Wednesday, December 24, 2008

BANTUAN kEBAKARAN















Oleh: *SITI ZALEHA ABDUL RAHIM & WADIASSOFI JAAFAR*
KUALA KEDAH, 22 November* -

Sebanyak enam buah rumah melibatkan 31 mangsa musnah dijilat api di Kampung Madrasah, di sini. Kejadian itu berlaku ketika penghuni Kampung Madrasah sedang menikmati masa santai bersama keluarga sambil menonton warta berita.
Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Ustazah Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali telah turun padang melawat mangsa kebakaran di samping memberi sokongan moral.
Dalam lawatan yang mewakili pihak kerajaan, YB Ustazah Hajjah Siti Ashah turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan Tadika Nur Ehsan Ukhwah, Belakang Masjid Putra, Kuala Kedah.
Menurut YB Ustazah Hajjah Siti Ashah, selain daripada sumbangan berbentuk keperluan makanan, wang tunai serta pakaian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyampaikan 'bencana kit' atau bantuankebersihan kepada mangsa yang terdiri daripada sabun, ubat serta berus gigi, bedak, tuala wanita, sabun serta alatan yang berkaitan dengan kebersihan diri.
"Pihak JKM telah mempertingkatkan usaha mereka dalam beri bantuan kepada mangsa-mangsa bencana, dengan baru-baru ini mereka telah tambah sumbangan dalam bentuk keperluan kebersihan diri yang difikirkan penting untuk kegunaan harian manusia.
"Kerajaan negeri sentiasa berusaha setakat yang mampu membantu mangsa-mangsa bagi meringankan beban mereka dan kami pohon pihak Jabatan Pendaftaran Negera dan Pejabat Pendidikan segerakan proses dokumen-dokumen pengenalan diri yang telah hangus," jelas beliau. Beliau turut menyatakan pihak kerajaan negeri telah mengarahkan pihak bertanggungjawab melakukan siasatan serta kertas kerja bagi melaporkan jumlah kerugian yang terlibat dalam kebakaran tersebut bagi membolehkan kerajaan menyampaikan sumbangan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
Selain daripada bantuan berbentuk wang ringgit, bantuan kesihatan juga penting bagi memastikan semua mangsa berada dalam keadaan sihat. Justeru itu, EXCO Kesihatan dan Penerangan, Badan-badan bukanKerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, YB Dr Ismail Salleh turut melakukan rawatan perubatan terhadap mangsa terbabit dan juga membekalkan ubat kepada mereka.




0 comments:

Post a Comment