Saturday, April 23, 2011

Kisah mula-mula PAS ambilalih kerajaan dulu



Kisah mula-mula PAS ambilalih kerajaan dulu
Oleh: SAIBURI SUDIN


Sebaik Pakatan Rakyat mengambilalih kuasa Mac 2008, tunggakan hutang kerajaan terdahulu ialah sebanyak RM2,095,556,344.18!

Kira-kira ¾ dari peruntukan untuk ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri sudah habiskan, hanya dalam masa dua bulan pertama 2008. Semacam ‘sudah tahu’ bahawa hayat kuasa mereka setakat 8 Mac 2008.

Terdapat kira-kira 99 buah syarikat dan anak syarikat kerajaan negeri Kedah, dimana kira-kira separuh darinya adalah syarikat yang sudah tidak berperanan tetapi tidak ditutup. Terdapat sebahagian syarikat yang termasuk dalam kategori hidup segan mati tak mahu. Syarikat tersebut tetap mempunyai kos penyelenggaraan setiap tahun, sekalipun tidak beroperasi.

Empat buah syarikat utama yang bernaung di bawah kerajaan negeri Kedah iaitu Yayasan Islam, Permodalan Kedah Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Menteri Besar Incorporated. Setiap empat induk utama itu, mengandungi berpuluh pula anak syarikat di bawahnya.

Amanah Saham Kedah, di bawah PKB, memulakan operasi dengan pengumpulan modal sebanyak RM400,000.00. Sahamnya adalah dari duit rakyat, termasuk orang-orang kampung. Sahamnya jatuh merudum, sehingga nilainya tinggal kira-kira RM30,000.00 sahaja.

Sekalipun mengalami kerugian, elaun lembaga pengarah terpaksa dibekalkan ialah sebanyak RM400,000.00 setahun. Mereka terdiri dari tokoh-tokoh politik UMNO.

Banyak lagi lantikan dalam GLC yang berupa ehsan politik. Ketua Puteri UMNO Kedah, Shahanim Yusof adalah merupakan Pegawai Khas Menteri Besar sewaktu era Dato’ Seri Mahdzir Khalid, bagi urusan GLC. Tetapi dalam waktu yang sama dia juga adalah lembaga pengarah kepada beberapa buah GLC.

Ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang ditempatkan dalam GLC sedangkan syarikat tersebut tidak membuat untung pun serta mereka pula bukan professional di bidang tersebut. Elaun yang diterima amat mengejutkan dan juga menakutkan. Begitu banyak duit rakyat dibazirkan oleh kepimpinan kerajaan BN dahulu.

Contohnya, Kumpulan Ladang yang menempatkan tokoh-tokoh UMNO terpaksa menyediakan elaun lembaga pengarah sebanyak RM 760,000.00 setahun.

(Nanti kita cerita sikit demi sedikit... takleh banyak2 sangat, biag faham satu, satu)

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

0 comments:

Post a Comment