Friday, August 7, 2009

penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar IPT

Pelajaran adalah amanah yang perlu digalas.

Kulim - seramai 24 orang pelajar yang mendapat tawaran ke IPTA mendapat bantuan antara RM 200 hingga RM400 seorang daripada YB Ustazah Hjh Siti Aishah pada Majlis yang diadakan di Pejabat PKWR Dun Merbau Pulas.

Menurut YB, bantuan ini adalah sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri atas pengorbanan dan peranan ibu bapa di dalam mendidik dan mengasuh anak-anak untuk kemajuan anak-anak. Sumbangan ini juga dapat mengurangkan bebanan ibu bapa yang berpendapatan rendah.

Ini juga merupakan salah satu cara kerajaan negeri Kedah menggalakkan remaja ntuk berusaha bagi meningkatkan kualiti pembelajaran agar menjadi manusia berguna di suatu hari nanti.

YB juga mengharapkan agar ibu bapa dapat memberikan perhatian dan mengambil berat kepada anak-anak dalam menangani masalah sosial yang semakin membimbangkan.

Akhir sekali YB menasihatkan semua pelajar agar dapat menumpukan perhatian semasa berada di IPT dan membuang sikap belajar sambiil lewa dan tidak terlibat dengan aktiviti yang boleh mencemarkan maruah diri dan keluarga.

Ibu kepada adik Hazwani bt Hamid (Uni. M"sia Trg UMT) menerima sumbangan drp YB



YB menyampaikan amanat dan pesanan sebelum mengagihkan bantuan

Wednesday, August 5, 2009

Monday, August 3, 2009

Hikmah Sujud Ketika Solat

dipetik daripada: http://islamictazkirah.blogspot.com/2009/01/hikmah-sujud-ketika-solat.html
Hikmah Sujud Ketika Solat



Sujud melega dan melancarkan sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.