Tuesday, July 28, 2009

Keperitan dan Kesusahan Pembeli Rumah di Taman Desaku, Padang Meha

Keperitan dan Kesusahan Pembeli Rumah di Taman Desaku, Mk Pdg Meha, Sg Karangan, Kedah.

DIPETIK DAARIPADA; Email yg dihantar oleh PEMBELI RUMAH KEPADA ADMIN

Assalamualaikum YB Negeri Kedah.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah di atas kecekapan mentadbir negeri Kedah walaupun melalui segala kesulitan.

Di sini saya ingin meminta campur tangan Kerajaan Negeri di atas permasalah dan kesulitan yang dialami oleh pembeli rumah(termasuk saya sebagai salah seorang pembeli) di Taman Desaku, Mukim Padang Meha, Sg Karangan, Kedah (DUN Merbau Pulas).

Maksud permasalah dan kesulitan yang dialami ialah rumah yang dibeli sejak awal 2005 masih belum siap sepenuhnya sehingga kini. Pembinaan yang pada peringkat awalnya bergerak lancar tiba-tiba terhenti seketika membuatkan pembeli-pembeli mengalami kesulitan kerana terpaksa menanggung pembiayaan pinjaman sebanyak lebih kurang RM1000 sebulan dan terpaksa juga menyewa rumah kerana rumah yang dibeli seolah-olah terbengkalai walaupun kelihatan hampir 80% siap. Pemaju pernah beberapa kali berjanji untuk menyiapkan rumah tersebut antaranya sebelum hari raya aidilfitri 2007, Januari 2008, Jun 2008 dan yang terbaru December 2008. Apa yang merisaukan pembeli sekarang ialah kebanyakan halaman rumah dan timbunan batu untuk membuat jalan sudah dipenuhi lalang. Melihat daripada keadaan semasa iaitu tanpa pekerja yang melakukan kerja-kerja pembinaan tidak mungkin rumah tersebut dapat disiapkan pada December 2008.Tu pun tak siap lagi.... dan yang terbaru.. katanya boleh siap DEC 2009 ni... Yang tinggal sekarang ialah pekerja-pekerja pejabat dan jentera-jentera yang diletakkan di tanah lapang sebagai pameran.....

Pemaju yang terbabit ialah ECK Development/Construction Sdn Bhd, 1140 Lorong Belibis 2A/1, Taman Tunku Putra, Kulim Kedah.
Diharapkan pihak YB terutamanya Exco Perumahan & Pembangunan Negeri Kedah (YB Taulan) dan ADUN Merbau Pulas (YB Ustazah Hjh Siti Ashah) dapat membantu kami untuk menyelesaikan masalah tersebut.


--
Terima Kasih

Saya mewakili Semua pembeli Malang
Taman Desaku.....

0 comments:

Post a Comment