Wednesday, April 6, 2011

Isu disebalik Rakaman ------Video XXXX

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, terdapat bayang ketiga dalam rakaman video fitnah yang disebar di laman You Tube dan internet, yang menunjukkan video berkenaan sengaja dirakam.

Menurutnya, salah seorang daripada trio Dato T, Shazryl Eskay Abdullah, yang menayang video itu kepada beberapa wartawan dan beliau sebelum ini, mendakwa video itu dirakam dalam keadaan gelap menggunakan kamera infrared.

“Terdapat tiga bayang yang jelas dalam video berkenaan yang menunjukkan ada cahaya dari arah kamera itu. Ini membuktikan video itu sengaja dirakam dan diketahui individu dalam video berkenaan,” ujarnya ketika ditemui Keadilandaily hari ini.

Johari juga mengulangi bahawa bentuk tubuh badan Anwar sangat berbeza dengan lelaki di dalam video itu seperti perutnya yang lebih buncit dan dadanya (bahagian tetek) yang menggelendur atau berisi.

“Bahagian tetek (dada) Anwar flat, rata. Tidak berisi seperti itu,” ujarnya.

Sementara itu, blogger eyesdot.com mengemukakan beberapa bukti bahawa video itu sengaja dirakam dengan menimbulkan beberapa persoalan termasuk kedudukan meja solek dalam rakaman berkenaan.

“Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari televisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv?

“Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil,” ujarnya.

Menurutnya, pada saat ke 0.29 hingga 0.32 rakaman video itu, lelaki kedua yang berpakaian penuh dilihat memegang dua alat kawalan jauh.

“Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan ‘record’,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan tulisan berbahasa Thailand yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa bermaksud nama sebuah jalan di Bangkok, Thailand.

“Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand.

“Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran.

“Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambi Chik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat?,” tulisnya. -KD

0 comments:

Post a Comment