Wednesday, March 24, 2010

KEDA dan Sistem Penyampaian Yg Diakui gagal oleh Pengerusi (baru)

Wahai KEDA tlg tengok Sdr kita ni....... waktu JKKK la ni JKKP telah mohon tetapi habuk pun tiada. Tahun Lepas saya telah cuba melalui PROKHAS tetapi tak juga berhasil. Saudara kita ni.... utk pengetahuan semua.... politik belah manapun tidak....maklumlah orang betoi bendul.............(maaf sdr. Hamid)
Bos-bos KEDA .... cuba pergi tengok siapa yg dapat rumah KEDA (PPRT) depan Klinik Merbau Pulas tu..... adik, abang, saudara-mara dan ramai lagi.... keluarga DEPAKAH sahaja yang susah ??????? Setahu saya, peninggalan harta ayahndanya berelung-relung ladang kelapa sawit...... susahkah depa ni kalau nak dibandingkan dengan Saudara Meh kita di bawah ni...... renung-renungkan.......!!!!!
Serambi rumah Sdr Meh bin Md. Nor yang telah lama runtuh. Hanya 2 btg kayu yg menjadi jalan ke balai rumah.
Sdr. Meh bin Md. Nor di depan rumahnya.


KEDA dan Sistem Penyampaian Yg Diakui gagal oleh Pengerusi (baru)


Kenyataan Akhbar 24 Mac 2010

Saya menyambut baik langkah drastik yg dijanjikan akan diambil oleh Pengerusi KEDA yg baru, YB Ahmad Bashah Md Hanipah, agar segera memastikan hanya mereka yg benar-benar layak sahaja menerima bantuan rumah dari skim Program Bantuan Rumah (PBR) yg disediakan. Sekiranya proses yg benar-benar adil tidak dilaksanakan, bermakna terdapat individu yg sebenarnya layak telah dizalimi.

Hakikat bahawa berlaku penyelewengan dibawah kendalian Pengerusi lama, yg melibatkan lambat menerima bantuan, sehinggakan terdapat kes yg melibatkan individu berkemampuan turut menerima bantuan. Semua ini telah menjadi rahsia umum dalam masyarakat Kedah.

Tidak sukar untuk memastikan kumpulan sasar sebenar dinilai kemampuannya, seandainya pegawai dan Lembaga Pengarah terlibat mampu melihat dari kacamata keadilan sebenar, bukan berdasarkan kenalan, rakan, dan warna parti yg dianggotai oleh pemohon.

Dengan peruntukan tahun 2010 untuk membina 421 buah rumah PBR, serta membaiki 580 rumah di seluruh Kedah, tahap kualiti perumahan dan masyarakat luar Bandar Kedah akan mampu ditingkatkan.

Perlu diingatkan bahawa, KEDA bukanlah semata-mata agensi milik Kerajaan Persekutuan, sebaliknya KEDA adalah Agensi milik bersama diantara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Justeru, sistem penyampaian yg berkesan, efektif, dan adil mesti segera dilaksanakan, agar Pengerusi KEDA yg baru dilihat berusaha menanggung dan melaksanakan amanah yg dipikulkan demi kesejahteraan rakyat.

Malah KEDA diantara agensi utama untuk mencapai sasaran pembasmian kemiskinan tegar.

Kontraktor yg dilantik melaksanakan PBR juga harus diteliti agar kualiti hasil kerja tidak diabaikan, kerana pengguna tidak berani menyuarakan pandangan apabila berlaku masalah pembinaan, dibimbangi dianggap tidak bersyukur dengan nikmat yg diterima, sedangkan kompromi kualiti pembinaan boleh menimbulkan kesukaran dimasa hadapan.

Saya menyarankan agar segera diujudkan gerakan bersama diantara wakil Kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam mengendalikan KEDA, agar memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yg lebih sejahtera.

Seandainya Pengerusi (baru) KEDA ini juga gagal melaksanakan rombakan sistem penyampaian melalui KEDA, dalam tempoh 6 bulan pertama 2010, kita menuntut agar beliau melepaskan jawatan Pengerusi KEDA dan dikembalikan kepada wakil Kerajaan Negeri Kedah.

Senator Hj. Zamri Hj. Yusuf
Ahli Dewan Negara (mewakili negeri Kedah)

0 comments:

Post a Comment