Thursday, September 17, 2009

Bonus raya kerajaan Pakatan RM500 Sekaligus

Bonus raya kerajaan Pakatan RM500
Sep 16, 09 5:37pm
Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak RM500 kepada kesemua 5,300 penjawat awam kumpulan sokongan yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pembayaran bonus hari raya itu melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM2.65 juta dan akan dibayar secara serentak esok.

Bayaran bonus itu diberi kepada semua penjawat awam kumpulan sokongan termasuk yang berkhidmat secara kontrak, sambilan dan sementara, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Setar.

Azizan juga berkata kerajaan negeri akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuk pada 24 Sept ini di kediaman rasminya di Sri Mentaloon.

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran yang sama kepada 9,000 penjawat awam negeri itu yang akan dibuat sebelum Hari Raya.

Kerajaan pusat telah mengumumkan pembayaran saguhati RM500 kepada semua penjawat awam kumpulan sokongan yang akan dibuat dalam dua ansuran. BERNAMA

1 comments:

Unknown said...

akum tanya ckit, bonus untuk guru kafa tak dak ka, dah la elaun ogos pun tak dapat lagi ni, pakai tak dapat la nak keluaq zakat fitrah la, maklum lah tak ada kepentingan dengan guru kafa ni....

Post a Comment