Saturday, April 3, 2010

Ahli PAS anggap harta kerajaan bagai ghanimah perang?

Posted on Friday, April 02 @ 07:25:05 PDT by paktam
Oleh IZWAN ABDUL HALIM

SUNGAI PETANI: Ahli PAS perlu membetulkan salah faham yang menyamakan harta kerajaan sebagai ghanimah, demikian teguran Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah, Ustazah Siti Ashah Ghazali.

Jelas beliau, harta kerajaan adalah hak rakyat dan berbeza dengan ghanimah yang merupakan harta rampasan perang milik musuh Islam.



"Kadang-kadang orang kita, dia anggap semua harta kerajaan itu harta kita. Bukan harta kita! Nabi berperang dengan orang kafir. Bila Nabi menang, harta rampasan itu namanya ghanimah. Bolehlah diagih kepada siapa yang hendak diberi.

"Bila kita jadi kerajaan, harta itu bukan harta ghanimah. Bila kita jadi kerajaan ada ahli kita ingat harta itu boleh diberi kepada dia.

"Itu harta rakyat, kita kerajaan sebagai pentadbir memegang amanah. Bila pegang amanah kita perlu mentadbir secara sebaiknya. Ini perlu difahami!" tegasnya semasa berucap merasmikan Muktamar Tahunan Majlis Guru Pasti Kedah Kali Ke-13 di Hotel SP Inn, di sini 27 Mac lalu.

Nasihatnya lagi, ahli PAS juga jangan mempunyai sikap mengungkit tanggung jawabnya kepada jamaah kerana tindakan itu hanya akan menghilangkan pahala dari amal selama ini.

0 comments:

Post a Comment