Tuesday, April 19, 2011

Isunya bukan untung rugi, tapi dana untuk parti politik

sunya bukan untung rugi, tapi dana untuk parti politik
Isnin, 18 April 2011 16:22 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM | PDF | Cetak | E-mail

ALOR SETAR, 18 April – Kerajaan tidak mempertikaikan untung rugi dalam GLC di bawah kerajaan lalu sebaliknya yang dipersoalkan ialah penyalahgunaan wang GLC untuk kegunaan parti politik. Demikian dinyatakan Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam sidang akhbar yang diadakan selepas Perhimpunan Pagi Warga Darul Aman.

Beliau menerima kenyataan Seri Temim Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) dikatakan rugi kerana mencatat perbelanjaan tidak selaras dengan dengan penubuhan syarikat seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi UMNO Kedah YB Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sebuah akhbar tabloid hari ini.

“Untung rugi bukan kesalahan. Itu adat berniaga. Kita bukan cakap untung rugi tapi kita pertikai guna duit syarikat untuk tujuan politik,” katanya kepada wartawan selepas majlis Perhimpunan Pagi di Wisma Darul Aman.

Ekoran itu Pemuda PAS telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya pembayaran wang keluar STDC di bawah pemerintahan kerajaan dahulu mencecah RM8 juta kepada sebahagian besar atas nama politik dan bukan aktiviti Kerajaan Negeri.

“Guna duit untuk politik. Memang kita tak dedah siapa dapat duit. Kita repot supaya SPRM buat siasatan,” katanya

Isu ini timbul apabila Exco Kerajaan Negeri YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dalam Sidang DUN baru-baru ini mendakwa STDC gagal mendapat pengecualian cukai daripada LHDN ke atas perbelanjaan yang dilakukan mencecah RM8 juta bagi tempoh 2003 hingga 2008.

“Kalau duit ini diguna untuk sekolah atau anak-anak yatim. Itu adalam enakmen sosial korporat. Tidak ada untuk mesyuarat UMNO. Dengan sebab itu sebanyak RM4 juta kita terpaksa tanggung untuk cukai belanja parti politik. Kita akan keluar senarai bila sampai masa,” katanya.

Terakhir Dikemaskini (Isnin, 18 April 2011 19:51)

0 comments:

Post a Comment