Tuesday, April 19, 2011

RM8 Juta Duit GLC Yang Diguna Untuk UMNO Adalah Jumlah Yang Sedikit...Kata Ketua UMNO Kedah

RM8 Juta Duit GLC Yang Diguna Untuk UMNO Adalah Jumlah Yang Sedikit...Kata Ketua UMNO Kedah
Saya merujuk kenyataan Pengerusi UMNO Kedah, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dalam Sinar Harian hari ini muka surat U3.

Saya mengalu-alukan sokongan beliau terhadap siasatan SPRM ke atas penyelewengan wang anak syarikat kerajaan (GLC) sewaktu Barisan Nasional memerintah kedah.

Namun begitu, saya kesal dengan kenyataan beliau yang menyatakan hanya menggunakan ‘sedikit peruntukan syarikat terbabit’ untuk menampung kehadiran pemimpin kerajaan persekutuan adalah tidak salah. Soalan saya ialah atas perkiraan apa wang berjumlah RM8 juta (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Sahaja) dikatakan jumlah yang sedikit? Jumlah ini telah dinyatakan dalam jawapan kepada soalan lisan oleh YB Kuala Ketil di Sidang DUN pada 4 April lalu.

Tambahan pula, laporan audit telah menyatakan wang itu digunakan untuk aktiviti parti politik UMNO, antaranya seperti berikut:




Berdasarkan laporan ini, ternyata perbelanjaan wang syarikat Seri Temin Dev. Corp. (M) Sdn Bhd (STDC) tiada kena mengena dengan sambuatan pemimpin kerajaan pusat ke Kedah, sebaliknya adalah perbelanjaan untuk aktiviti parti politik UMNO.

Berkaitan kenyataan beliau bahawa kerajaan PR juga melakukan perkara yang sama dengan mereka, ia adalah satu tuduhan melulu semata-mata. Sebagai makluman, Program Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera pada bulan Mac lalu adalah program kerajaan, yang dibincang dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ia adalah platform menjelaskan dasar-dasar, pencapaian, dan perancangan Kerajaan Negeri, bukan program parti seperti yang didakwa oleh UMNO. Mana boleh samakan perbelanjaan program seumpama itu dengan penggunaan wang anak syarikat kerajaan sehingga mencecah RM8 juta hanya untuk aktiviti parti UMNO?

Sehubungan itu, saya menggesa pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasrkan peruntukan undang-undang yang ada. Saya juga berharap dengan pendedahan ini, rakyat dapat membuat penilaian dan pendirian dalam isu berkaitan berdasarkan maklumat yang sahih. Inilah keadaan yang ditinggalkan oleh regim lama yang terpaksa diatasi oleh kerajaan sekarang.

MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
http://sanusisetpol.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment