Sunday, August 3, 2008

Penglibatan anak-anak Khariah di dalam Persatuan Tomoi Siam Kg, Labu Besar telah mengurangkan
aktiviti yang kurang sihat seperti Mat Rempit dan budaya lepak. Demikian dijelaskan oleh Jurulatih Persatuan Tomoi Siam Kg, Bikan Labu Besar, Kulim, Cikgu Rosli Ahmad kepada Warta Darul Aman

Bertempat di gelanggang tomoi Siam Kampung Bikan , Labu Besar , Kulim, satu majlis penyampaian sijil tamat kursus latihan Persatuan Tomoi Siam Peringkat Cawangan Kampong Bikan anjuran Anak-Anak Khariah berlangsung dengan penuh meriah baru-baru ini.
Menurut Jurulatih Persatuan itu, Cikgu Rosli Ahmad, seramai 270 ahli tomoi siam Kampung Labu Besar diraikan di dalam majlis tersebut dan bersempena dengan majlis itu, satu kenduri turut diadakan bagi memeriahkan lagi majliis berkenaan.
Menurutnya lagi , Persatuan Tomoi Siam kampong Bikan juga seringkali diundang kemajlis perkahwinan manakala semenjak persatuan itu dijalankan kira-kira setahun yang lalu aktiviti rakan masjid turut berperanan dalam kampong Bikan, ujarnya

“Persatuan Tomoi Siam itu juga bukan sahaja terdiri daripada anak-anak muda kampung malahan turut disertai anak-anak muda kampung berhampiran sampai ke Kuala Ketil,” tambah Cikgu Rosli lagi.
Dalam satu perkembangan yang lain, difahamkan Persatuan Tomoi Siam Kampung Bikan juga dalam proses mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Daerah Kulim bagi diketengahkan di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan untuk itu, buat peRtama kalinya persatuan itu telah membuka gelanggangnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Kob, Kulim dan seramai 75 orang peserta telah mendaftar sebagai ahli pertubuhan tersebut.
Bersempena dengan majlis tamat latihan itu juga, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Ustazah Aisyah Ghazali turut hadir menyampaikan sumbangan bantuan berupa wang tunai kepada persatuan itu bagi tujuan membeli peralatan Persatuan Tomoi Siam digelanggang kampung berkenaan.
Dalam ucapan ringkas di majlis itu, YB. Ustazah Aisyah Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Merbau Pulas turut mengingatkan para peserta agar mempelajari tomoi untuk tujuan kebaikan di samping dapat menyihatkan badan dan bukan untuk menunjukkan kekuatan kepada orang lain.
Ramli Jaafar(RJ ) Warta Darul Aman- rjwarta@yahoo.com.

0 comments:

Post a Comment