Wednesday, May 19, 2010

PUSAT KHIDMAT SALUR BANTUAN




KARANGAN- Pusat Khidmat Wakil Rakyat Merbau Pulas (PKWR) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas menyampaikan bantuan kepada orang kurang berkemampuan.Dengan sumbangan itu diharap dapat meringankan beban golongan yang memerlukan. Dalam ucapan tersebut , beliau menyatakan sumbangan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial PKWR kepada golongan yang kurang berkemampuan dan diharapkan aktiviti seupama ini dapat diteruskan.

Tuesday, May 18, 2010

Team Kita kena belasah........ apa dah jadi ni...

16 Mei 2010 -Friendly game antara Team DUN Merbau Pulas dengan Pasukan Nagalilit yang berkesudahan dengan Team MP kalah 7 - 3. Kesemua gol Pasukan Nagalilit dijaringkan dalam sepasruh masa pertama, manakala gol-gol Team MP dijaringkan dalam separu masa kedua.
Rentak permainan Team MP nampak goyah seawal minit permainan. Ini mungkin disebabkan ramai kesebelasan utama tidak dapat beraksi kerana masalah cuti dan sedang bermain dengan pasukan masing-masing dalam perlawanan liga di sekitar Kulim




Menyempurnakan Sumbangan Cek Oleh LLH Construction Sdn. Bhd.

16 Mei 2010 - Selepas selesai menghadiri majlis penyampaian sumbangan Skim Kafalah di HITECH Kulim. YB Ustazah Aishah serta Jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat bergegas pula majlis pemyempurnaan Penyampaian Cek/Sumbangan oleh LLH Construction Sdn. Bhd. di Taman Damai, Padang Serai.
Dalam majlis ini YB Ustazah Aishah diberi penghormatan untuk menyampaikan cek/sumbangan daripada LLH Construction Sdn. Bhd. kepada Bendahari SJK(C)Shang Cheng Padang Serai yang berjumlah RM35,000 dan lain-lain sumbangan kepada rumah ibadat yang berjumlah RM60,000.
LLH Construction Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pembinaan baru yang berkembang maju di Kulim dan Penang. Majlis hari ini diadakan sempena pembukaan Pejabat baru LLH Construction di Taman Damai, Padang Serai.







Sumbangan Skim Kafalah

16 MEI - Majlis Sumbangan Skim Kafalah Kedah untuk DUN Merbau Pulas dan DUN Lunas telah diadakan di KHTP Bussiness Center -HiTECH. Sumbangan RM500 kepada setiap waris yang kematian keluarga ini telah disampaikan oleh YB Ustazah Hjh. Aishah. Hadir sama dalam majlis ini Penghulu Mukim. i
Di dalam majlis in i juga disampaikan Kad E-Sinar kepada Penghulu Mukim. Dalam ucapannya YB Ustazah telah melahirkan simpati atas kehilangan ahli keluarga penerima dan tanda rasa simpati dan prihatin kerajaan terhadap rakyat, maka Skim Kafalah ini dilancarkan untuk meringankan beban keluarga.






Penghulu Mukim Padang Meha - En. Mohkhairuddin menerima Kad E-Sinar daripada YB Ustazah Aishah

Penghulu Mukim Sidam - En. Abd. Khalid Embi menerima Kad E-Sinar daripada YB Ustazah Aishah


Monday, May 17, 2010

PR Menang ..........SIBU




Sunday, May 16, 2010

Program YB Ustazah 16/5/2010

1. Penyampaian Sumbangan Skim Kafalah Kedah untuk DUN Merbau Pulas & DUN Lunas

Tempat : Bussiness Center Kulim HiTECH Park
Masa : 2.30 ptg - 5.00 ptg

2. Penyerahan Pakaian/Jersi/Kelengkapan Sukan untuk Team Bola Sepak DUN Merbau Pulas.

Tempat : Padang Bola Nagalilit
Masa : 5.15 ptg.