Wednesday, December 24, 2008

Cikgu Sazali( P.A Kebajikan) bersama Piala Liga Super sempena siri jelajah skuad Hijau Kuning ke daerah Kulim


YB, USTAZAH BERSAMA P.A PUAN YATIE MENZIARAHI SALAH SORANG MANGSA KEBAKARAN KUALA DI KEDAH








BANTUAN kEBAKARAN















Oleh: *SITI ZALEHA ABDUL RAHIM & WADIASSOFI JAAFAR*
KUALA KEDAH, 22 November* -

Sebanyak enam buah rumah melibatkan 31 mangsa musnah dijilat api di Kampung Madrasah, di sini. Kejadian itu berlaku ketika penghuni Kampung Madrasah sedang menikmati masa santai bersama keluarga sambil menonton warta berita.
Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Ustazah Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali telah turun padang melawat mangsa kebakaran di samping memberi sokongan moral.
Dalam lawatan yang mewakili pihak kerajaan, YB Ustazah Hajjah Siti Ashah turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan Tadika Nur Ehsan Ukhwah, Belakang Masjid Putra, Kuala Kedah.
Menurut YB Ustazah Hajjah Siti Ashah, selain daripada sumbangan berbentuk keperluan makanan, wang tunai serta pakaian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyampaikan 'bencana kit' atau bantuankebersihan kepada mangsa yang terdiri daripada sabun, ubat serta berus gigi, bedak, tuala wanita, sabun serta alatan yang berkaitan dengan kebersihan diri.
"Pihak JKM telah mempertingkatkan usaha mereka dalam beri bantuan kepada mangsa-mangsa bencana, dengan baru-baru ini mereka telah tambah sumbangan dalam bentuk keperluan kebersihan diri yang difikirkan penting untuk kegunaan harian manusia.
"Kerajaan negeri sentiasa berusaha setakat yang mampu membantu mangsa-mangsa bagi meringankan beban mereka dan kami pohon pihak Jabatan Pendaftaran Negera dan Pejabat Pendidikan segerakan proses dokumen-dokumen pengenalan diri yang telah hangus," jelas beliau. Beliau turut menyatakan pihak kerajaan negeri telah mengarahkan pihak bertanggungjawab melakukan siasatan serta kertas kerja bagi melaporkan jumlah kerugian yang terlibat dalam kebakaran tersebut bagi membolehkan kerajaan menyampaikan sumbangan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
Selain daripada bantuan berbentuk wang ringgit, bantuan kesihatan juga penting bagi memastikan semua mangsa berada dalam keadaan sihat. Justeru itu, EXCO Kesihatan dan Penerangan, Badan-badan bukanKerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, YB Dr Ismail Salleh turut melakukan rawatan perubatan terhadap mangsa terbabit dan juga membekalkan ubat kepada mereka.





Oleh: WADIASSOFI JAAFARKUALA KEDAH, 23 Disember:


Mangsa kebakaran di Kampung Madrasah, di sini diminta bersabar dan redha dengan apa yang berlaku kerana setiap yang terjadi itu adalah ketentuan dari Allah Yang Maha Esa.Isteri Menteri Besar Kedah, YABhg. To' Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah berkata, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri tetap menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran itu.“Apa yang berlaku ini adalah ketentuan dari Allah S.W.T dan setiap daripada mangsa kebakaran perlu banyak bersabar,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa kebakaran yang ditempatkan di sebuah tadika di sini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB. Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, YB. Mohd. Nasir Mustafa dan Pegawai Daerah Kubang Pasu, Datin Che Barni Mohd. Noor.Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, enam rumah papan di kampung itu musnah mengakibatkan 24 orang daripada enam keluarga tinggal sehelai sepinggang.Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Star, Kamarulzaman Osman berkata, empat jentera bomba bersama 20 anggota dari Balai Bomba Jalan Raja dan Jalan Tun Abdul Razak berjaya mengawal kebakaran itu selama kira-kira 20 minit.Menurut Kamarulzaman, jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Penolong Penguasa Balai Bomba Alor Star (Bahagian Siasatan Kebakaran), Mohd. Fauzi Suid berkata, kebakaran yang berlaku itu dipercayai akibat litar pintas di sebuah rumah dua tingkat.“Kedudukan rumah yang terlalu rapat menyebabkan api cepat merebak dan menyambar rumah enam keluarga itu. Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba termasuk bomba sukarela berjaya menghalang api daripada merebak ke puluhan rumah lain di kampung berkenaan,” ujarnya.

Monday, December 22, 2008

Kontrak LADA di sambung hingga 2010

Thursday, December 18, 2008

Kontrak LADA disambung hingga 2010
Oleh: AMELIA HASHIM
ALOR STAR, 17 Disember: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan disambung kontraknya selepas tamat tempoh perkhidmatannya dengan negeri Kedah pada 15 Mac 2010 nanti. Ini telah disetujui oleh kedua-dua pihak antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.
"Sebelum ini kira-kira dua minggu lepas saya menghadiri mesyuarat dengan YAB Perdana Menteri dan beliau setuju supaya kontrak LADA disambung lagi untuk jangka masa lima atau sepuluh tahun lagi," Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak berkata kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.
Untuk tujuan itu Kerajaan Negeri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang mewakili kerajaan Kedah dan LADA untuk melihat perkara-perkara yang perlu dikemaskinikan.
"Kita gembira bagi pihak Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat dengan persetujuan ini yang membolehkan LADA merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan di Langkawi terutamanya berkaitan dengan pelancongan,"
Sehubungan itu katanya, kelmarin Persatuan Hotel Malaysia Kedah Perlis telah melakukan kunjung hormat di pejabatnya dan melahirkan rasa gembira kerana perjanjian ini disambung semula. Mereka sebagai pengusaha-pengusaha hotel akan berusaha menarik lebih ramai pelancong luar melawat Langkawi. Lembaga Pembangunan Langkawi diwujudkan pada 15 Mac 1990 dengan matlamat memajukan pulau permata Kedah ini menggalakkan pembangunan sosio ekonomi dan fizikal selaras dengan dasar-dasar pembangunan Negara pada masa yang samamemberi faedah penduduk tempatan.
Selain itu mewujudkan senario pembangunan yang selaras dengan dengan cirri-ciri unik persekitaran semula jadi , sejarah lagenda dan adat resam tempatan yang sedia ada menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

LAMAN MINDA

Ramli Jaafar

Assalamualaikum wr, wbh.
Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat saya berbicara dalam ruangan blog PKWR Merbau Pulas. Semoga anda semua sentiasa di berkati Allah.

Pertama sekali saya ucapkan terima kasik kepada anda yang sudi melayari blog PKWR Merbau Pulas. .Pandangan, komen yang anda berikan saya hargai. Bermakna anda sentiasa mengikuti dan peka dengan maklumat. Sekali lagi saya ucapan Jazakallahu khairan khatira.kepada semua pelayar Blog PKWR Merbau Pulas.

Untuk maklumat blog PKWR di ujudkan oleh urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.Kedah. Blog ini lebih menumpukan kepada berita maklumat. Oleh sebab Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mendapat kerjasama daripada RTM kususnya dalam penyebaran maklumat maka salah satu usaha kita ialah mengujudkan blog di PKWR.

Selain daripada maklumat daripada pihak kerajaan aktiviti ADUN atau Wakil Rakyat di kawasan menjadi berita utama pada blog . Warta Darul Aman adalah salah satu saluran media. dalam bentuk akbar yang menjadi lidah rasmi kerajaan negeri. Bagi pelayar internet Warta Daily secara on line.juga sumber maklumat. Daripada sumber maklumat ini kita akan menerbitkan semula pada setiap blog PKWR mengikut kesesuaian maklumat dan aktiviti yang melibatkan ADUN berkenaan. Jadi persoalan copy paste tidak timbul. Fokos Blog PKWR adalah penyebaran MAKLUMAT supaya rakyat dapat mengetahui aktiviti ADUN .


Namun jika terdapat sebarang masalah atau persoalan anda boleh mengemukan secara bertulis atau membuat temujanji dengan YB Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali bagi mencari jalan penyelesaian. Atau pun ke pejabat PKWR Merbau PUlas pada alamat yang tertera di atas. Atau menghubungi Pegawai Khas Tuan Haji Mahmud Haji Saad di talian 019- 4623898 atau 04-4908378. Insyallah anda akan dilayan sebaik mungkin bagi mencari kaedah serta jalan penyelesainya
( sila rujuk senarai Ajk Pusat Khidmat )

Semoga penjelasan ini dapat membantu anda memahami peranan blog PKWR. Walaubagaimana pun setiap pandangan dan saranan yang baik kita alu-alukan. Kepada yang memuji kembaikan pujian untuk Allah. Yang melontarkan idea dan pandangan terima kasih seadanya. Yang baik dari Allah, sebaliknya itu adalah kelemahan kita.

Salam hurmat dari saya
rjwarta@yahoo.com