kepada PKWR N33 - Merbau Pulas sebagai tuan rumah. Majlis ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Kulim, JKR Kulim, Jabatan Pertanian dan berberapa agensi kerajaan lain. YB Dato' Ustazah Aishah amat berterima kasih kepada Semua MKK Dun Merbau Pulas kerana berjaya memberi komitmen yang jitu dalam menjayakan program yang besar ini. Selain daripada Penyerahan sumbangan Kafalah, bantuan basikal, bantuan kewangan JKM dan Kaum india juga diraikan dengan sumbangan untuk menyambut Deepavali. Sebeleh petangnya - para wakil rakyat dan MP dibawa ke program turun padang dengan melawat kampung dan penduduk yang memerlukan bantuan.

Tuesday, November 8, 2011

UMNO tunggu dewan...PAS buat kerja kemasyarakatan...

UMNO tunggu dewan...PAS buat kerja kemasyarakatan...

Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH

Sejak kebelakangan ni...Kedah dilanda musibah..ribut...lepas ni mungkin banjir pula..walau pun kita harap tidaklah seteruk tahun lepas. Nak menongkah kehendak Allah memang siapalah kita...Allah hantar musibah banyak sebabnya selain nak duga kita, ianya juga sebagai kifarah kepada kesilapan dan dosa-dosa kita padaNya. Orang beriman akan menerima ujian ini dengan sabar dan berbaik sangka dengan Allah dan tak lupa ambil iktibar dari peringatan-peringatan tersebut.

Musibah-musibah seumpama itu sebenarnya menguji sejauh mana kesungguhan dan keprihatinan pemimpin membantu rakyat  dan selain itu menguji kesungguhan pejuang-pejuang Islam turun padang menghulurkan bantuan.

SM nak cerita sedikit al-kisah mengenai kejadian ribut yang melanda Taman Bersatu, baru-baru ini. Secara keseluruhan, tindakan kerajaan negeri cepat dan pantas...dalam kesibukan dengan tugas-tugas rutin Menteri Besar dan Exco-Exco mampu turun padang menjengah masalah rakyat dan memberi sumbangan untuk meringankan bebanan. Orang tua-tua berkata.." mai tengok pun...dah rasa lapang dan ringan dah kat kami nieh..", apatah lagi kalau datangnya bersama bantuan.









Bukan setakat hulurkan wang malah ada diantara rumah-rumah mangsa ribut diperbaiki oleh Pasukan Unit Amal. Mereka ini bekerja tidak mengharapkan wang ringgit malah sanggup berhujan berpanas...memberi sumbangan walau pun kadang kala terpaksa meninggalkan kerja mereka sendiri..







Nisa juga sanggup berpanas membantu membersihkan kawasan-kawasan yang dilanda ribut....mengutip cerbisan-cerbisan bumbung yang ranap menghempap bumi..daun-daun yang luruh memenuhi halaman. Pada ketika itu, tuan-tuan rumah tentunya sibuk 'mendobi' rumah masing-masing maklumlah dah basah dek kerana hujan dan nak sambut Edul Adha pula...Jadi sumbangan yang kecil seumpama ini secara tidak langsung meringakan bebanan mereka.







Kita juga menyediakan makanan, bukan hanya untuk petugas malah kepada mangsa ribut..petugas-petugas sanggup bersengkang mata tak kira siang malam memberi sokongan moral kepada para mangsa. Bayangkan hati siapa tak sayu..rumah kediaman sendiri hampir musnah...tentulah sedih.



Lainlah dengan Skuad Sayang dan geng-geng UMNO APCO ...yang kerjanya hanya menanti di dewan sekolag sahaja. Yang syoknya, buat laporan polis bila PAS nak masuk bantu mangsa-mangsa ribut di dewan tersebut. Macam laa dewan tu hak milik UMNO. Tapi mereka seperti menang sorak saja...walhalnya kerja-kerja membantu mangsa tidak dihiraukan...lain dengan petugas PAS tak kira samada PAS Kawasan, MTD, Pemuda,Muslimat, Unit Amal dan Nisa.







MKK di situ pun memainkan peranan yang baik. Rumahnya dijadikan tempat mendaftar mangsa-mangsa kejadian. Secara tidak langsung, mangsa kejadian lebih tumpukan kepada rumah beliau dari dewan sekolah yang " di kongker" oleh UMNO APCO. 'Kongker' pun nak buat apa..sekadar nak ambil nama....tunggu pemimpin UMNO datang bagi bantuan...tapi tak terasa nak jengah atau bantu rumah-rumah yang terlibat.







Teringat SM semasa banjir tahun 2010 yang lalu. Masa tu SM bertugas bersama Unit Amal di Sek. Men. Agama Kedah. Puak-puak wanita UMNO ni dok mengendeng buku pendaftaran mangsa banjir....dah ada perancangan nak curi..tapi Alhamdulillah unit pendaftaran Unit Amal sentiasa menjaga dan mengawasi buku tersebut. SM tak mau la tuduh melulu untuk apa buku pendaftaran tu begitu diminati oleh wanita UMNO..tentulah ada sebabnya...tepuk dada tanyalah iman...tak gitu...



Begitulah halnya walau dimana juga sekirannya berlaku musibah dan ada penempatan mangsa-mangsa kejadian. UMNO ni berebut-rebut sangat nak mengusai dewan-dewan, urusan makan, barangan keperluan, pendaftaran, tapi bab nak tolong-tolong cuci, tolong-tolong angkat orang-orang tua atau wanita bersalin..tak pula nak dijadikan rebutan...
SM: tepuk dada tanya iman...jangan tanya selera..kalau tanya selera...habis semua nak anggut bawa balik rumah.....

Monday, November 7, 2011

Program Qurban YB Ustazah Ashah di Merbau Pulas





Tuesday, September 27, 2011

Naik bas: Antara Najib dengan Nik Aziz




Gambar kiri dirakamkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak, Sabtu lalu.
Mereka berdua turut diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan. Namun, ramai yang tidak tahu, inilah bentuk dan rupa bas yang dinaiki Najib dan isterinya itu.

Gambar kanan pula dirakam sewaktu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas ke suatu program pada 29 Jun lalu.

Sunday, May 8, 2011

REBAT UUM - Cuba pakat tengok perbandingannya dengan IPTA/IPTS yang lain..!!

REBAT UUM - Cuba pakat tengok perbandingannya dengan IPTA/IPTS yang lain..!!

Monday, May 2, 2011

2011Surat Terbuka BEKAS Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kepada Ketua Polis Negara berkaitan isu Anwar Vs Video Sex

Open Letter by Mat Zain to IGP:

Mat Zain bin Ibrahim,
SAC II G/5776(Retired),

Kepada,

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.
Email:iho@rmp.gov.com

28hb.March 2010

YDH Tan Sri,



PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-
MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.

Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.

2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.

2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.

2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.

LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.

3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.

3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.

3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.

4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.

4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.

5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.

5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.

5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pegawai Penyiasat

5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.

5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.

6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah

6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.

7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes “prima facie” terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara “indemnify” segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.

7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.

7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.

8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.

8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.

9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.

Yang ikhlas,
Mat Zain Ibrahim
28 March 2011

dipetik daripada:
http://kedahlanie.info

PAS akan kekal memerintah Kedah

PAS akan kekal memerintah Kedah

Posted on Sunday, May 01 @ 18:25:41 PDT by paktam
Oleh Mummy Rokiah

MR berpeluang mengikuti Perhimpunan Melayu Perkasa yang diadakan di Alor Setar pada 30 April 2011 yang dihadiri Che Det.

Walaupun terpaksa berjalan kaki kerana sukar mendapat ruang parking kereta tetapi kerana teruja untuk mendapat bahan berita dari ucaptama Che Det kejauhan berjalan kaki terasa begitu dekat.





Tersempil dicelah-celah pengunjung MR dapat rasa kehangatan Melayu Kedah dan keseluruhan “feel” di bawah bahawa PAS akan terus memerintah Kedah kerana Melayu Kedah masih tidak bersatu.

Dasar UMNO Kedah yang tidak pernah mengenang jasa bekas pemimpin anak Kedah sendiri jelas terbukti apabila tidak ada langsung kepimpinan tertinggi UMNO Kedah yang hadir dalam majlis Che Det pada hari itu.

Hari ini kita marah pada pengundi Cina yang tidak kenang jasa kerana tidak mengundi BN dalam PRU yang lepas dan pilihanraya Sarawak baru-baru ini sebaliknya kita sendiri yang tidak mengenang budi pemimpin Melayu kita yang telah banyak berjasa pada negara ini.

Mungkin di kalangan pemimpin tertinggi Melayu UMNO Kedah merasa bimbang jika mereka hadir dalam majlis ini kelak mereka tidak akan mendapat undi kaum Cina kerana Perkasa dilabel sebagai rasis.

Inilah UMNO Kedah, di dalam keadaan kapal hendak karam pun masih angkuh, sombong dan berpecah belah sesama sendiri.

http://mummyrokiah.blogspot.com