Wednesday, November 5, 2008

Penyampaian Surat Perlantikan Ketua Kampung Dun Merbau Pulas











rjwarta@yahoo.com

Padang Serai : Seramai 72 orang Ketua Kampung dalam Dewan Undangan Negeri Merbau Pulas telah menerima surat pelantikan Ketua Kampung yang berkuatkuasa pada 1 november , masing-masing bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Padang Serai.

YB Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali yang menyampaikan surat perlantikan tersebut menginggatkan tugas dan peranan mereka sebagai mata telinga kepada Kerajaan dalam memastikan agenda kerajaan negeri terlaksana dan di selesaikan sebaik mungkin.

“ bagi melincinkan lagi urusan pentadbiran Ketua Kampung satu jawatankuasa (MKK) hendaklah di bentuk agar perlaksanaan setiap aktiviti dapat berjalan dengan lebih baik dan tersusun “.ujarnya.

Majlis turut di hadiri oleh Ahli Majlis Daerah Kulim , Penghulu-penghulu Mukim dan Pegawai Khas Adun Merbau Pulas. Tuan Haji Mahmud Haji Saad.

1 comments:

al 'awab said...

Assalamualaikum warahmattullah. Bismillahirrahmanirrahim.
YB Exco KNK DA/
ADUN Merbau Pulas
YB Ustazah Hjj.Ashah Hj. Ghazali.

PERLANTIKAN KETUA KAMPONG KERAJAAN NEGERI.

Alhamdulillah, diatas kejayaan KNKDA membuat perlantikan Ketua Kampong mengikut komposisi kaum yang mewakili parti dominen Pakatan Rakyat. Ketua-ketua kampong yang dilantik diucapkan tahniah dan syabash.

YB Ustazah,
Walau bagaimanapun, pehak berkuasa Kerajaan Negeri wajib dan wajarlah setiap masa secara berkala memberi input info dasar-dasar kerajaan PR dalam merealisasi menjana tugas masing-masing.

Bidang-bidang tugas yang mencakupi seperti kebajikan semua kaum dan keturunan, bersabit hidup dan kehidupan disudut iktisas,kebajikan kesihatan, persekolahan anak-anak dan membuat rekod resmi untuk kumpulan-kumoulan sasar rakyat dalam kepelbagaian masalah sebagai mata telinga kerajaan yang berfungsi dan berprestej dalam pelaksanaan menunai amanah kerja.

YB Ustazah, apa yang rakyat mahu adalah KP yang dilantik itu mereka mampu menjadi jejambat antara rakyat dan pengundi merealisasikan dalam menangani kemudahan infra yang sedia ada, ditangani kawalselia dalam penguatkuasaan disemua aspek khususnya dalam baik pulih. KP wajar mendapat pandangan dan arahan YB, pantas telus membuat pemereksaan pengaduan-pengaduan rakyat samada benar atau sebaliknya. Mudah-mudahan harapan pengundi tidak diabaikan.

Sekian, Wasalam.

Catatan selepas Dzohor.
1.53 th

Post a Comment