Monday, December 22, 2008

Kontrak LADA di sambung hingga 2010

Thursday, December 18, 2008

Kontrak LADA disambung hingga 2010
Oleh: AMELIA HASHIM
ALOR STAR, 17 Disember: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan disambung kontraknya selepas tamat tempoh perkhidmatannya dengan negeri Kedah pada 15 Mac 2010 nanti. Ini telah disetujui oleh kedua-dua pihak antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.
"Sebelum ini kira-kira dua minggu lepas saya menghadiri mesyuarat dengan YAB Perdana Menteri dan beliau setuju supaya kontrak LADA disambung lagi untuk jangka masa lima atau sepuluh tahun lagi," Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak berkata kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.
Untuk tujuan itu Kerajaan Negeri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang mewakili kerajaan Kedah dan LADA untuk melihat perkara-perkara yang perlu dikemaskinikan.
"Kita gembira bagi pihak Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat dengan persetujuan ini yang membolehkan LADA merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan di Langkawi terutamanya berkaitan dengan pelancongan,"
Sehubungan itu katanya, kelmarin Persatuan Hotel Malaysia Kedah Perlis telah melakukan kunjung hormat di pejabatnya dan melahirkan rasa gembira kerana perjanjian ini disambung semula. Mereka sebagai pengusaha-pengusaha hotel akan berusaha menarik lebih ramai pelancong luar melawat Langkawi. Lembaga Pembangunan Langkawi diwujudkan pada 15 Mac 1990 dengan matlamat memajukan pulau permata Kedah ini menggalakkan pembangunan sosio ekonomi dan fizikal selaras dengan dasar-dasar pembangunan Negara pada masa yang samamemberi faedah penduduk tempatan.
Selain itu mewujudkan senario pembangunan yang selaras dengan dengan cirri-ciri unik persekitaran semula jadi , sejarah lagenda dan adat resam tempatan yang sedia ada menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

0 comments:

Post a Comment