Thursday, October 23, 2008











Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
ALOR STAR, 23 Oktober – Kedah negeri yang kerap dilanda banjir apabila hujan turun setiap hari lebih dari satu minggu. Kawasan yang kerap dilanda banjir termasuklah daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Padang Terap.
Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan, YB Ustazah Hajjah Siti Aishah Haji Ghazali untuk meninjau serta memberi bantuan kepada penduduk yang terlibat dengan banjir.
YB Ustazah Aishah turut diiringi oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Ustaz Abd Ghani Ahmad yang sudah dua hari berada di Pusat Persatuan Bulan Sabit Merah, Jitra iaitu tempat penyediaan bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir di sekitar daerah Kubang Pasu.
Berikutan hujan lebat sepanjang minggu ini, beberapa daerah di negeri Kedah sekali lagi dilanda banjir, antaranya daerah Kota Setar, Padang Terap, Kubang Pasu, Kulim, Pokok Sena. Manakala daerah Kuala Muda dan Yan yang berada dalam keadaan terkawal turut mengambil langkah berjaga-jaga jika kemungkinan berlakunya banjir.

YB Ustazah Aishah turut melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Masjid Kepala Batu, Dewan Kuala Pai dan beberapa kawasan di daerah Pokok Sena.
Dalam lawatan ke pusat-pusat pemindahan banjir, beliau melihat sendiri kesusahan yang dialami oleh mangsa serta berkesempatan berbincang dengan Pegawai-pegawai Daerah dan Pegawai Kebajikan Masyarakat mengenai bentuk sumbangan yang akan disalurkan kepada mangsa banjir.
Antara sumbangan yang diputuskan adalah berbentuk keperluan asas seperti beras, gula, susu, lampin bayi, air mineral, sayur-sayuran serta keperluan lain yang penting. Selain itu, mangsa turut akan diberi sumbangan untuk pembaikan rumah serta infrastuktur yang telah musnah. Bagi sawah-sawah padi yang musnah akan diambil tindakan oleh (MADA).
Dalam lawatan ke pusat pemindahan di Masjid Kepala Batu, YB Ustazah Aishah sempat membantu seorang ibu yang merupakan mangsa banjir menyusukan anakwanita tersebut serta beramah mesra dengan seorang warga emas, Rabiah Saad, 80 tahun.
Sementara itu di Alor Mengkudu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Dr. Ismail Salleh turut turun Padang melawat dan membantu mangsabanjir di kawasan yang diwakilinya. Antara kampong terbabit ialahTeluk Kandeh, Kuar, Tok Keling, Alor Penyengat, Kandai, Alor Binjal,Alor Sekawan, Alor Pak Ngah, Titi Haji Idris, Gelam dan Ganding.
Begitu juga di DUN Kubang Rotan, YB. Mohd Nasir Mustafa bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Kepala Bukit, Seberang Cegar, AnakBukit, Alor Ganu, Alor Madi, Alor Senjaya, Alor Perang, Sungai Baru, Titi Gajah, Alor Gunong, Pulau Kerengga, Simpang Empat Tanjung Bedil, Alor Berah, Behor, Alor Pial dan Alor Melintang.
Daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas teruk, seramai 940 mangsabagi daerah Kota Setar, manakala seramai 625 mangsa daerah Kubang Pasu. Hujan lebat yang berterusan menyebabkan air paras sungai meningkat yangmenyebabkan banyak rumah dinaiki air.

Monday, October 20, 2008

LIHAT DAN RENUNGKANLAH KEBESARAN ALLAH...



Surah Yaasin ayat 81-83 bermaksud
“ Sesungguhnya keadaan kekuasan-Nya apabila mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman: “jadilah” maka terjadilah ia Maka Maha Suci (Allah) Tuhan yang memiliki dan menguasai sesuatu dan kepada-Nyalah kamu di kembalikan.

Penemuan terteranya kalimah Allah seolah-olah terukir di atas sebuah batu di bukit Kauri Tunjang dikatakan hasil daripada letupan kauri di bukit berkenaan bukanlah sesuatu yang ganjil pada sisi Allah.
Jika Allah mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman “ jadilahlah “ maka itu yang berlaku.

Sebagai insan yang beriman kita yakin akan kekuasaan Allah jesteru itu tingkatkan ketakwaan dan keimanan semoga kita semua beroleh kejayaan didunia dan diakhirat.

Waallahuaklam.

Sunday, October 19, 2008

" MASIH ADA YANG SAYANG " - Program di Kg, Keladi, Kulim



BERSAMA YB GOBALA AHLI PARLIMEN PADANG SERAI DALAM SATU MAJLIS DI PEKAN SG, KARANGAN






Lapuran Dari Pusat Khidmat:-

Kegiatan Sosial dan Kemasyarakatan YB Ustazah Siti Ashah tidak terbatas hanya kepada satu kaum sahaja. Bersama dengan Sdr Robert Lee menziarahi satu keluarga masyarakat cina di Padang Serai.

PA ( PERSONAL ASSISTANT )YANG AKTIF & BERSAMA SUAMI MAJLIS BERSAMA MASYARAKAT CINA PDG SERAI






SEKITAR AKTIVITI-AKTIVITI SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN YB USTAZAH SITI ASHAH