Tuesday, October 28, 2008

Terbitan Harian Metro- Banjir Semakin Surut

Sunday, October 26, 2008

Banjir Makin Surut
Dipetik daripada harian Metro – 26 Okt 2008
ALOR STAR: Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila 455daripada 905 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,manakala selebihnya masih menumpang di pusat pemindahan banjir,semalam.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Zulkifli Ramli,berkata setakat jam 3 petang sebanyak 14 pusat pemindahan ditutup,termasuk di Kota Star, Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, BandarBaharu dan Kulim.
Menurutnya, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan bagidaerah Alor Star juga berkurangan daripada 904 orang kepada 855 orang,manakala sebanyak 215 orang mangsa dibenarkan pulang di Kubang Pasu.
"Bagi daerah Pendang dan Bandar Baharu pula, jumlah mangsa yang kiniditempatkan di pusat pemindahan masih sama seperti semalam (kelmarin)iaitu 226 orang di Pendang dan 18 orang di Bandar Baharu," katanya.
Katanya, hanya 87 orang masih ada di pusat pemindahan di daerah Yan,manakala mangsa lain dibenarkan pulang kerana keadaan banjir semakinpulih.
Tinjauan di beberapa kawasan mendapati paras air sungai semakin surutapabila keadaan cuaca cerah dan bertambah baik, menyebabkan ramaimangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 5:50 PM

0 comments:

0 comments:

Post a Comment