Thursday, March 11, 2010

YB Ustazah Sambutan Maulidur Rasul diBagan Sena






Bagan Sena - 5 Mac 2010. Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah di Masjid Bagan Sena. Majlis yang disertai oleh kana-kanak dan para penduduk Bagan Sena ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa KAriah Masjid Bagan Sena. Majlis tahun ini mendapat sumbangan daripada Pengusaha Syarikat pengangkutan Bas - Shamisyha Travel Agencies dan seorang penderma.
YB Ustazah Aishah dalam Ucapan Tazkirahnya telah mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Masjid, MKK dan penderma yang berjaya menganjurkan majlis pada tahun ini.
Dalam tazkirahnya, YB Ustazah mengajak para ibu bapa dan penduduk sekitar menanam sifat malu dan ambil tahu keadaan sekeliling. Saranan ini bertepatan dengan paparan akhhbar dan media setiap hari tentang salah laku anak-anak dan kejadian jenayah yang melibatkan remaja. Budaya ambil tahu seperti yang diamalkan oleh masyarakat kita dahulu harus dihidupkan kembali untuk mengatasi masalah remaja di kampung-kampung hari ini.

0 comments:

Post a Comment