Wednesday, May 12, 2010

100 ribu dijangka saksikan ‘Belon udara panas’



ALOR SETAR: Dijangka lebih 100 ribu pelancong akan membanjiri Taman Jubli Emas di sini bagi menyaksikan ‘The Royal Kedah International Hot Air Balloon Festival 2010’ yang julung-julung kali diadakan di sini selepas Putrajaya.


Penaung Festival ini Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz dalam sidang medianya berkata, festival ini akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Festival diadakan selama tiga hari mulai 28 hingga 30 Mei ini akan disertai oleh negara luar termasuklah New Zealand, Jepun, Belgium, Thailand, Perancis dan juga negara tuan rumah Malaysia.

Selain warga tempatan adalah dijangka pesta ini akan berjaya menarik pelancong daripada negara jiran seperti Thailand dan Singapura datang ke Kedah.

Sebanyak sepuluh buah belon akan melakukan penerbangan bermula seawal jam 6.30 hingga 9.00 pagi manakala sebelah petang dari jam 5.30 hingga 7.30 malam. Kapasiti setiap belon yang naik hanya muat tiga orang termasuk juruterbang..




Bagaimanapun kelancaran program ini bergantung kepada keadaan cuaca pada tarikh tersebut kerana belon udara panas ini akan terbang mengikut arah angin dengan kelajuan tidak melebihi 15 knot dengan ketinggi 50 hingga 100 kaki dan akan mendarat sejauh tujuh kilometre di atas kawasan lapang, padang bola atau jalan raya.

Katanya, juruterbang yang akan mengemudi belon udara panas ini didatangkan dari luar dan dalam negara dan mereka adalah penerbang professional dan mempunyai lessen dalam bidang ini.

Sepanjang pesta berlangsung sekitar taman Jubli Emas akan diadakan pelbagai aktiviti seperti para glider, payung terjun, go kart, pentas kebudayaan, pameran dan jualan usahawan kecil. Untuk ini khemah-khemah disediakan untuk disewakan kepada pihak-pihak yang ingin mengadakan pameran dan jualan produknya.

Program ini anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Rozad Creative. Lain-lain agensi yang terlibat ialah Jabatan Kerja Raya, SADA, MBAS, Kementerian Pelancongan Malaysia, Tourism Malaysia, Yayasan Sultanah Bahiyah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3),Lembaga Perlesenan Kenderaan Persekutuan, Transnasional, Mara Liner dan Mada.


“Orang ramai terutama penduduk negeri Kedah sendiri diharap datang beramai-ramai menyaksikan pesta belon yang berprestij ini kerana Kedah merupakan tempat kedua diadakan pesta ini di Malaysia,” katanya.

Orangramai yang ingin merasai pengalaman naik belon udara ini dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 dan yang berminat boleh menghubungi Tuan Syed Shafulamin Syed Ahmad Fuzi (013-6444464) di Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah atau Rozad Crative di talian 019-3301003 (Zulhelmi Salman), 019-6472477 (Abu zarim Abu Talib) dan 016-2117350 (Diana Daud).

0 comments:

Post a Comment